Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

JANGAN SAMBUT HARI IBU

Share
Rhea, Mother of God

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Julia Ward Howe

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Anna Jarvis

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

p/s: Perlu ke nk tggu tarikh2 tertentu utk lahirkan rasa terima kasih serta beri pujian pada ibu kita atas jasa baik beliau?

Monday, April 25, 2011

Bersuci (Mandi)

Share Assalamualaikum WBT. Entri kali ini ditujukan untuk sahabat aku yang bertanya sedikit sebanyak tentang mandi hadas. Kepada beliau, diharapkan entri kali ini sedikit sebanyak dapat meleraikan kekusutan yang bermain di fikirannya.


Apa maksud mandi wajib?

Mandi wajib bermaksud mandi yang diwajibkan oleh Syarak kerana sebab-sebab yang telah ditetapkan.

Apakah sebab-sebab yang mewajibkan mandi?

1. Jimak

Jimak bermaksud bersetubuh iaitu memasukkan zakar ke dalam faraj. Seorang muslim diwajibkan mandi selepas bersetubuh berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.; “Apabila seseorang telah duduk di antara empat cabang perempuan (yakni dua tangan dan dua kaki/pahanya), kemudian khitan (kemaluan) telah menyentuh khitan (kemaluan), maka wajiblah mandi”. Dalam satu riwayat disebutkan; “…sekalipun tidak keluar mani” (Riwayat Imam Muslim dari Saidatina ‘Aisyah r.a..). Menurut Imam Nawawi; maksudnya “..khitan (kemaluan) telah menyentuh khitan (kemaluan)..” di dalam hadis ini ialah; menenggelamkan zakar ke dalam faraj perempuan, bukan sekadar menyentuh luarannya sahaja. Ijmak ulamak menyatakan bahawa jika seorang lelaki meletakkan sahaja zakarnya di atas faraj perempuan tanpa memasukkannya, tidak wajib mandi sama ada ke atas si lelaki atau si perempuan. (Syarah Soheh Muslim, Kitab al-Haidh, bab Naskh al-Ma’ minal-Ma’…).

Mengikut pandangan jumhur atau majoriti ulamak; diwajibkan mandi sama ada persetubuhan berlaku antara lelaki dan wanita atau dengan memasukkan zakar ke dalam dubur (yakni melakukan liwat), termasuklah mensetubuhi binatang dan orang mati. Bagi jumhur ulamak, asalkan berlaku persetubuhan iaitu masuknya hasyafah (yakni kepala zakar) ke dalam faraj atau dubur, wajiblah mandi sekalipun tidak keluar mani.

Menurut Imam Abu Hanifah; tidak wajib mandi kalau yang disetubuhi itu adalah binatang sekalipun perbuatan itu berdosa. Imam Ibnu Hazm pula berpandangan; tidak wajib mandi jika tidak keluar mani. Baginya, yang mewajibkan mandi bukanlah semata-mata kerana berlakunya persetubuhan tetapi kerana keluar mani.

2. Keluar mani

Telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa wajib mandi dengan keluarnya mani. Ini berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Air (yakni mandi) adalah dari kerana air (yakni dari kerana keluar mani)” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.). Ummu Salamah r.a. telah menceritakan; “Pernah Ummu Sulaim datang dan bertanya kepada Nabi s.a.w.; ‘Adakah seorang perempuan wajib mandi jika ia bermimpi?’. Jawab Nabi s.a.w.; ‘Ya, jika ia melihat air (yakni air mani)’” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Menurut mazhab Imam Syafi’ie; tidak ada beza sama ada keluar mani itu kerana jimak, mimpi, berkhayal, mengeluarkannya dengan tangan, kerana melihat wanita atau kerana sebarang sebab, sama ada keluar mani itu dengan merasa lazat atau tanpa merasainya, sama ada yang keluar itu banyak atau sedikit, sama ada ketika jaga atau tidur, sama ada lelaki atau wanita, orang beraqal atau gila. Semuanya mewajibkan mandi. Bagi pandangan Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Ahmad; tidak wajib mandi kecuali jika mani yang keluar adalah kerana syahwat dan keluarnya dalam keadaan memancut.

Kalau seseorang itu bermimpi (bersetubuh atau sebagainya) tetapi tidak nampak air mani pada badan atau pakaiannya apabila terjaga dari tidurnya atau ia ragu-ragu sama ada keluar mani atau tidak, maka dalam kes ini tidak wajib ia mandi. Namun jika ia melihat ada air mani pada badan atau pakaiannya dan ia tidak pasti; apakah ia telah bermimpi atau tidak? Dalam kes kedua ini, wajiblah ia mandi. Ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Ummu Sulaim (isteri Abu Talhah) telah datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata; ‘Ya Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah tidak malu dengan kebenaran. Adakah wajib seorang wanita mandi jika ia bermimpi?’. Jawab Nabi s.a.w.; ‘Ya, jika ia melihat air mani’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Berkata Imam Ibnu Munzir; telah ijmak bahawa seseorang jika ia melihat dalam mimpinya bahawa ia bersetubuh, namun setelah terjaga dari tidur ia tidak nampak sebarang kesan mani, tidak wajib atasnya mandi.

3. Haid dan nifas

Wanita yang kedatangan haid dan nifas, apabila kering darah haid atau darah nifas, wajib mereka mandi sebelum menunaikan solat atau sebelum diharuskan suaminya mensetubuhinya berdalilkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 222 (bermaksud); “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: ‘Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat’. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”. (Al-Baqarah; 222)

Begitu juga berdasarkan hadis Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah bin Hubaiysh r.a. menghadapi masalah istihadhah. Lalu Rasululah s.a.w. berkata kepadanya; ‘Bila datang haid, tinggallah solat dan apabila ia berlalu (yakni tempoh haid kamu tamat), maka mandilah dan tunaikanlah solat” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Ayat dan hadis di atas menyentuh tentang haid. Dikiaskan kepadanya nifas kerana nifas adalah haid yang berkumpul. Begitu juga, nifas mengharamkan puasa, bersetubuh dan menggugurkan kewajipan solat sebagaimana haid. Maka wanita yang nifas apabila kering darah nifasnya, wajib ia mandi sebagaimana wanita yang haid. Telah ijmak para ulamak bahawa wanita yang nifas adalah umpama wanita yang haid dalam segenap hukum-hakamnya.

