Showing posts with label Photoshop. Show all posts
Showing posts with label Photoshop. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Black and white process

Share Lazimnya gambar hitam dan putih dipandang sebelah mata sahaja. Mengapa membazirkan masa hanya untuk dua warna yang kurang menarik? Ini tanggapan yang salah.

Sebenarnya, gambar hitam dan putih boleh dikatakan lebih menakjubkan dan menarik dari gambar berwarna. Warna kadang-kadang dapat bertindak sebagai gangguan dalam gambar. Bila kita gantikan gambar berwarna hanya dengan hitam dan putih, ianya dapat membantu kita untuk kembali fokus dan memberi lebih perhatian pada subjek dalam gambar.

sumber: Google

Entri kali ini, aku akan kongsikan bagaimana nak tukarkan gambar berwarna kepada B&W (black and white).

1. Kalau korang nk guna gambar yang aku guna dalam tutor ni korang boleh download SINI
2. Kemudian open file tersebut.
3. Sebelum memulakan kerja edit meng'edit' ni, seperti biasa 'duplicate'kan gambar dahulu, Ctrl+J.

4. Klik pada adjusment layer di bawah, kemudian pilih exposure.

5. Kemudian korang boleh ikut setting di bawah. Bagi gambar yang lain, korang boleh set ikut citarasa masing2.
6. Kemudian, klik pada adjusment layer sekali lagi, dan pilih Photo Filter. Selepas itu, klik pada 'Color' dan kemudian pilih warna hitam. Pastikan korang klik pada 'Preserve Luminosity'. Adjust density kepada 95% dan gambar korang akan jadi seperti berikut.


7. Kemudian, klik pada adjusment layer sekali lagi, dan pilih Channel Mixer. Klik pada monochrome. Adjustkan Red +27, Green +60, Blue +33 dan Constant +1.


8. Klik pada adjusment layer, dan pilih Brightness and Contrast. Setkan brightness 17 dan contrast 9.

9. Gambar korang dan jadi B&W tapi masih kurang menarik (bagi aku). Klik pada adjusment layer sekali lagi dan pilih Level. Adjustkan Shadow : 12, Midtone : 0.74, Highlight : 236


10. Done! B&W telah siap. Klu korang rasa nk tambah efek sepia ckit. Korang klik adjustment layer, dan pilih Hue and saturation. Setkan Hue : 36, Saturation : 9, Lightness : -4


11. Selamat mencuba!

Black & White

Black & White + Sepia

Friday, May 6, 2011

#Tutorial 2

Share Menaikkan warna pada gambar menggunakan 'Overlay'

Entri kali ini, aku akan kongsikan dengan korang semua, cara paling mudah untuk menaikkan warna pada gambar korang dengan hanya menukarkan blending kepada Overlay.

1. Open mana-mana gambar yang korang rasa warnanya kurang menarik.
2. Seperti biasa, 'duplicate'kan gambar yang korang open tu dgn tekan Ctrl+J atau korang bleh drag je 'Layer background' ke bawah.

3. Kemudian, tukarkan 'blending mode' kepada 'Overlay'. Mungkin warna pada gambar agak terang. Jadi korang boleh kurang 'opacity' sehingga menepati citarasa korang.

4. Done! Seperti biasa, dibawah ni aku sediakan contoh sebelum dan selepas diedit. Selamat mencuba!

Sebelum
Selepas

Monday, May 2, 2011

#Tutorial 1

Share Menaikkan warna pada sesebuah gambar menggunakan 'Vibrance'

Seperti mana yang aku janjikan, buat kedua kalinya (sebelum ni aku rasa dah pernah post tutorial kt sini) aku buat tutorial untuk sahabat-sahabat semua. Kali ini aku akan tunjukkan bagaimana menaikkan lagi warna pada gambar dengan menggunakan Vibrance. Sebelum terlupa, aku menggunakan CS5, kalau yang pakai selain dari aku dan tak paham, sori.

1. Open mana-mana gambar yang korang rasa warnanya kurang menarik.
2. 'Duplicate'kan gambar yang korang open tu dgn tekan Ctrl+J.

3. Kemudian klik pada layer yg korang duplicate tu, klik pada adjustment layer (lambang bulat putih hitam kt bawah) dan pilih vibrance.

4. Next, korg boleh ubah sesedap rasa mengikut kesesuaian masing-masing.

5. Da siap! Dibawah aku tunjukkan gmbar sebelum dan selepas menggunakan vibrance.

Sebelum

Selepas

Selamat mencuba! (^_^)

Friday, November 26, 2010

Apa itu HINGUSAN?

