Thursday, April 29, 2010

Rindu sama KaMoOo..~!!

Share

MODE: PULUN..HAHAHA.. q[^_^]p

Sunday, April 18, 2010

Islam Itu Mudah

Share Alhamdulillah, berakhir sudah Ujian Syafawi untuk imtihan pada tahun ni. Lega la sikit rasa. Ujian Tahriri lambat lagi. Bolehlah rehat. Namun bukanlah rehat yang sempurna. Masih ada lagi ujian yang akan aku tempuhi kelak. Rehat yang sepenuhnya hanya di 'sana'; AKHIRAT kelak. Moga-moga kita semua dikategorikan dalam golongan-golongan orang yang bertaqwa. Aameen.

Islam Itu Mudah menjadi tajuk untuk entri aku pada kali ini. Firman Allah S.W.T :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah agama yang tidak membebankan ummatnya. Sebaliknya, manusia yang menyusahkan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, ada yang sanggup bergolok gadai untuk mengadakan kenduri arwah. Mengapa? Sedangkan Islam tidak pernah menganjurkan sedemikian rupa. Cukup sekadar majlis kecil-kecilan. Kalau dah sampai berhabis hanya semata-mata untuk itu, tidakkah ianya menyusahkan?

Baru-baru ini aku diajukan soalan. Antaranya:

1. Boleh tak potong kuku ketika datang haid?
2. Saya ada dengar, kalau tak potong kuku, doa tak diterima. Betul ke?

Jawapan:

1. Boleh. Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnahnya (1/100, cetakan Darul Fath, Cairo, edisi tahqeeq) terdapat atsar dari Atha' (tabi'ien Makkah, w.115H) bahawa orang berjunub boleh memotong kuku.Hujahnya, Sayyid Sabiq menggunakan hadis Bukhari.
Atha' berkata, " Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan rambut walaupun tanpa wudhu’.” (Sahih Bukhari: 1/472)


2. Tidak dalil dan Nas yang sahih yang menyatakan doa seorang hamba yang tak potong kuku tidak diterima. Bahkan Allah S.W.T menyuruh kita berdoa kepadanya. Firman Allah S.W.T:


"Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."


Akhir kalam, islam merupakan sebuah agama yang mudah dan praktikal. Memberatkan perkara yang mudah sehingga melampaui batasan manusia, hendaklah dijauhi. Tak perlu tepuk dada untuk tanya iman. Selamat beramal.

Credit to:
iLuvislam

Saturday, April 17, 2010

E.X.A.M

Share


E.X.AM merupakan satu perkataan yang amat digeruni oleh setiap pelajar.
Ahh..melalut pulak. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, diharapkan agar
dapat mendoakan aku serta sahabat-sahabatku yang lain yang akan menduduki peperiksaan
Syafawi (ORAL) pada esok hari. Doakan agar kami diberikan kemudahan serta kesenangan untuk menghadapinya. Kalau yang tak kenal tu, buat-buat je macam kenal. Sebelum terlambat, aku menyusun 20 jari memohon kemaafan sama ada sedar atau tidak kepada sahabat sekalian. Takut siot..~!!!

p/s: Matan bersepah lagi. Quran pon banyak lagi..~!! Study2..

Thursday, April 15, 2010

Lomografi lagi..

Share
Sebelum ni aku dah tunjuk teknik membuat lomografi. Entri kali ini pon sama juga tapi menggunakan kaedah yang lain.

Cara ke-2 untuk membuat lomografi

Langkah2nya:-

1.Buka foto yang anda kehendaki dan duplicatekan foto anda terlebih dahulu (Ctrl+J).



2.Klik pada TAB Channel bersebelahan Tab Layer disebelah kanan anda.
3.Klik warna biru pada channel pallet anda dan invertkan foto tersebut (CTRL+I)



4. Kemudian, klik semula pada RGB di channel pallet anda.



5. Klik semula pada TAB Layer anda dan tukarkan blending mode kepada Softlight.



Hasilnya:



**Selamat mencuba

Menggelabah..

Share



Menggelabah yang tak wajar

Aduh!! Mati la pokok farmville aku..
Free gift tak send lagi..
Lambatnya nak tggu episod akan dtg..
Arghh..~!! Ratio torrent turun pulak..
Dah xde gmbr nk edit..iskk..

Menggelabah yang sepatutnya

Exam da dekat ni..
Xckup lagi study ni..
Matan byk lagi..
Quran lagi la banyak..
Tasmi' x habis lagi..

**Aku mmg tgh gelabah..hmm..

Thursday, April 1, 2010

Renovation

Share WILL BE BACK SOON.
Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More