Showing posts with label My Self. Show all posts
Showing posts with label My Self. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Nothing at all..

Share

FUHHHHH~!!!








FUHHHHH~!!






FUHHHHH~!!



Tiup2 sikit. Berhabuk, bersawang berdebu dan sewaktu dengannya. Lama sangat-sangat aku rasa aku biarkan laman sesawang aku ni BERSAWANG dan tersadai tanpa dipenuhi entri-entri yang membosankan. :P Hampir 3 bulan lebih aku rasa. Am i right? Semua ni gara-gara exam (exam la sangat) dan macam-macam urusan yang perlu aku selesaikan. Tapi sebab yang paling tepat aku rasa benda alah di bawah ni.


Online game yang boleh membuatkan seorang isteri terlupa lauk di atas dapur. Seorang suami lupa untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan juga boleh membuatkan tabung ayam menjadi korban. Hahahaha. Memang tak dapat disangkal lagi kehebatan aura game ni. Sekali dengan aku sangkut. Adess. Kepada yang mempunyai masalah rumah tangga, sakit hati dengan jiran sebelah, amat digalakkan bermain game ni. :P
Okay enough~!!

Aku sekarang telah berada di kampung halaman tercinta. Bercuti seketika. Sepatutnya aku grad semalam dgn sahabat2 aku yang lain tapi terkandas di tengah jalan. So, kena la sambung setahun lagi. That's why aku balik awal. Terasa kerdilnya diri aku ni bila melihat sahabat2 yang lain sudah pun memegang segulung ijazah. Tipu la kalau kata xde rasa cemburu. Namun dengan cemburu tu la aku kuatkan balik semangat aku untuk terus berjuang. Kepada sahabat2 MAQAZ (Maahad Qiraat Azhar) yang dah berjaya, aku ucapkan tahniah. Kepada yang senasib dengan aku, welcome to the club. Hehehe. Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk terus berkelana di bumi anbiya' ini bagi mengaut sedikit sebanyak ilmu dengan saki baki masa yang kita ada ini.

Energy dah penuh. Sambung main EA balik...ZzZzZz




Tuesday, May 3, 2011

2nd Chance

Share
Assalamualaikum. Dah agak gatal tangan aku sebab dah agak lama tak melalut kat sini. Apa khabar sahabat2 di luar sana? Diharapkan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Entri kali ni aku nak melalut pasal second chance (peluang kedua).

Selalu kita dengar "Everybody deserve a second chance". Ya memang betul. Semua orang layak untuk menerima dan memberi peluang kedua. Siapa setuju dengan aku, angkat tangan (macam aku boleh nampak, huhuhu). Dalam cerita aku, banyak kali aku menerima peluang kedua dan alhamdulillah, setiap peluang kedua yang aku terima, aku manfaatkan sebaik mungkin. Tiada peluang ketiga. Itu prinsip aku. Bahkan aku sendiri pon, tidak pernah dan tidak akan memberi peluang ketiga dalam apa jua keadaan. Contohnya, ada sorang 'budak' (aku panggil budak sbb dia ni memang langsung tak matang, F U!) Dipendekkan cerita, budak ni buat taik dengan aku. Dia mengumpat bukan-bukan pasal aku. Mulut tempayan boleh kita tutup, mulut manusia ni memang tak la kan. At first aku pecaya dgn budak ni, sbb perwatakan dia mmg 100% bagus. Jadi aku agak kurang percaya dengan cerita-cerita orang ni. So aku sendiri tanya dia. Jadi dia macam takut-takut je nak jawab. Then dia mengaku yang dia tikam aku. Disebabkan dia mengaku, jadi aku sedikit cool pada masa tu.

So, i give him a second chance to prove that he will change. Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kali ini aku dengar sendiri dia mengumpat pasal aku. Kat situ jugak aku sound dia. Terkontang-kanting budak tu. Lawak jugak aku tengok reaksi dia. Mungkin tak sangka akan kantoi dengan aku kot. So bermula lah drama melayu. Tak sempat dia bagi apa-apa alasan, aku dah suruh berambus, sbb aku dah meluat tgk muka dia. Hahaha! I HATE BACK STABBER FOREVER AND EVER! Tah apa jadi dengan dia lepas tu aku pon tak tau. Sampai sekarang aku tak jumpa dia.