4. Wiladah

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya.

5. Mati

Seorang muslim yang mati wajib dimandikan sebelum dikafan kecuali orang yang mati syahid.* Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. telah bersabda mengenai seorang lelaki yang mati ketika sedang dalam ihram (haji); ‘Mandikanlah ia dengan air dan daun bidara, kemudian kafankanlah dia dengan dua helai kainnya’”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Niat mandi hendaklah dilakukan oleh orang menguruskan mandiannya.

(*Selain orang mati syahid, ada dua lagi jenazah muslim yang tidak perlu dimandikan;
Mayat yang tidak dapat dimandikan kerana dibimbangi akan terlerai. Sebagai ganti ia hendaklah ditayammumkan.
Seorang lelaki mati dan tidak ada orang untuk memandikannya melainkan seorang wanita ajnabi dan begitu juga sebaliknya.
(al-Asybah Wa an-Nadzair, Imam as-Suyuti, hlm. 545-546)

6. Orang kafir yang masuk Islam

Menurut mazhab Imam Malik dan Imam Ahmad; orang kafir yang memeluk Islam wajib ia mandi. Mereka berdalilkan hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; seorang lelaki bernama Tsumamah bin Usal telah ditangkap oleh tentera Islam dan ditambat di satu tiang masjid. Nabi berkata kepada para sahabatnya; “Lepaskan Tsumamah”. Setelah dilepaskan Tsumamah pergi ke satu kawasan air berdekatan masjid, lalu ia mandi. Kemudian ia memasuki masjid dan mengucapkan dua kalimah syahadah. (Riwayat Imam al-Bukhari).

Namun menurut jumhur ulamak termasuk mazhab Imam Syafi’ie dan Abu Hanifah; tidak wajib mandi atas orang kafir yang memeluk Islam, akan tetapi disunatkan sahaja. Ramai orang yang memeluk Islam di zaman Nabi s.a.w., namun baginda tidak menyuruh mereka agar mandi sama ada sebelum atau selepas memeluk Islam. Adapun hadis tadi, ia hendaklah difahami sebagai sunat sahaja, bukan wajib.

Menurut mazhab Imam Syafi’ie; dikecualikan jika ia berjunub semasa kafirnya, maka wajiblah ia mandi. Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tidak wajib mandi sekalipun berjunub semasa kafirnya kerana Rasulullah s.a.w. ada bersabda; “Islam menghapuskan/ menggugurkan apa yang telah lalu” (Riwayat Imam Muslim dari Amru bin al-‘As r.a.)

7. Orang yang memandikan jenazah

Segolongan ulamak Salaf antaranya Saidina Ali, Abu Hurairah, Sa’id bin al-Musayyab, Ibnu Sirin, az-Zuhri dan sebagainya berpendapat; orang yang memandikan jenazah wajib ke atasnya mandi. Mereka berdalilkan hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa memandikan orang mati, maka hendaklah ia mandi. Sesiapa membawa orang mati, maka hendaklah ia mengambil wudhuk” (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan).

Namun menurut pandangan Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, Saidatina ‘Aisyah, al-Hasan, an-Nakha’ie, Imam Syafi’ie, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan sebagainya; tidak wajib ia mandi. Suruhan Nabi s.a.w. dalam hadis di atas hanyalah suruhan sunat sahaja, iaitu digalakkan mandi bukan diwajibkan. Terdapat satu riwayat dari Imam Ahmad menyebutkan; wajib mandi itu hanya jika yang dimandikan itu adalah mayat orang kafir. Ini berdalilkan arahan Nabi s.a.w. kepada Saidina ‘Ali r.a. agar ia mandi tatkala ia memandikan bapanya (Abu Thalib).

Apakah perbuatan-perbuatan yang menjadi rukun semasa mandi wajib?

Berdasarkan pandangan pelbagai ulamak, perbuatan-perbuatan yang menjadi rukun di dalam mandi wajib ialah;

1. Menghilangkan najis pada badan sebelum mandi jika ada.

Rukun ini disebut dalam mazhab Imam Syafi’ie dan juga Imam Ahmad. Dalilnya ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang meriwayatkan dari Maimunah r.a. yang menceritakan; “(Semasa mandi wajib) Rasulullah mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat kecuali dua kakinya dan baginda membasuh kemaluannya dan juga kekotoran yang mengenainya, kemudian baginda mencurahkan air ke badannya, berikutnya beliau mengalih dua kakinya dan membasuh keduanya. Begitulah mandi Rasulullah s.a.w. dari janabah” (Riwayat Imam al-Bukhari)

2. Niat

Wajib berniat di permulaan mandi semasa mula-mula menjirus air ke mana-mana bahagian badan; sama ada berniat melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat menghilangkan janabah atau hadas besar atau berniat mengharuskan perkara yang dilarang tanpa mandi seperti solat, tawaf dan sebagainya. Niat adalah wajib pada pandangan majoriti ulamak termasuk mazhab Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad. Mereka berdalilkan hadis Nabi yang menegaskan; “Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat”. Mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat; berniat dipermulaan mandi hanya sunat sahaja, tidak wajib.

3. Meratakan air ke seluruh badan

Semasa mandi wajib meratakan air ke seluruh badan merangkumi; kulit yang nampak, rambut dan bulu, kulit di bawah rambut dan bulu –sama ada bulu itu tebal atau nipis-, kawasan-kawasan berlipat serta luaran kemaluan wanita (faraj) yang nampak ketika ia bertinggung. Rukun ini telah disepakati oleh sekelian ulamak.

