Saturday, May 30, 2009

State Mufti Office, Prime Minister Office, Brunei Darussalam

Share
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Sudah menjadi tabiatnya- Golongan perempuan, ingin kelihatan
cantik dan menawan. Berbagai cara dilakukan untuk tampil
menarik, antaranya dengan berpakaian cantik, berhias dengan
aksesori yang pelbagai atau berhias dengan peralatan solek dan
yang seumpamanya.
Berinai juga dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya
sewaktu hendak bersanding. Inai digunakan dengan bermacam
cara, dan selalunya cara itu meluas mengikut trend semasa. Jika
dahulu inai hanya digunakan untuk memerahkan kuku, jejari dan
telapak tangan, tetapi sekarang ia lebih menjurus kepada ukiran
seperti ukiran berbentuk bunga, hati, bintang dan seumpamanya.
Kehalusan ukiran inai yang terhasil dari kreativiti pengukir dilihat
sebagai satu seni hiasan yang cantik dan menarik.Tidak hairanlah
jika ia menjadi satu trend hiasan yang digemari oleh sebahagian
orang hari ini. Apa yang ditakuti ada perempuan Islam yang
menghias anggota badannya dengan ukiran yang kekal dalam
bentuk tatu.
Apakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat
ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘?
Hukum Berinai
Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.
Pertama: Hukum berinai bagi lelaki
Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya
adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma,
khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

مَا كَانَ أَحَدٌ يَشتَكِي إِلَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا فِى رأسِهِ إِلاّ قَالَ
: احتَجِم وَلا وَجَعًا فِى رَجلَيهِ إلا قَالَ اخضِبهُمَا


Maksudnya: “Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan
Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang
kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan
Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya
adalah haram juga hukumnya.
Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi
lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi
bukan dengan warna hitam, kerana berinai dengan warna hitam
adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin
‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya: “Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan
Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah
(sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti
putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan
sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”
(Hadis riwayat Muslim)
Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.
Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya
makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status
perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara
perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat
Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan
sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau
yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin)
hukumnya adalah sunat.
Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai
walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh
Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak
bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram
Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak,
seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram.
Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung
kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan
Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin
melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami
yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh
tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu
sedikit inai pada mukanya.

Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu
Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di
dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:
“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang
bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat
ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari
dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan
salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak
bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”
Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan
membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan
itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga
bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat
keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh
jika isteri melakukan yang sedemikian itu.
Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam,
berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi
juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.
Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa
yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang
diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai
yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.
Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka
yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran
yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim
al- ‘Abbadi Rahimahullah.
Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias
selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan
syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai
dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai
seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

WaALLAHua'lam..

Thursday, May 28, 2009

Coming Back..

Share Waaa..dah lama x berkarya semenjak exam nie..skang ni dah abis..aduss..daur pulak..tp xpe, yg penting MU KALAH..!! hahaha..

Tuesday, May 12, 2009

HooOraYY..!!

Share Selesai Sudah Perjuangan...!!

Wednesday, April 1, 2009

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

Share LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu.

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.
Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..).
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. (Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Thursday, March 19, 2009

Bingung..!!

Share Adusss..Ketensenan Melanda diriku...!!
Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More