So, sahabat-sahabat yang di luar sana, jangan sekali mengkhianati kepercayaan serta peluang yang diberikan kepada kita. Mungkin bagi sesetengah orang boleh memberi peluang lagi dan lagi, tapi tidak aku. Cukup sekadar peluang kedua. Kepada sesiapa yang pernah buat taik dengan aku, sorry to say, memang aku x kenal korang lepas ni. ^_^
Ok, nak sambung hafal matan. Exam dah dekat. Tolong doakan aku dan sahabat-sahabatku yang lain ye. Jumpa lagi, Assalamualaikum..~

p/s: Pening hafal matan..adoii!!

Wednesday, March 16, 2011

Cakap Tak Serupa Bikin

Share Alhamdulillah, bersyukur aku pada Rabbul Izzah di atas izin dan kurniaNYA, aku masih lagi bernafas untuk terus hidup dan mengabdikan diri beribadah kepadaNYA. Walaupun setelah diuji dengan kebangkitan rakyat di negara asing serta musibah bencana alam yang menimpa negara matahari terbit, aku masih lagi diberi peluang untuk terus berjuang untuk menamatkan apa yang aku mulakan.

Mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana blog ini dibekukan agak lama. Bukan sengaja, tetapi kerana sebok 'menyelamatkan' diri dari bencana-bencana yang berlaku mutakhir ini. Muncul kali ini, tak dirancang. Namun, rasa terpanggil untuk kembali kerana 'kepanasan' yang tak tertahan. Kalau tak, memang tak sempat untuk meluangkan masa di laman sesawang ini kerana aku masih lagi dalam proses evakuasi untuk pulang ke mesir pula. Alhamdulillah. Urusan selesai. Cuma menunggu panggilan sahaja. Sahabat-sahabat, doakan aku please!

CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Memang panas telinga. Cakap 'bejabu' tapi kosong. Hangat aku! Manusia bila lupa daratan, beginilah jadinya. Sembang itu ini, tapi pernah cermin diri ke? Aku ok lagi yg tu, tp sampai nasihat orang lain dicemuh, bagus sangat ke? Macam ni ke orang yang ada basic agama? Bum bang bum bang, last2 cakap makan tuan! Bukan aku baru kenal beb. Lu langsi lu mati! Len kali pastikan buat baru cakap. OK? Opss, lupa. Jangan sombong sangat, aku tegur sebab rasa kasih pada kawan tapi dah ini yang aku dapat, aku cop, YOU ARE SO ARROGANT, F U!

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, "DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Luqman: 18)

Cuba renung-renungkan dan selamat beramal!

p/s: Aku sebagai sahabat cuma mengingatkan.

Saturday, January 15, 2011

Freeze

Share
Blog ini aku bekukan seketika (xtau berapa lama). InsyaALLAH jika ada peluang, kita ketemu di lain waktu. Sayonara, assalamualaikum.

Wednesday, January 5, 2011

Tanda-tanda Insomnia

Share
Gambar hiasan

Kebelakangan ni, aku susah untuk tidur. Haishh, agak sukar untuk lelapkan mata walaupun dalam keadaan yang agak letih. Bila ditanya kepada kawan-kawan yang lain, pelbagai cara yang mereka cadangkan agar aku mudah untuk tidur. Aku dikatakan mungkin 'Insomnia'.
Apa tu Insomnia? Search kt google. Malas nak taip panjang lebar kat sini. Di bawah ni, ada punca-punca Insomnia.

  • 1 - Pemakanan : Jika sukar utk tidur,cuba ingat balik,apa yg kamu makan hari ni sejak dari awal pagi.ingat balik,ada x ambil pemakanan yg mengandungi kafein.contoh diet yg mengandungi kafein ialah minuman berkarbonat spt coca cola,pepsi,kopi dan apa2 makanan yg dikelaskan mengandungi kafein.kafein akan membuatkan kita rasa terjaga,degup jantung kuat,xboleh tidur walaupun mata terpejam.pokoknya,cuba kamu check balik apa yg kamu makan mula dari bangun tidur pagi.Satu lagi,jgn makan lewat malam.ini yg biasa berlaku pada student2 termasuk sy sendiri.ha3 betul kan? ok,kurgkan makan malam,sbb bila makan malam,mulanya rasa mengantuk sbb darah banyak ke perut kurang ke otak,kemudian beberapa jam,sukar nak tidur sbb tenaga dah banyak dihasilkan dari makanan tadi dan bila tenaga banyak,kurang la letih, maka mata pun terjaga.ok,itu utk pemakanan.
  • 2 - Aktiviti seharian : Dari bangun tidur sampai malam,apa aktiviti yg kamu buat?Ada x tidur masa tengah hari ,petang atau malamnya kemudian terjaga? Badan akan mudah terlelap bila dalam keadaan letih. Klau dah tidur sepanjang hari,adakalanya bila malam sukar utk tidur sbb dah cukup tidur seharian.itu utk aktiviti seharian.
  • 3 - Persekitaran : Cuba tgk persekitaran tmpt tidur,apa yg boleh buat kamu xdpt tidur? Bunyi? Susunan katil? Bantal dan katil xselesa? Kipas terlalu perlahan? Cuba tgk balik k mana tau persekitaran yg buat kamu sukar utk tidur.
  • 4 - Emosi : Ha...yg ni biasa melanda yg menyebabkan sukar utk tidur.Cuba tanya diri,kenapa aku xdpt tidur? Apa yg aku fikirkan? Apa yg aku khuatirkan? Asigment? Temu janji? Masa lalu? Masa depan? Masa siang tadi? Cuba tanya diri,apa yg kamu selalu fikirkan.klau boleh,sebelum tidur,rehat sebentar,tarik nafas dan hembus hingga rasa diri tenang.....kemudian masalah2 yg difikirkan cuba selesai dgn cara menulis pada kertas,conteng2 kertas ka utk meluah apa yg dirasa. Sebaiknya,sblm tidur,cuba baca al Quran walaupun ayat yg pendek,insya Allah,akan tenang.dlm al Quran itu ada penawar,dlm al Quran sendiri yg sebut dlm surah al Isra' ayat 82 : "Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman....."
  • Bila dah tenang,emosi terkawal....bolehlah tidur dlm keadaan tenang....insya Allah. Refresh balik,tgk pada 4 point ni td iaitu pemakanan,aktiviti seharian,persekitaran dan emosi.yakinlah,anda mampu memandu apabila anda tahu jalannya..
Haa..macam mana aku boleh lupa. Haishh.. Aku membaca surah Ar-R'ad.
(28) “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

**Terlena ketika membaca Al-quran..ZzZzZz


Wednesday, December 29, 2010

Alf Syukran

Share
I'm BACK!

Assalamualaikum diberi sebagai pembuka bicara. Entri sebelum ini macam nak undur diri lama sangat bunyinya kan? Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk terus berblogging.

Berundur diri sebelum ini bukan hendak menyorok, lari atau seumpama dengannya. Berundur bererti memberi peluang untuk aku menyiapkan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas aku. Oleh yang demikian, blog ini aku anak tirikan seketika. Tak sampai pon seminggu. InsyaALLAH, dari semasa ke semasa, aku akan cuba untuk mengemaskini blog yang bersawang nie.

Berbalik kepada amanah yang aku sebutkan tadi. Mungkin ada dari kalangan para sahabat sekalian tertanya-tanya, apakah amanah tersebut. Aku diberi tugas untuk menyiapkan sebuah blog. Iaitu Foto Blog. Foto blog ini merupakan blog yang hanya memaparkan foto-foto yang terdiri dari segala jenis. Contohnya Lanskap, potret dan sebagainya. Ianya memakan masa yang lama untuk disiapkan kerana aku pon kurang mahir bermain kod HTML.

Idea asal daripada saudara Muhammad yang juga merupakan orang penting bagi menjayakan apa yang kami usahakan. Sebelum terlupa, kami yang dimaksudkan adalah terdiri daripada 4 orang iaitu saudara Muhammad, Nizam, Nasaae dan aku sendiri. Ianya merupakan penghijrahan daripada The Hingusan kepada yang baru. Mengapa berhijrah? Tak salah untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Kumpulan kecil ini tidak lagi disebut HINGUSAN kerana kami sudah tidak berhingus! Kami, The Projecth!

The Projecth; ianya ditubuhkan pada 1 Muharram 1432H bersamaan dengan 6 Disember 2010. Pada 10 Muharram 1432H, laman web rasmi kami telah dapat disiapkan atas hasil kerjasama kesemua ahli anggota 'The Projecth'. Memandangkan usia 'The Projecth' yang masih setahun jagung ini, kami mendambakan teguran serta nasihat-nasihat yang membina agar dapat kami ambil sedikit sebanyak untuk memperbaiki serta meningkatkan hasil dan mutu kerja kami.