Wajib menyampaikan air ke bahagian-bahagian berlipat di badan –sama ada lelaki atau perempuan-, bahagian dalam pusat, bahagian dalam cuping telinga (yakni bahagian berlekuk), celah-celah ketiak, celah papan punggung, celah-celah jari-jari tangan dan kaki dan kawasan-kawasan badan yang lain yang dihukum sebagai luaran badan. Begitu juga, bibir mulut (juga wajib dikenai air). Semua perkara tersebut telah disepakati oleh para ulamak. Bahagian mata, yang wajib dikenakan air ialah bahagian luar kelopak mata. Tidak wajib membasuh hingga ke dalam mata. Tidak wajib memasukkan air ke dalam corong telinga, memadai membasuh luarannya sahaja iaitu pangkal lubang telinga. Jika ada kekotoran di pangkal lubang telinga, hendaklah dicuci. (al-Majmu’, 2/228)

Jika di celah-celah kuku terdapat kekotoran yang menghalang air dari sampai ke kulit, tidak sah mandi.[1] Begitu juga, kalau di badan atau rambut terdapat bahan-bahan yang boleh menghalang air dari sampai ke kulit, tidak sah mandi melainkan dengan menanggalkannya terlebih dahulu. Jika rambut kusut hingga air tidak dapat sampai ke akar rambut (yakni kulit kepala), tidak sah mandi melainkan setelah rambut itu di keca-kecakan hingga air dapat menembusinya dan sampai ke akarnya. (Al-Majmu’, 1/529, 2/228).

Jika ada seurat dua rambut yang tidak dikenai air semasa mandi, adakah sah mandi? Menurut mazhab Imam Syafi’ie; tidak sah mandi. Bagi Imam Abu Hanifah; sah mandi (yakni dimaafkan). (Al-Majmu’, 2/228).

Adakah wanita wajib merungkai sanggul atau dandanan rambutnya semasa mandi? Dan adakah wajib dibasuh rambut yang terurai? Persoalan ini akan kita jawab di depan nanti.

4. Mengambil wudhuk.

Menurut Imam Daud az-Dzahiri dan Imam Abu Tsur; wajib mengambil wudhuk semasa mandi wajib. Mengambil wudhuk adalah syarat sah mandi, yakni menurut mereka; tidak sah mandi tanpa didahului mengambil wudhuk. Mereka berdalilkan hadis-hadis yang menceritakan tentang cara mandi Nabi s.a.w. di mana di antara yang dilakukan oleh Nabi semasa mandi ialah mengambil wudhuk.

Namun pandangan mereka menyalahi sekelian ulamak yang lain yang sepakat menyatakan; mengambil wudhuk sebelum mandi adalah sunat sahaja, tidak lah wajib. Dalam pengertian yang lain; menurut majoriti ulamak mengambil wudhuk semasa mandi hanya disunatkan, bukan diwajibkan. Majoriti ulamak berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; aku telah bertanya Nabi s.a.w.; “Ya Rasulullah s.a.w.! Aku adalah seorang yang menganyam rambut. Adakah perlu aku rungkaikannya untuk mandi janabah?”. Jawab Nabi s.a.w.; “Tidak perlu. Cukuplah kamu menuang air ke atas kepalamu dengan tiga cebukan tangan, kemudian kamu siramkan air ke badan kamu, maka dengan itu kamu menjadi suci” (Riwayat Imam Muslim). Di dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. tidak menyebut tentang wudhuk, menunjukkan bahawa ia adalah sunat, tidak wajib. Imam Ibnu Rusyd menjelaskan; “Apa yang terdapat dalam hadis Ummu Salamah tersebut adalah rukun-rukun mandi yang diwajibkan”. (Bidayatul-Mujtahid, jil. 1, hlm. 62).

5. Menggosok

Menggosok seluruh anggota dengan tangan semasa mandi adalah wajib mengikut pandangan Imam Malik dan disokong oleh Imam al-Muzani (salah seorang murid Imam Syafi’ie). Namun mengikut pandangan majoriti ulamak; menggosok adalah sunat sahaja. Yang wajib ialah memastikan air sampai ke seluruh badan. Jika air dapat sampai tanpa menggosok, kekallah hukumnya sebagai sunat. Namun jika air tidak dapat sampai melainkan dengan menggosok (comtohnya; di celah-celah jari yang rapat-rapat), maka ketika itu barulah hokum menggosok itu berubah menjadi wajib.

6. Muwalat

Muwalat bermaksud berturut-turut dari mula mandi hingga selesai tanpa berhenti atau melakukan pekerjaan lain. Menurut Imam Malik; muwalat ini adalah wajib semasa mandi bagi orang yang ingat dan mampu melakukannya. Adapun ulamak-ulamak yang lain; muwalat tidaklah wajib, akan tetapi disunatkan sahaja.

7. Berkumur dan Istinsyaq

Berkumur dan Istinsyaq adalah wajib dilakukan semasa mandi wajib mengikut pandangan Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad. Dalil mereka ialah sabda Nabi s.a.w. kepada Ummu Salamah r.a. tadi; “….kemudian kamu siramkan air ke badan kamu..”, di mana menurut mereka; mulut dan hidung termasuk dalam pengertian badan yang mesti dikenai air semasa mandi. (Lihat; al-Mughni, Ibnu Qudamah)

Menurut mazhab Imam Syafi’ie dan Imam Malik; kedua-duanya hanya sunat sunat sahaja. Bagi Imam Syafi’ie; kedua-duanya adalah sunat muakkad di mana jika ditinggalkan adalah makruh. Imam Daud pula berpandangan; yang wajib hanya Istinsyaq sahaja. Adapun berkumur, tidak diwajibkan. Pandangan Imam Daud disokong oleh Imam Ibnu al-Munzir.

8. Membaca Bismillah

Menurut Imam Ahmad; membaca Bismillah ketika bersuci dari hadas (sama ada mengambil wudhuk atau mandi wajib) adalah wajib. Masa membaca Bismillah ialah selepas niat dan sebelum mula melakukan perbuatan-perbuatan untuk bersuci. (Lihat; al-Mughni, Ibnu Qudamah, jil. 1, hlm. 96). Namun tuntutan membaca Bismillah semasa mandi ini tidaklah sekuat tuntutan semasa mengambil wudhuk. Menurut pandangan majoriti ulamak; membaca Bismillah ini hanya sunat sahaja, tidak wajib sama ada semasa mengambil wudhuk atau mandi wajib.

Apakah perbuatan-perbuatan lain yang dilakukan oleh Nabi ketika mandi wajib?

