Islam Itu Mudah menjadi tajuk untuk entri aku pada kali ini. Firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar."
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah agama yang tidak membebankan ummatnya. Sebaliknya, manusia yang menyusahkan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, ada yang sanggup bergolok gadai untuk mengadakan kenduri arwah. Mengapa? Sedangkan Islam tidak pernah menganjurkan sedemikian rupa. Cukup sekadar majlis kecil-kecilan. Kalau dah sampai berhabis hanya semata-mata untuk itu, tidakkah ianya menyusahkan?
Baru-baru ini aku diajukan soalan. Antaranya:
1. Boleh tak potong kuku ketika datang haid?
2. Saya ada dengar, kalau tak potong kuku, doa tak diterima. Betul ke?
Jawapan:
1. Boleh. Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnahnya (1/100, cetakan Darul Fath, Cairo, edisi tahqeeq) terdapat atsar dari Atha' (tabi'ien Makkah, w.115H) bahawa orang berjunub boleh memotong kuku.Hujahnya, Sayyid Sabiq menggunakan hadis Bukhari.
Atha' berkata, " Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan rambut walaupun tanpa wudhu’.” (Sahih Bukhari: 1/472)
2. Tidak dalil dan Nas yang sahih yang menyatakan doa seorang hamba yang tak potong kuku tidak diterima. Bahkan Allah S.W.T menyuruh kita berdoa kepadanya. Firman Allah S.W.T:

"Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
Akhir kalam, islam merupakan sebuah agama yang mudah dan praktikal. Memberatkan perkara yang mudah sehingga melampaui batasan manusia, hendaklah dijauhi. Tak perlu tepuk dada untuk tanya iman. Selamat beramal.
Credit to:
iLuvislam
Credit to:
iLuvislam
0 comments:
Post a Comment