Share
Assalamualaikum pembuka tirai saiyidul ayyam. Sudah terlalu lama jari-jemari ini sunyi dari menari-menari di atas keyboard. Menarinya jari kali ini bagi menjawab pertanyaan yang sering diajukan kepada aku. Apa itu HINGUSAN dan mengapa memilih nama HINGUSAN?

Hingusan merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada kalangan remaja yang ditubuhkan atas dasar cinta dan 'ketagih' kepada dunia photografi dan mengedit gambar. Idea asal adalah daripada Muhammad merangkap sifu kepada kami golongan kelas bawahan yang baru mula menapak dalam mengenali bidang yang semakin mendapat perhatian ini.

Hingusan pada awalnya telah pun ditubuhkan di Malaysia lagi. Namun ianya mula bergiat aktif pada tahun 2009 hasil daripada tunjuk ajar serta ilmu yang dicurahkan kepada kami. Maka terhasillah blog dan juga group Hingusan di mukabuku atau lebih dikenali dengan Facebook.

Mengapa memilih nama hingusan? Tak rasa kotor ke? Hingusan nama diberi bukanlah sekadar nama sahaja. Malah ianya lebih untuk menonjolkan betapa barunya kami di dalam bidang ini. Justeru nama hingusan dipilih. Kotor hanya pada nama tapi tidak pada hasilnya. Am i right? Jadi kepada yang masih tertanya-tanya apakah itu hingusan, diharapkan agar entri ini dapat merungkai segala kebuntuan serta kekusutan yang bersarang di minda anda.

Akhir kata, aku selaku wakil dari HINGUSAN, mengharapkan kritikan serta nasihat yang membina kepada insan-insan yang lebih mahir diluar sana. Diharapkan juga, anda dapat memberi tunjuk ajar sedikit sebanyak dalam bidang ini. Sekian.

Thursday, April 15, 2010

Lomografi lagi..

Share
Sebelum ni aku dah tunjuk teknik membuat lomografi. Entri kali ini pon sama juga tapi menggunakan kaedah yang lain.

Cara ke-2 untuk membuat lomografi

Langkah2nya:-

1.Buka foto yang anda kehendaki dan duplicatekan foto anda terlebih dahulu (Ctrl+J).



2.Klik pada TAB Channel bersebelahan Tab Layer disebelah kanan anda.
3.Klik warna biru pada channel pallet anda dan invertkan foto tersebut (CTRL+I)



4. Kemudian, klik semula pada RGB di channel pallet anda.



5. Klik semula pada TAB Layer anda dan tukarkan blending mode kepada Softlight.



Hasilnya:



**Selamat mencuba

Thursday, March 25, 2010

Lomography

Share Setiap foto yang diambil dengan menggunakan kamera lomo memiliki contrast yang tinggi, Vignette yang kuat dan nyata. Entri kali akan menerangkan cara-cara untuk membuat lomo dengan menggunakan kamera digital biasa atau DSLR.

Membuat Vignette

Sesebuah foto lomo mempunyai Vignette yang nyata dan kuat (mengikut kehendak masing-masing). Kita mulakan dengan menambahkan Vignette pada foto.

Langkah 1

Buka foto yang anda kehendaki.



Bagi memudahkan kerja-kerja mengedit, Duplicatekan foto anda terlebih dahulu (Ctrl+J).



Langkah 2

Ikuti langkah-langkah seperti dibawah:-

1.Pilih Filter>Distort>Lens Correction
2.Kemudian anda boleh ubah setting pada Vignette dan midpoint mengikut kesesuaian pada foto anda.



Kesesuaian Warna

Seterusnya, anda harus mengubah warna agar sesuai dengan apa yang dihasilkan oleh kamera lomo.

Langkah 3

1. Pilih warna hijau pada Channel pallet anda.



2. Kemudian, klik pada Image>Adjusment>Brightness/Contrast dan tambahkan sedikit contrast mengikut kehendak anda.



Langkah 4

1. Seterusnya, pilih warna merah pada Channel pallet anda.
2. Kemudian, klik pada Image>Adjusment>Brightness/Contrast dan tambahkan sedikit contrast mengikut kehendak anda. Sama seperti langkah 3.



Langkah terakhir.

Pilih kembali RGB pada Channel pallet anda.

Hasilnya:



Tambahkan sedikit bloom jika anda mahu.



Selamat mencuba.
Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More