Selain dari perbuatan-perbuatan rukun atau wajib di atas, perbuatan-perbuatan lain yang disyariatkan (atas nama sunat) semasa mandi ialah;
1. Membasuh tangan terlebih dahulu.
2. Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.
3. Melakukan segala yang disunatkan semasa mengambil wudhuk.
4. Mula mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.
5. Memulakan mandi dari sebelah kanan; iaitu menjirus badan sebelah kanan, kemudian baru kiri. Tidak wajib tertib dalam memandikan angota badan. Namun disunatkan bermula dari kepala, kemudian bahagian atas badan dengan mendahulukan sebelah kanan.

Apakah hadis-hadis yang menjadi rujukan bagi sifat mandi yang sempurna?

Menurut Imam Ibnu Rusyd; para ulamak sepakat menyebutkan bahawa sifat mandi yang paling sempurna ialah yang terdapat di dalam hadis Saidatina ‘Aisyah r.a. dan Maimunah r.a..

1. Hadis ‘Aisyah r.a.

Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya”. (Riwayat Muslim)

2. Hadis Maimunah r.a.

Maimunah r.a. menceritakan; “Aku telah menyediakan untuk Nabi s.a.w. air untuk baginda mandi wajib. Baginda (mandi dengan mula) membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali, kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya (yakni beristinjak), kemudian baginda menyapu tangannya ke tanah (untuk membersihkan tangan dari kesan najis selepas membasuh kemaluan atau istinjak tadi-pent.), kemudian baginda berkumur, beristinsyaq (membasuh hidung), membasuh muka dan dua tangannya (hingga ke siku), seterusnya baginda menyiramkan air ke seluruh jasadnya, berikutnya baginda s.a.w. mengalih/berganjak dari kedudukannya lalu mengakhiri mandi dengan membasuh kedua kakinya”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Ibnu ‘Abbas r.a. meriwayatkan dari Maimunah r.a. yang menceritakan; “(Semasa mandi wajib) Rasulullah mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat kecuali dua kakinya dan baginda membasuh kemaluannya dan juga kekotoran yang mengenainya, kemudian baginda mencurahkan air ke badannya, berikutnya beliau mengalih dua kakinya dan membasuh keduanya. Begitulah mandi Rasulullah s.a.w. dari janabah”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Kita perhatikan di dalam hadis Maimunah di atas; Rasulullah mengambil wudhuk tanpa membasuh kakinya iaitu baginda menangguh basuhan kaki ke hujung mandi.

Bagaimana caranya melakukan mandi wajib yang sempurna?

Untuk melakukan mandi wajib dengan sempurna, ikutilah langkah-langkah berikut;

Langkah pertama

Baca Bismillah sambil menghadirkan niat di dalam hati (iaitu niat melakukan mandi wajib atau niat menghilangkan hadas). Kemudian basuh kedua tangan sebanyak tiga kali.

Langkah ke dua

Dengan menggunakan tangan kiri, basuh kemaluan (depan dan belakang) dan bersihkan najis atau kekotoran di badan jika ada.

Langkah ke tiga

Ambil wudhuk dengan sempurna sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Jika ingin menangguhkan basuhan kaki ke hujung mandi diharuskan. Namun yang afdhal ialah menyempurnakannya.

Langkah ke empat

Kemudian lakukan mandian dengan bermula di bahagian kepala terlebih dahulu. Mula-mula, ambilkan air dan selati celah-celah rambut dengan jari-jari hingga rata air di kulit kepala dan akar-akar rambut. Setelah itu jiruskan air ke atas kepala dan ulanginya sebanyak tiga kali cebukan.

Langkah ke lima

Berikutnya, lakukan pula mandian di bahagian badan dengan menjirus air ke sebelah kanan terlebih dahulu, kemudian diikuti ke sebelah kiri. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

Langkah ke enam

Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; Apabila selesai mandian, disunatkan membaca doa sebagaimana doa yang sunat dibaca selepas mengambil wudhuk .

Wanita yang mendandan rambut atau mempunyai sanggul; wajibkah ia merungkaikan sanggul atau dandanannya itu ketika mandi?

Menurut mazhab Imam Syafi’ie; jika air dapat membasahi rambut dan dapat sampai ke kulit kepala tanpa merungkainya, maka tidak wajib merungkainya. Jika tidak, wajiblah ia merungkai dandanan atau sangggulnya. Jadi, yang penting ialah memastikan air mengenai rambut dan kulit kepala.

Imam Ahmad membezakan antara mandi kerana junub dan mandi kerana haid. Menurut beliau; jika mandi kerana junub, tidak wajib merungkai sanggul atau dandanan itu. Tetapi jika mandi kerana haid, wajiblah dirungkaikannya Ia berdalilkah dua hadis;

Pertama; hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; aku telah bertanya Nabi s.a.w.; “Ya Rasulullah s.a.w.! Aku adalah seorang yang mendandan rambut. Adakah perlu aku rungkaikannya untuk mandi junub?”. Jawab Nabi s.a.w.; “Tidak perlu. Cukuplah kamu menuang air ke atas kepalamu dengan tiga cebukan tangan, kemudian kamu siramkan air ke badan kamu, maka dengan itu kamu menjadi suci”(Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi). Hadis ini menjadi dalil bahawa; jika seorang perempuan mandi kerana junub, tidak wajib ia merungkai dandanan rambutnya.