Monday, December 27, 2010

Hibernate

Share
Gambar Hiasan

Mengundur diri seketika. Assalamualaikum

Wednesday, December 22, 2010

5 Sifat Wanita Tidak Disukai Lelaki

Share
Gambar Hiasan

Sebagai wanita, anda perlu bijak memahami sikap dan tingkahlaku pasangan anda. Dari masa ke semasa anda perlu meningkatkan tahap pengetahuan anda berkaitan sikap teman lelaki atau suami anda. Oleh sebab lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi , wanita harus lebih bijak berdepan dengan perkara sebegini. Seperti yang anda tahu, lelaki lemah dengan pujuk rayu seorang wanita tidak kira si wanita itu adalah teman biasa, teman lelaki, kekasih atau isterinya sendiri. Walaubagaimanapun seorang lelaki masih tidak selesa dengan wanita yang mempunyai sifat buruk walaupun secantik mana pun wanita itu.

Berikut adalah beberapa sifat-sifat wanita yang tidak digemari oleh lelaki yang perlu anda titikberatkan untuk menjamin kebahagian anda.

1. Tidak Puas

Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Wanita juga dikatakan inginkan kesempurnaan, yang sememangnya mustahil untuk dikecapi. Saya rasa tidak perlu huraikan perkaran ini kerana anda boleh berfikir secara rasional tehadap sikap ini.

2. Mata Duitan

Wanita itu adalah menipu sama sekali jika dia menyatakan sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan. Itu adalah benar kerana, cuba anda perhatikan artis-artis Negara kita sudahlah. Siti nurhaliza kahwin dengan siapa? Walaupun dia sudah kaya. Norjuma pengacara TV3 kahwin dengan siapa? Orang yang berstatus datuk juga. Sememangnya susah hendak cari cinta sejati, semuanya adalah kepuraaan.

3. Suka Mengatur

Apabila wanita mempunyai peluang, wanita akan cuba mengatur kehidupan lelaki. Termasuklah cara berpakaian, bila anda boleh keluar rumah, balik dalam masa yang diberikan, tidak boleh balik lewat, tidak boleh keluar seorang, dan macam-macam perkara yang terbatas. Ini boleh membuatkan lelaki rimas dengan situasi ini.

Wanita tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Lelaki lebih suka kehidupannya tidak dikongkong oleh perkara-perkara sebegini.

4. Cemburu Buta

Cemburu tandanya sayang, betul ke? Atau cemburu tandanya bengang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki didorong untuk membuat perkara yang dicemburui itu dengan lebih kerap lagi.

Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh, lagilah dia risau.

Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.

5. Emosional

Sudah menjadi kebiasaan wanita akan mengalirkan air mata apabila sesuatu yang membuat hatinya tergores dan terluka. Tetapi wanita tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan air mata sebagai senjata untuk melemahkan lelaki. Jika kerap digunakan, ia dikuatiri akan membuat lelaki anda meluat. Tidak salah menunjukkan emosi yang anda itu sedang merajuk dan sebagainya, tetapi kawal-kawalah diri anda supaya teman lelaki anda tidak menjauhi anda suatu hari nanti.

Source: Tanya Lelaki

Tuesday, December 7, 2010

Award from Queen F

Share Terima kasih diucapkan kpd Queen F atas award yg diberikan. Tapi siap ada syarat lagi. :)


Korang kena cerita 5 benda pasal diri korang yang korang rasa Queen F patut tahu..:D

1. i love photography
2. sy masih single tp not available
3. I love both of them
4. Sy benci org belagak bagus!!
5. I love to be your friend


Korang kena bagitaw Queen F apa perkara yang korang nak taw pasal Queen F.. :)

1. just tell me one word, to describe yourself.


Pandangan korang pasal blog Queen F.. :)

1.Nice!


Proud to be your friend and i hope our friendship will keep remain happily ever after.





Friday, November 26, 2010

Apa itu HINGUSAN?

Share
Assalamualaikum pembuka tirai saiyidul ayyam. Sudah terlalu lama jari-jemari ini sunyi dari menari-menari di atas keyboard. Menarinya jari kali ini bagi menjawab pertanyaan yang sering diajukan kepada aku. Apa itu HINGUSAN dan mengapa memilih nama HINGUSAN?

