Share
Situasi 1
A: Dia tu memang mcm tu. Dari dulu lagi aku bgtau kt ko. Tanak dengar.
B: Tu la. Harap muka je bagus. Perangai hampeh..
C: Penat je mak ayah hantar ngaji jauh2.
D: Bajet sempoi la tu. Ko wat xtau je. Mcm bagos je kan
Situasi 2
A: Aku tgk baik je budak tu. Tak sangka dia buat ko macam nie.
B: Pengaruh sekeliling kot. Jangan dipikirkan sgt. Bolayan je.
C: Kalau aku jadi ko, aku hentak je. Lantaklah dia sape pon. Menyirap aku.
D: Mmg da mcm tu. Kalau da bebal tu bebal jugak. Da tu nak salahkan orang lain.
Perkara yang sering berlaku di masa kini. Saling berprasangka buruk. Sampai bila akan berterusan begini? Bilakah akan berakhir? Hanya satu jalan penyelesaian. Bersemuka.
Kata tak semudah nak dikota. Adakah kita mempunyai kekuatan untuk bersemuka? Aku rasa, ego lebih menguasai diri ketika ini. "Ah, kenapa pulak nak bersemuka? bukan salah aku!" , "Biar je la, da selesai pon. Benda da nak jadi." , "Keputusan da dibuat, x guna nk bangkitkan balik masalah nie". Inilah antara kata-kata mereka yang dikuasai emosi.
Aku juga tidak turut terlepas. "Aku hormat keputusan dia. Dia ada sebab yang tersendiri." Wajarkah tindakan ini? Aku bermonolog. "Kita ada agama. Kita mulakan dengan cara baik, macam tu jugak kita selesaikannya. Jangan biarkan ianya diakhiri dengan masing-masing saling berprasangka. Nanti jadi buah mulut orang" Nasihat seorang sahabat masih lagi terngiang2 di telingaku. Ya, aku mesti kuat untuk menghadapinya. Aku mulakan dengan cara baik, akan aku akhiri dengan baik. Aku akan bersemuka untuk sama-sama menerangkan dan memahami situasi sebenar. Bukan untuk selesaikan masalah, kerana ianya dah pon selesai. Cuma untuk mengelakkan wujudnya prasangka yang tidak baik kelak.
Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan..~
p/s: MODE: Dizzy
Monday, July 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment