Thursday, August 6, 2009

Ashabul Kahfi

Share Kaherah, 15 Syaaban 1430 - 4.50 a.m

Alhamdulillah, selesai sudah aku menunaikan solat fardhu Subuh. Sekali lagi akan aku tempuhi hari yang penuh dengan mehnah di bulan ini, Bulan Syaaban. Ianya adalah satu bulan yang bermakna dalam bulan Islam yang mana digalakkan bagi setiap umatnya melakukan amalan2 sunat sebagai persediaan menyambut Ramadhan. Aku juga tidak ketinggalan untuk mengisi bulan ini dengan melakukan amalan2 sunat seperti mana yang dilakukan Oleh Rasulullah S.A.W.

Kebiasannya aku mulakan hariku dengan membaca Surah Al-Waqiah, tetapi pagi ini hatiku tertarik dengan alunan bacaan Syeikh Abdul Rahman Sudais yang membaca Surah Al-Kahfi. Terdetik hatiku ingin berkongsi kisah yang terdapat dalam surah ini. Surah yang menceritakan tentang Ashabul Kahfi. Kisah ini begitu tersohor. Dengan kekuasaan-Nya, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menidurkan sekelompok pemuda yang berlindung di sebuah gua selama 309 tahun. Apa hikmah di balik kejadian ini? Sama-sama kita hayati.

Ashhabul Kahfi adalah para pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga mereka beriman dan mengenal Tuhan mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianut oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Mereka hidup di tengah-tengah bangsa mereka tetapi tetap menampakkan keimanan mereka ketika berkumpul sesama mereka, sekaligus kerana khuatir akan gangguan masyarakatnya. Mereka mengatakan:


“Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan
mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
Surah Al-Kahfi Ayat 14


Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan perkataan mereka selanjutnya:

(Mereka berkata pula sesama sendiri): “Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
Surah Al-Kahfi Ayat 15



Ketika mereka sepakat terhadap persoalan ini, mereka sedar tidak mungkin persoalan itu dapat menyedarkan kaum mereka. Mereka berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memudahkan urusan mereka:

....“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”
Surah Al-Kahfi Ayat 10


Mereka pun menyelamatkan diri ke sebuah gua yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala mudahkan bagi mereka. Gua itu cukup luas dengan pintu menghadap ke utara sehingga sinar matahari tidak langsung masuk ke dalamnya. Kemudian mereka tertidur dengan perlindungan dan pegawasan dari Allah selama 309 tahun. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang menjaga mereka selama di dalam gua. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


..dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.


Setelah tertidur ratusan tahun lamanya, Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan mereka لِيَتَسَاءَلُوا (agar mereka saling bertanya), dan supaya mereka pada akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:



Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.


Dari apa yang dipaparkan dalam kisah ini terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah yang nyata. Di antaranya:

*Walaupun menakjubkan, kisah para penghuni gua ini bukanlah ayat Allah yang paling ajaib. Kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai ayat-ayat yang menakjubkan yang di dalamnya terdapat pelajaran berharga bagi mereka yang mahu memerhatikannya.


*Sesungguhnya siapa sahaja yang berlindung kepada Allah, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala melindunginya dan lembut kepadanya, serta menjadikannya sebagai sebab orang-orang yang sesat mendapat hidayah (petunjuk). Di sini, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bersikap lembut terhadap mereka dalam tidur yang panjang ini, untuk menyelamatkan iman dan tubuh mereka dari fitnah dan pembunuhan masyarakat mereka. Allah menjadikan tidur ini sebahagian dari ayat-ayat (tanda kekuasaan)-Nya yang menunjukkan kesempurnaan kekuasaan Allah dan limpahan kebaikan-Nya. Juga agar hamba-hamba-Nya mengetahui bahawa janji Allah itu adalah suatu kebenaran.


*Anjuran untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat sekaligus mencarinya. Kerana sesungguhnya Allah mengutus mereka adalah untuk hal itu. Dengan perbahasan yang mereka lakukan dan pengetahuan manusia tentang keadaan mereka, akan menghasilkan bukti dan ilmu atau keyakinan bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa hari kiamat yang pasti terjadi bukanlah suatu hal yang perlu disangsikan.

Dan banyak lagi pengajaran dan tanda kekuasaan ALLAH dalam kisah dan surah Al-Kahfi ini. Sama-samalah kita menghayati dan mengambil sedikit sebanyak pengajaran yang terdapat dalam kisah Ashabul Kahfi ini. Jika terdapat sebarang kekurangan diharapkan agar sahabat-sahabat sekalian dapat menegur. Wallahua'alam.