Kedua; hadis dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; Asma’ binti Syakal telah bertanya Nabi tentang mandi selepas haid. Lalu Nabi menerangkan; “Sesiapa dari kamu (yang kering darah haidnya-pent.) hendaklah ia mengambil air dan daun sidrnya, kemudian hendaklah ia mengambil wudhuk dengan menyempurnakan wudhuknya. Kemudian hendaklah ia menuangkan air ke atas kepalanya, lalu menggosok-gosokkan kepalanya dengan bersungguh-sungguh hingga air sampai ke segenap ruang kepalanya. Setelah itu hendaklah ia menyiramkan air ke badannya. Berikutnya, hendaklah ia mengambil secebis (kapas atau sebagainya) yang diletakkan wangian kasturi, kemudian bersihkanlah dengannya”. Asma’ bertanya; “Bagaimana aku hendak membersih dengannya?”. Nabi menjawab; “Subhanallah! Bersihkan lah dengannya”. Aisyah pun berkata kepadanya –dengan berbisik-; “Kamu cucikan dengannya kesan darah (yang masih ada di faraj kamu)”. Kemudian ia (yakni Asma’) bertanya pula tentang mandi kerana junub. Nabi menjawab; “Hendaklah ia (yakni wanita yang berjunub) mengambil air, lalu mengambil wudhuk dengan memperelokkan wudhuknya. Kemudian ia tuangkan air ke atas kepalanya sambil menggosok-gosok kepala hingga air sampai ke segenap ruang kepalanya. Setelah itu ia siramkan air ke seluruh badannya”. Berkata Aisyah; “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar. Perasaan malu tidak menegah mereka dari mendalami agama” (Riwayat Imam Muslim). Hadis kedua ini menunjukkan perbezaan bagi mandi wanita antara mandi kerana junub dan mandi kerana haid. Semasa mandi kerana haid, diperintah oleh Nabi agar gosokan kepala dilakukan dengan sungguh-sungguh, sedangkan semasa mandi kerana junub baginda hanya menyuruh gosokan biasa sahaja. Jika dipadankan hadis ini dengan hadis pertama tadi, maka dapat disimpulkan bahawa; semasa mandi kerana haid wajiblah dandanan atau sanggul dirungkai agar gosokan dapat dilakukan dengan sungguh-sungguh sebagaimana yang disuruh oleh Nabi. Adapun semasa mandi kerana janabah, tidak wajib sanggul atau dandanan rambut dirungkai kerana sekalipun ia tidak rungkai, gosokan yang biasa masih dapat sempurnakan.

Apa hukum mandi telanjang?

Di khalayak ramai hukumnya adalah haram. Adapun di tempat yang tersembunyi atau tertutup, hukumnya harus. Berkata Qadhi ‘Iyadh; keharusan mandi bertelanjang di tempat yang tertutup atau tersembunyi dari orang lain merupakan pandangan jumhur atau majoriti ulamak”. Keharusan ini berdalilkan hadis Abu Hurairah r.a. yang meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. yang bercerita; “Adalah Bani Israel mandi dengan bertelanjang (sesama mereka di mana) sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain. Akan tetapi Nabi Musa a.s. mandi bersendirian (kerana menjaga auratnya). Maka mereka (yakni Bani Isreal) mendakwa; ‘Demi Allah! Tidak menghalang Musa mandi bersama kita melainkan kerana buah zakarnya bengkak’. Satu hari Musa pergi untuk mandi. Ia meletakkan pakaiannya di satu batu. Tiba-tiba batu itu lari bersama pakaiannya. Musa pun keluar dari tempat mandi itu (dalam keadaan bertelanjang) mengekori batu itu sambil memanggil; ‘Pakaianku, wahai batu’, hingga ia dilihat oleh Bani Isreal. Maka mereka berkata; ‘Demi Allah! Tidak ada sebarang kecacatan pada Musa (sebagaimana yang didakwa)’. Musa dapat mengambil kembali pakaiannya dan dia lalu memukul batu itu” (Riwayat Imam al-Bukhari). Berhujjah dengan hadis ini adalah satu cabang dari berhujjah dengan syariat sebelum Islam.

Sekalipun harus, namun yang terbaik ialah menutup aurat (yakni; sekalipun harus mandi bertelanjang di tempat tersembunyi, namun yang paling baik ialah mandi dengan menutup aurat). Dalilnya ialah hadis dari Mu’awiyah bin Haidah r.a. yang menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Bila masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?”. Jawab baginda; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki”. Aku bertanya lagi; “Bagaimana jika sekiranya seseorang dari kami sedang bersendirian?”. Nabi menjawab; “Allah lebih layak untuk kamu malu dari manusia” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).

Imam Abu Laila menganggahi pandangan jumhur di mana menurut beliau; ditegah mandi telanjang sekalipun ditempat tertutup atau tersembunyi kerana air juga mempunyai penghuninya.

Mengambil wudhuk semasa mandi wajib; mana yang afdhal antara menyegerakan basuhan kaki atau menangguhnya ke hujung mandi?

Harus sama ada hendak menyegerakan basuhan kaki atau menangguhnya iaitu dengan membasuhnya di hujung mandi. Dalil menyegerakannya ialah hadis ‘Aisyah r.a.. Adapun dalil menangguhnya ialah hadis Maimunah r.a.. Kedua-dua hadis tersebut telah kita bentang tadi (sila rujuk kembali). Mana yang afdhal; menyegerakannya atau menangguhnya? Majoriti ulamak berpendapat; yang afdhal ialah menangguhnya. Mengikut pandangan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; yang afdhal ialah menyegerakannya (yakni menyempurnakan wudhuk hingga basuhan kaki). Ini kerana kebanyakan riwayat dari ‘Aisyah dan Maimunah menyebutkan bahawa Nabi s.a.w. menyempurnakan wudhuknya hingga basuhan kaki, tanpa menangguhnya ke hujung mandi. Menurut Imam Malik pula; jika tempat mandi itu tidak bersih, elok ditangguhkan basuhan kaki. Namun jika tempat mandi itu bersih, maka yang afdhal ialah menyegerakan basuhan kaki. (Nailul-Autar, jil. 1, kitab at-Toharah, Abwab al-Aghsal al-Mustahabbah, bab Sifati al-Ghusl).

Adakah perlu mengambil wudhuk sekali lagi selepas mandi?

Mengambil wudhuk semasa mandi wajib hanya disunatkan sekali sahaja iaitu di awal mandi. Telah ijmak ulamak bahawa tidak disyari’atkan dua kali wudhuk dalam satu mandi. Ini berdalilkan hadis dari Aisyah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. tidak mengambil wudhuk selepas mandi junub”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari ‘Aisyah r.a.. Berkata at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh). Kecualilah jika seseorang telah melakukan perkara yang membatalkan wudhuk selepas selesai mandinya. Maka ketika itu, wajiblah ia memgambil wudhuk.

Source: https://muhdhazrie.wordpress.com/2009/07/30/bersuci-mandi/

Thursday, December 30, 2010

Solat seorang wanita dan Lelaki cacat menjadi imam

Share Entri kali ini ditujukan kepada Jazz Anna yang bertanyakan 2 soalan kepada aku. Berikut adalah soalan-soalan beliau:-

  1. Seorang wanita itu lebih afdhol solat di rumah atau di masjid?
  2. Adakah seorang lelaki yang cacat (patah kaki @ memakai kerusi roda) boleh menjadi imam?
Terlebih dahulu, maaf dipinta atas kerterlewatan menjawab soalan saudari kerana faktor kesihatan. Disini saya ingin berkongsi, jika saudari ada pandangan yang lain, sila kemukakan..