Hingusan merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada kalangan remaja yang ditubuhkan atas dasar cinta dan 'ketagih' kepada dunia photografi dan mengedit gambar. Idea asal adalah daripada Muhammad merangkap sifu kepada kami golongan kelas bawahan yang baru mula menapak dalam mengenali bidang yang semakin mendapat perhatian ini.

Hingusan pada awalnya telah pun ditubuhkan di Malaysia lagi. Namun ianya mula bergiat aktif pada tahun 2009 hasil daripada tunjuk ajar serta ilmu yang dicurahkan kepada kami. Maka terhasillah blog dan juga group Hingusan di mukabuku atau lebih dikenali dengan Facebook.

Mengapa memilih nama hingusan? Tak rasa kotor ke? Hingusan nama diberi bukanlah sekadar nama sahaja. Malah ianya lebih untuk menonjolkan betapa barunya kami di dalam bidang ini. Justeru nama hingusan dipilih. Kotor hanya pada nama tapi tidak pada hasilnya. Am i right? Jadi kepada yang masih tertanya-tanya apakah itu hingusan, diharapkan agar entri ini dapat merungkai segala kebuntuan serta kekusutan yang bersarang di minda anda.

Akhir kata, aku selaku wakil dari HINGUSAN, mengharapkan kritikan serta nasihat yang membina kepada insan-insan yang lebih mahir diluar sana. Diharapkan juga, anda dapat memberi tunjuk ajar sedikit sebanyak dalam bidang ini. Sekian.

Friday, October 22, 2010

Huffaz Masa Hadapan

Share
Gambar di atas merupakan antara pelajar di Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah di Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak. Kebanyakan pelajar berusia dalam lingkungan 13 dan 14 tahun.
Setiap hari, seusai solat subuh, mereka memulakan pagi mereka dengan menghafaz serta mengulang ayat suci al-Quran. Suasana sebegini mungkin tidak dapat dikecapi bagi kebanyakan pelajar yang seusia mereka. Lidah mereka sentiasa dibasahi alunan zikir memuji Ilahi. Tidak cukup dengan itu, mereka dikatakan bukan saja didedahkan dengan ilmu agama, ilmu akademik juga turut dicurahkan bagi menjadikan mereka insan yang cemerlang dari segala segi. Alhamdulillah. Diharapkan agar mereka inilah yang akan menjadi peneraju agama di masa akan datang nanti. InsyaALLAH..

Wednesday, September 22, 2010

Distress

Share

Life doesn't hurt until you think about how much things have changed, who you've lost along the way, and how much of it was your fault.

T_T

Sunday, September 19, 2010

Between the devil and the deep sea

Share
Kuatkah aku?

Thursday, September 16, 2010

Bersyukur..

Share
Alhamdulillah, akhirnya aku bebas. Tiada lagi kenangan yang tersemat dalam hidup aku terhadapnya. Seperti mana dia melepaskan aku, seperti itu jua aku menerimanya. Walaupun ianya sangat sakit tapi tidak mengapa, ALLAH tidak akan menguji hambaNYA melainkan dengan apa yang hambaNYA itu mampu. ALLAH MAHA ADIL dan janji ALLAH itu benar.

3 Syawal 1431 merupakan kali pertama penyerahan kembali barang-barang beliau. Namun aku terlupa untuk pulangkan semuanya, terpaksalah aku pulangkan kepada keesokan harinya kerana aku tahu beliau tiada di rumah. Jadi senang kerja aku. Namun begitu, aku dipelawa untuk masuk beraya di rumah atuknya. Aku menolak secara berhemah. Aku katakan masih ada urusan lain untukku selesaikan. Satu pembohongan yang harus aku katakan. Maafkan aku. Aku mengatur rapi langkah pulang ke rumah. Alhamdulillah.