**Sumber : Taisirul Lathifil Mannan karya Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullahu
Al-Quran Al-Karim
Al-quran Terjemahan






Wednesday, August 5, 2009

Malaysian Speed Test

Share Jom menguji kepantasan jari jemari anda. Cuba setakat mana pencapaian anda. Hanya tulis semula perkataan yang diberikan. Anda rasa anda cukup pantas? Kemungkinan besar selepas ini anda akan digelar 'Keyboard Addict' atau 'Keyboard Maniac'. Nak cuba? Layari http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Ini result untuk 1st test aku:

47 perkataan

Speed test



Bagaimana pula dengan anda..?

Badges Logo Untuk Status YM!

Share

Mungkin bagi sesetengah org status on / offline ni tidak penting.. namun, bagi yg menggunakannya terutama mereka2 yg menjadikan blogspace ini sbg satu skop or medium perniagaan / promosi / perhubungan / dll, status inilah yg akan memudahkan bakal2 prospek / sesiapa saja utk menghubungi anda dgn seberapa segera jika tidak ada medium lain yg boleh digunakan.


Jadi, kpd yg mmg sudah menggunakannya aku sharekan beberapa coding badges ni spy korang boleh tukar badges yg korang guna pd bila2 masa.. (klu asyek display badges yg sama pun tak best jgk kan).. dan kepada yg tercari2 coding badges ni pun aku sediakan dgn suka citanya.. once again.. enjoy..

http://www.mediafire.com/file/nbxwzzzn2dx/coding utk logo badges YM (1).txt

1. download coding dgn klik link kt ats tu.
2. open file dgn notepad
3. copy & paste kat kotak html/javascript korang.
4. ganti id YM aku (firstgen_uchiha) tu kpd id YM korang.
*kalau coding tu tak boleh,guna coding yg bwh ni plak..(try & error)

http://www.mediafire.com/file/mq25nzdimii/coding utk logo badges YM (2).txt

1. sama jgk mcm step kat atas tu..
2. gantikan nama 'linuxmaster' tu kpd nama korang dan id 'firstgen_uchiha' kpd id korang.

yg bwh ni plak code2 utk korang nk tukar display logo badges tu..perasan tak dlm setiap coding tu ader code t=11 kan..ok,tukar jela nombor2 tu mengikut nombor2 badges kat bwh ni..


(t=0)


(t=1)


(t=2)


(t=3)


(t=4)


(t=5)


(t=6)


(t=7)


(t=8)


(t=9)


(t=10)


(t=11)


(t=12)


(t=13)


(t=14)


(t=15)


(t=16)

Sumber : www.ahmadmuzani.blogspot.com

Sunday, August 2, 2009

Award 2009

Share

Haaa..tentu nk tau apa benda award ni kan? Aku dapat award ni dari Syed Hassan. Thank you so much. Jadi aku nak bagi pulak award ni kepada yang bertuah. Kepada yang dapat award ni tahniah diucapkan. Jangan lupa pulak bagi kepada kawan-kawan yang lain. Sama-samalah kita memelihara ukhuwah kita sesama muslim. Semoga ukhuwah kita berkekalan.
Award 2009 jatuh kepada :

Quran Flash

Share Assalamualaikum. Kepada para sahabat di luar sana, mesti tertanya-tanya apakah Quran Flash ini. Jom kita tengok contoh di bawah ini.


Quran Flash ini disediakan mengikut Mashaf Resam Uthmani seperti yang kita baca setiap hari. Ini merupakan usaha murni sebahagian dari Umat Islam yang mungkin ingin menarik minat dikalangan umat Islam yang lain supaya timbul rasa minat untuk membaca Al-Quran. Namun begitu, ada juga yang berpendapat, ini adalah usaha untuk menghapuskan mashaf Al-Quran. Wallahua'lam. Apa pula pandangan anda? Tepuk dada tanya iman.

Ingin memiliki Quran Flash seperti di atas? Klik Sini

Mungkin juga ada berminat untuk memiliki Quran Flash Tajwid seperti dibawah:

Berminat? Klik Sini

Kepada sesiapa yang mendalami Ilmu Qiraat, mungkin anda berminat untuk membuat koleksi Quran Qiraat. Untuk mendapatkan Quran Flash Warsh klik SINI.

Diharapkan agar ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More