Solat seorang wanita di rumah lebih baik daripada ia solat di masjid selagimana tidak ada tujuan di sebalik perjalanan ia ke masjid semata-mata untuk menunaikan solat. Contohnya seperti mendengar ceramah agama, pengajian ilmu atau mendengar bacaan al-quran daripada qari yang baik. Bagi tujuan-tujuan ini adalah lebih afdhol untuk mereka ke masjid.

Solat tarawih tidak diwajibkan ke atas kaum wanita dan tidak juga bagi lelaki. Bahkan hukumnya sunat dan mempunyai kelebihan yang amat besar di sisi Allah ta’ala. Diriwayatkan oleh Bukhari Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan bulan ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu.”

Barangsiapa yang solat tarawih dengan kekhusyukan, ketenangan, keimanan dan penuh pengharapan, solat subuh tepat pada waktunya maka dia telah mendirikan ramadhan serta berhak mendapat ganjarannya.

Ini merangkumi lelaki dan wanita seluruhnya. Kecuali solat wanita di rumah adalah lebih baik daripada solat di masjid selagimana tidak ada tujuan lain selain solat seperti yang telah disebutkan tadi. Terutamanya pada zaman sekarang apabila si suami tidak dapat memberi kefahaman ilmu kepada si isteri. Apatah lagi apabila kaum lelaki tidak dapat memberi peringatan dan pengetahuan kepada isteri mereka. Maka tidak ada cara lain kecuali masjid yang perlu dijadikan sandaran. Bagi keadaan ini mereka perlu merebut peluang ke masjid dan tidak ada masalah di antara mereka dan masjid.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai minat dan kesungguhan untuk solat tarawih berseorangan apabila berada di rumah, berbeza jika ia berada di masjid dan beribadat secara berjamaah.

Gambar Hiasan

Bagi wanita yang keluar dari rumahnya walaupun ke masjid, mereka perlu mendapat keizinan daripada suami. Suami ialah ketua rumah dan keluarga. Memberi ketaatan kepadanya adalah wajib selagi mana suami tidak mengarahkan supaya meninggalkan perkara wajib atau tidak menyuruh melakukan maksiat. Dalam perkara ini isteri tidak perlu mendengar atau mentaati suami.

Suami tidak mempunyai hak melarang isteri mereka ke masjid selagi tidak ada sebab halangan yang kukuh. Dinyatakan di dalam hadis muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu menghalang hamba(perempuan) Allah SWT dari masjid Allah SWT.”

Perkara yang menghalang mestilah muktabar dari segi syarak. Contohnya ketika suami sakit dan berhajat kepada isteri di sisi untuk menjaga dan memenuhi hajatnya. Atau pun mempunyai anak kecil yang mungkin merbahaya jika ditinggalkan keseorangan di rumah tanpa ada orang memerhatinya. Itu adalah beberapa contoh perkara yang menghalang atau kesempatan yang diterima akal.

Jika anak-anak yang dibawa bercakap-cakap dan mengganggu para jemaah yang sedang menunaikan solat dengan tangisan dan teriakan, maka tidak perlu membawa mereka bersama. Begitulah walaupun dibenarkan membawa anak-anak ketika menunaikan solat lima waktu kerana solatnya tidak lama, perlu dicegah lebih-lebih lagi pada solat tarawih dengan tempoh solatnya yang lama lebih kurang satu jam sehingga anak-anak tidak sabar dengan ibu-ibu mereka.

Adapun perbualan wanita di dalam masjid, perkara ini sama sahaja bagi lelaki. Tidak dibenarkan mengangkat suara tanpa sebab. Apatah lagi bercakap-cakap tentang dunia. Masjid tidak dijadikan untuk ini, tetapi untuk beribadah dan mendapatkan ilmu.

Bagi muslimah yang menjaga agamanya perlu mendiamkan diri ketika berada di dalam masjid sehingga tidak mengganggu orang yang sedang solat atau orang yang sedang berada dalam majlis ilmu. Jika berhajat untuk bercakap, mestilah dengan suara yang rendah setakat yang didengari, tidak terkeluar dari kehormatan dan kesopanan dalam percakapan, pakaian dan cara berjalan.

Suka kiranya saya mengatakan bahawa sebahagian lelaki melakukan banyak pembaziran ketika bersama wanita dengan menyempitkan sesuatu perkara ke atas mereka. Tidak menyokong fikrah bahawa perempuan boleh keluar ke masjid dengan meletakkan dinding kayu yang tinggi memisahkan lelaki dan perempuan dan mengatakan tidak wujud perkara ini di zaman Nabi SAW sehingga melarang wanita daripada melihat gerak geri solat imam kecuali hanya mendengar dengan suara. Jadi tidak hairanlah apabila kamu melihat kaum lelaki yang begini membenarkan diri mereka sendiri bercakap-cakap dan berbual di dalam masjid sehingga tidak membenarkan perempuan berbisik-bisik dengan jiran walaupun tentang urusan agama. Ini adalah pendapat yang tidak seimbang. Sifat cemburu yang keji ialah seperti yang disebut di dalam hadis: “Sesungguhnya cemburu itu adalah apa yang dibenci Allah dan rasulNya.” Ianya cemburu tanpa syak wasangka.

Kehidupan moden kini telah membuka ruang yang banyak kepada kaum wanita. Ada yang keluar dari rumah ke sekolah, jamiah, pasar dan banyak tempat lagi. Tinggallah kekosongan pada sebaik-baik tempat dan afdhol iaitu masjid. Saya menyeru supaya memberikan ruang kepada kaum wanita mendekati rumah Allah SWT demi mendapatkan kebaikan, mendengar peringatan dan mendapatkan kefahaman agama. Tidak mengapa walaupun di sebaliknya ada sedikit keseronokan bagi mereka tanpa ada maksiat selagimana mereka keluar dengan berkelumbung dan menjaga kehormatan jauh daripada tabarruj yang terlarang.

Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini
kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut
tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat
sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu
berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam
solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Abbas dan Ibn Masud, Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak
sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan
sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang
sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi
makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang
diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di
zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh
tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh
seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu
atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata
maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang
berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama
ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

Gambar Hiasan

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya
kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui
rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada
seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi
solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang
yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak
mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang
sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak
harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah
mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh
diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk
itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang
mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia
bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak
sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang
solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah:
terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari
solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya
wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum
maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam
atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya :
al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang
asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada
Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada
keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh
ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam.
Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama
menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat
al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi
imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi
Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang
yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan
oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang
yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie
yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau
solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab
Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum
itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu
tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab
Syafie adalah makruh.

Pada pandangan saya sekiranya lelaki itu memakai kerusi roda sekali pun, namun cukup serta lengkap seperti syarat-syarat diatas, boleh untuk dia menjadi imam. Waallahu a'lam.

**Jika terdapat kesalahan dengan jawapan yang diberikan, diharapkan sahabat-sahabat sekalian dapat membetulkan kesalahan itu.

Wednesday, December 29, 2010

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH

Share 1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

gua_thur.jpg

Gambar Hiasan - Gua Thur

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.


Source: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya 'Idul Adha

Share

Friday, October 22, 2010

Huffaz Masa Hadapan

Share
Gambar di atas merupakan antara pelajar di Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah di Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak. Kebanyakan pelajar berusia dalam lingkungan 13 dan 14 tahun.
Setiap hari, seusai solat subuh, mereka memulakan pagi mereka dengan menghafaz serta mengulang ayat suci al-Quran. Suasana sebegini mungkin tidak dapat dikecapi bagi kebanyakan pelajar yang seusia mereka. Lidah mereka sentiasa dibasahi alunan zikir memuji Ilahi. Tidak cukup dengan itu, mereka dikatakan bukan saja didedahkan dengan ilmu agama, ilmu akademik juga turut dicurahkan bagi menjadikan mereka insan yang cemerlang dari segala segi. Alhamdulillah. Diharapkan agar mereka inilah yang akan menjadi peneraju agama di masa akan datang nanti. InsyaALLAH..

Wednesday, September 15, 2010

Bukan bercinta, tapi bersahabat

Share
"Ana mengeluh dengan tingkah laku suaminya. Ana menuduh Saiful mula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Menurut Ana, keadaan ini disedarinya apabila Saiful mula main kayu tiga dengan rakan sepejabatnya, Seri. "Sejak kehadiran perempuan itu dalam kehidupan abang Saiful, saya sering bertengkar dengan suami. Perempuan itulah punca keretakan rumahtangga saya."

Namun apa pula jawapan Saiful?
"Ana sudah melampau. Cemburu buta. Saya dan Seri cuma bersahabat sahaja tak lebih dari itu. Nothing special between us. Sebagai rakan setugas, saya memang tak nafikan saya rasa begitu selesa bila berbincang. Seri mempunyai pandangan yang luas, mudah bekerjasama, pendengar dan penasihat yang baik malah kami juga banyak berkongsi minat yang sama. Itu saja tidak lebih dari itu…" Kata Saiful, tenang.

Azhari dan Sara juga mengaku hanya bersahabat. Kebetulan mereka berdua sama-sama exco tertinggi salah sebuah kampus universiti terkemuka. Azhari dan Sara sering berjumpa dalam pelbagai aktiviti dan sering bermesyuarat bersama bagi melancarkan aktiviti kampus. Menurut Sara, Azhari seorang aktivis pelajar yang matang dan baik. Dia bukan hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat tetapi juga seorang "abang". Setiap masalah dibincangkan bersama dan sentiasa nasihat-menasihati antara satu sama lain. Kalau tak berpeluang bertemu mereka akan berhubung melalui telefon bimbit masing-masing. Ketika rakan-rakan sekuliah bertanya tentang keintiman hubungan mereka berdua, Azhari dan Sara dengan selamba mengatakan mereka cuma bersahabat. "Betul, kami tak ada apa-apa hubungan lain……"

Saiful dan Seri, Azhari dan Sara mengaku mereka hanya bersahabat. Namun kawan-kawan juga sesiapa yang berada di sekitar mereka merasakan ada sesuatu yang lebih dari sekadar bersahabat.

Persahabatan : Apa itu persahabatan?
Persahabatan merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan setiap insan. Mereka yang tidak mempunyai sahabat akan merasa kesepian dan tiada tempat meluah rasa. Namun bagaimana pula dengan persahabatan yang dijalinkan seperti Saiful dengan Seri atau Azhari dengan Sara yang menimbulkan gossip masyarakat sekitar? Sebelum perbincangan seterusnya, mari kita lihat sebentar makna atau erti sebenar sahabat itu sendiri. Menurut ahli psikologi, sahabat adalah orang yang dipercayai untuk diluahkan isi hati, kegembiraan atau kedukaan. Oleh itu sesiapa yang diyakini mempunyai ciri-ciri itu akan terpilih sebagai sahabat.

Setiap insan di dunia ini memerlukan sahabat atau orang lain dalam kehidupannya. Manusia perlu berkongsi sama dengan orang lain. Berkongsi sama itu sebenarnya pertahanan diri seseorang kerana manusia perlu untuk meluah dan mencurahkan isi hati dan perasaan-perasaan yang terpendam dalam diri kita. Dalam erti kata lain bahawa manusia memerlukan orang lain yang ia pilih dan percaya untuk meluahkan hal-hal peribadi.

Contohnya apabila seorang gadis bersahabat dengan seorang gadis lain, mereka boleh tidur sebantal, berkongsi barang atau saling pinjam meminjam baju atau seumpamanya atau lebih dari itu. Seseungguhnya manusia itu memang memerlukan sahabat dalam kehidupannya. Sekurang-kurangnya terdapat dua keuntungan yang diperolehi melalui persahabatan.
Pertama, untuk merealisasikan mimpi atau visi hidup. Seseorang memerlukan orang lain untuk membincangkan mimpi-mimpi dan permasalahannya. Seseorang itu ingin orang lain mendengar dan tahu keinginannya. Seterusnya berusaha saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Kedua, sahabat diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian atau jalan keluar bagi sesuatu masalah atau perkara.