"Kenapa pulangkan balik benda-benda tu?"
"Simpan la buat kenangan"
"Kasihan dia hang buat macam tu"

Antara soalan-soalan yang kerap diajukan kepada aku seusai aku pulangkan kembali kesemua pemberian dari beliau. Aku tak berdaya untuk menyimpan kesemua kenangan itu. Lebih baik aku pulangkan dari menjadi barah kelak. Sepertimana yg beliau berikan kepadaku dahulu, seperti itu juga aku pulangkan. Ku rasakan tiada kecacatan pada barang-barang itu. Ku selitkan juga sepucuk surat. Aku sendiri lupa apa yang aku coretkan. Namun yang pasti, aku meminta izin untuk terus membenci beliau sebab dengan cara itu sajalah dapat aku ubati hatiku yang sakit ini. Raut wajah boleh menipu tapi tidak segumpal darah yang bernama hati. Jangan mudah mengukir janji bila ianya tak mampu untuk ditepati.

"A person who truly love you, will never let you go no matter how hard the situation is." Kata- kata yang membuatkan aku semakin down. Namun, ku gagahi langkah ini untuk teruskan saki-baki dan sisa-sisa kehidupan ini.

11.50 pm.
7 Syawal 1431H


Sunday, September 12, 2010

Kenduri Kahwin Siti Fatimah

Share
Alhamdulillah. Siti Fatimah ex-classmate aku sudah selamat bergelar sebagai isteri orang yang sah. Aku sertakan 2 keping gambar yang sempat aku ambil sebab terlalu ramai orang dan semua sibuk. Kredit untuk Achoi kerana sudi tolong aku ambil gambar. Kepada Siti Fatimah dan suami, tahniah aku ucapkan. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Aameen.

Wednesday, September 8, 2010

Maaf Zahir dan Batin

Share Assalamualaikum pembuka bicara. Sayu hati ini untuk mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan. Namun, aku terpaksa merelakannya. Rasa begitu singkat sekali menyambut Ramadhan pada kali ini. Sedikit perbezaan terasa kerana pada kali ini aku menyambut Ramadhan di tanah air tercinta setelah 2 tahun menyambutnya di perantauan.

Dalam sibuk menyiapkan pelbagai perkara untuk menyambut Syawal, terkenang seketika suasana menyambut Syawal di perantauan. Gelak tawa serta riuh rendah menghangatkan lagi suasana perayaan sewaktu di sana. Rasa rindu yang teramat sangat walaupun ianya disambut tanpa sanak saudara. Alhamdulillah, Syawal kali ini dapat ku sambut bersama ahli keluargaku. Namun segalanya tidak seperti yang aku idamkan sewaktu aku masih lagi di sana. Hatiku sedikit hampa tapi Alhamdulillah, aku bersyukur.

Dikesempatan ini, aku menghimpun 10 jari memohon keampunan jika kedapatan salah dan silap sama ada sedar atau pun tidak. Sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan. Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, dinasihatkan supaya berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang. Sama-samalah kita berdoa agar kita ditemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang. InsyaALLAH.

Sunday, September 5, 2010

Gathering keluarga Abu Bakar..

Share


Lokasi: Ocean Blue Condominium, Pantai Jerejak

6.00 ptg: Ketibaan ahli keluarga Abu Bakar
7.00 mlm: Bacaan tahlil
7.25 mlm: Majlis berbuka puasa
8.00 mlm: Solat maghrib berjemaah
8.25 mlm: Bertolak ke Masjid Pantai Jerejak
8.30 mlm: Solat Isya' bersama makmum Masjid Pantai Jerejak
9.00 mlm: Solat Tarawih
9.35 mlm: Solat Witir
11.30mlm: Ahli keluarga bergegas pulang ke rumah.

Saturday, September 4, 2010

Bangun malam..

Share Bangun malam a.k.a QIYAMULLAIL. Ianya merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud, solat sunat witir dan lain-lain serta amalan membaca al-quran, berzikir dan sebagainya. Ianya juga amat digalakkan dalam Islam.

Bersempena dengan berlabuh tirai Ramadhan pada tahun ini, aku ingin menyeru sahabat-sahabat aku di luar sana supaya bersama-sama mengejar ganjaran yang diberi ini. Bukan senang untuk kita mendapat peluang sebegini. Mungkin kita tidak sempat untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Jom Qiam~!!

Lokasi: Masjid Pantai Jerejak
Tarikh: 04 September 2010
Waktu: 3.30 pagi
Imam Jemputan: Saudara Nizam

Tuesday, August 24, 2010

Habitat Baru..