Persahabatan itu bermula dengan perkenalan. Setelah itu, jika terdapat kesamaan ide, gagasan, gaya hidup, minat, keperluan, cara berfikir dan harapan maka timbullah rasa saling simpati. Apabila telah wujud rasa simpati maka akan wujud keterbukaan dan ketika ini mereka telah bersedia untuk saling mencurah suara hati.
Persahabatan Jejaka dan Wanita
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?
Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan ini benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnnya pasti ada harapan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit umtuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharap kepada wujudnya hubungan hati dan fizikal.
Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar bersahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengengan-angankan "kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku". Ketika ini sesungguhnya "tazyin syaitan" telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.
Berhentikan Proses Seterusnya!
Oleh itu. Para muslimin dan muslimat yang dikasihi, jika perkenalan kita sudah berunah menjadi simpati segeralah susuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah s.a.w.)

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatinah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. "Wahai Ali, sebelum saya bernikah dengan engkau di kota Makkah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola dihatiku. saya sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu saya simpan di dalam hatiku" kata Fatimah. "Kalau begitu engkau menyesal menikahi saya?" tanya Ali.
"Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau" jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh "menghinggapi sesiapa" sahaja termasuk orang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tidak mungkin dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui… ..
Sudah berlanjur digosipkan
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu untuk mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati "berdegup" hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmaan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera menghentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jauhilah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon/sms dan seumpamanya.
Jangan terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku kepada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda: "Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain."

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti ‘tazkiyatun nafs’ (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: "Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…. " (An-Nur:31-32)
Mencegah lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.
sekian wa'ssalam.

**Credit to Scripters

Tuesday, September 14, 2010

Pandangan Lelaki kepada Wanita

Share


Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

**Credit to Scripters

Sunday, September 12, 2010

Couple = Annoying

Share
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


*******


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.


**Credit to Scripters. Tidak ada kaitan sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Kepada Along a.k.a Stefan Salvatore, jgn berduka lagi. Ingat, hang masih ada sahabat seperti aku dan yang lain-lain untuk terus menyokong hang. What's goes around comes around. Ingat. Kalau 'dia' dah tak nak dekat hang, tak pa. Kami sentiasa 'nak' dekat hang. :D

Saturday, September 4, 2010

Bangun malam..

Share Bangun malam a.k.a QIYAMULLAIL. Ianya merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud, solat sunat witir dan lain-lain serta amalan membaca al-quran, berzikir dan sebagainya. Ianya juga amat digalakkan dalam Islam.

Bersempena dengan berlabuh tirai Ramadhan pada tahun ini, aku ingin menyeru sahabat-sahabat aku di luar sana supaya bersama-sama mengejar ganjaran yang diberi ini. Bukan senang untuk kita mendapat peluang sebegini. Mungkin kita tidak sempat untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Jom Qiam~!!

Lokasi: Masjid Pantai Jerejak
Tarikh: 04 September 2010
Waktu: 3.30 pagi
Imam Jemputan: Saudara Nizam

Monday, August 30, 2010

Ramadhan : Fasa pengampunan

Share
بسم الله الرحمن الرحيم

Agak lama aku tinggalkan ruang blog aku ni setelah entri 'PEREMPUAN GAGA' mendapat sambutan hangat (hangat la sangat). Terdetik dalam diri aku untuk meluahkan sedikit rasa yang terbuku dalam hati ini.

Nukilan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Ayat hukum yang jelas menyatakan kewajiban berpuasa kepada kita malah adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan sekiranya tidak memahami fardu wajib ini. Puasa; ianya merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Namun masih kedapatan golongan yang tidak mengendahkannya. Islamkah mereka? Aku istilahkan hanya Islam keturunan, Islam pada nama dan bukan pada agama. Bila aku tanya; "Tak puasa ke bro?" lantas dengan megah dia menjawab "Buat apa susah-susah tahan lapar, buat penat je. Tengok mcm aku ni." Ya ALLAH. Bangganya dia melakukan dosa secara terang-terangan. Ditambahkan pula dengan mereka yang melakukan maksiat tanpa segan silu. Walhal orang lain sibuk melakukan ibadah terawih, mereka pula sibuk melampiaskan nafsu serakah masing-masing. Kononnya tanda cinta kepada pasangan.Tidakkah wujud perasaan malu ataupun takut kepada ALLAH S.W.T? Jijik aku tengok. Paras rupa seperti golongan intelektual, bertudung litup ala-ala ustazah. Si lelakinya pula seperti golongan bijak pandai. Kepada yang terasa, aku memohon maaf tetapi tugas aku sebagai saudara seislam perlu aku laksanakan. Sabda Rasulullah S.A.W:

عن أبي سعيد الخدري - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان أخرجه مسلم.

"Dari Abi Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]

Justeru itu, bersempena dengan bulan yang mulia ini, masih belum terlambat untuk aku menyeru semua sahabat-sahabat di luar sana agar sentiasa memperbaiki diri serta memperbanyakkan amalan selagi masih berkesempatan. Tambahan pula, ramadhan sudah pun berlabuh ke fasa pertengahan; fasa pegampunan dari Allah kepada hamba-hambaNYA yang bersungguh-sungguh memohon keampunan. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mendambakan keampunanNYA. Aameen.

p/s: Tak payah la nak sambut malam merdeka. Lebih baik ber'iktikaf di masjid. (^_^)

Thursday, August 26, 2010

Perempuan GAGA..

Share Assalamualaikum..Please listen everybody!! (mcm nk wat pengumuman penting lak). Asalnya aku nak pos entri lain. Suddenly, datang lak artikel yang agak menarik, yang membuatkan aku tertarik untuk membaca (bapa byk tarik daa). Memang agak bermanfaat untuk dikongsi bersama. Jadi di bawah ini, aku lampirkan apa yang telah aku baca tadi. Sharing is caring. Read and think wisely.


Silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;) mcm tahu2 je, sbb smlm tgh drive, mulut ni mula nk ikut menyiulkan rentak lagu nih.. haiihh.. maklumla balik keje bulan2 posa ni jln jam aje... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain.. sharing is caring ;)

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More