Share Fuhhh..Fuuhhhh...meniup habuk yang makin menebal dalam blog ni. Entri kali ini ringkas dan padat (mungkin). Bermula dari 30 Syaaban, aku telah ditugaskan untuk 'bekerja' selama 30 hari di Pantai Jerejak. Agak jauh dari habitat lama. Namun alhamdulillah, aku telah diberi habitat baru yang lebih dekat dengan tempat aku bekerja. Senang untuk aku berulang alik. Tidak perlu aku bersusah payah untuk berulang dari habitat lama aku. Arhh..tak guna cakap banyak. Let picture do the talk (btul ke ayat ni? hahaha) Dibawah ni sedikit sebanyak gambar bahagian dalam habitat aku. Enjoy.

Dapur

Meja aku berbuka n sahur

Meja makan (hiasan kot)

Depan bilik aku

Musolla

Ruang Tamu

Sony Bravia LCD

Friday, August 20, 2010

Gelisah..

Share
Tatkala tirai malam mula berlabuh, aku masih lagi segar bugar di alam maya ini. Jari jemariku ligat bermain di keyboard. Keluh kesah serba tak kena. Mengapa hati ini masih gundah gulana? Walhal di waktu sebegini, telah ramai yang sudah hanyut dibuai mimpi. Perasaan cemburu mula menyerang diriku apabila melihatkan sahabatku telah nyenyak ditelan waktu. Fikiranku melayang sejenak, memikirkan kembali, apa yang membuatkan kalbu ini tidak senang. Aku mula bermuhasabah. Dosa apakah yang telah aku lakukan pada hari ini? Ya ALLAH, Engkau ampunilah hambamu yang serba dhaif lagi hina ini. Sesungguhnya aku tidak dapat lari dari membuat dosa.

Di penjuru kamarku, sayup kedengaran lagu dendangan kumpulan In-team yang bertajuk 'Pemergianmu'. Tanpa ku sedari, gugur titisan air mata jatuh ke bumi. Aku sedikit terusik dengan lirik lagu tersebut. Secara spontan aku terbayangkan saat pemergian Rasulullah S.A.W. "Layakkah aku untuk berada disampingmu ya Rasulullah? Engkau sentiasa menyintai ummat mu tapi aku? Aku dahulukan rasa kasih bukan kepadamu. Aku sentiasa leka untuk berselawat kepadamu sedangkan Engkau senantiasa mendoakan kesejahteraan ummatmu" Maha kerdilnya diri ini jika hendak dibandingkan dengan sahabat-sahabatmu seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A, Saidina 'Umar Al-Khattab R.A, Saidina 'Uthman bin 'Affan R.A, Saidina 'Ali bin Abi Tolib R.A, Thalhah bin 'Abdullah R.A, Zubair bin 'Awwam R.A, Sa'ad bin Abi Waqas R.A, yang merupakan sahabatmu yang dijamin syurga.

Siang makin mencemburui malam. Waktu berlalu begitu pantas. Di sepertiga malam ini, ada yang enak diulit mimpi, ada yang membanting tulang mencari rezeki, dan kedapatan juga yang menghabiskan malam-malam mereka sujud menghadap Ilahi. Namun aku masih disini, bermuhasabah diri. Mencari salah dan silap serta cacat cela perbuatanku pada hari ini. Seraya aku terbayangkan wajah-wajah suci, insan-insan kesayanganku. Insan-insan yang merupakan tulang belakangku untuk aku terus berdiri teguh mengharungi kehidupan yang serba mencabar. Segera aku panjatkan doa kepada mereka; "Ya ALLAH, Kau permudahkan segala urusan mereka ketika di dunia mahupun di akhirat kelak. Engkau tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang mendapat keredhaanMu. Hanya kepadaMu aku memohon."

Mungkin masih ada saki baki dosa aku sesama manusia di luar sana? Mataku mulai kabur. Namun hatiku masih tidak tenteram. Seraya aku teringatkan sepotong ayat quran "Ala bizikrillahi tatmainnul qulub." Lantas aku mempercepatkan langkah untuk menghabiskan malam ini dengan mengingatiNYA dengan harapan agar diri ini lebih tenang untuk masuk ke kamar. Kepada yang mengenali diri ini, sekiranya aku pernah melakukan kesalahan, aku memohon ampun dan maaf pada bulan yang mulia ini. Sesungguhnya, aku adalah hamba yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Salam kemaafan.

Assalamualaikum.
Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More