Saturday, July 31, 2010

Istikharah

Share
Segala puji hanya milik ALLAH. Kita memuji memohon pertolongan, keampunan dan perlindungan ALLAH dari kejahatan dan keburukan. Segala amal perbuatan kita hanya keranaNYA. Tiada makhluk yang dapat menyesatkan mereka yang diberi petunjuk oleh ALLAH. Sebaliknya, tiada makhluk juga yang dapat memberi petunjuk kepada mereka yang disesatkan ALLAH. Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH dan aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu utusanNYA.

Kehidupan kita di dunia ini penuh misteri. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Kita juga tidak tahu hakikat perkara yang berlaku. Mungkin kita menganggap sesuatu perkara itu sebagai buruk sedangkan perkara itu sebenarnya elok. Kadangkala kita tidak menyukai perkara yang sebenarnya baik untuk kita. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216:

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Hidup adalah ujian. Oleh itu, tidak hairan kita sering berhadapan dengan masalah. Walau bagaimanapun, kita dilarang menggunakan cara yang menyalahi syariat bagi mengharungi cabaran. Nabi Muhammad mengajar kita supaya beristikharah, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari:

"Apabila salah seorang antara kamu mahu melakukan sesuatu, beliau perlu mengerjakan solat sunat dua rakaat. Kemudian berdoa; Ya ALLAH, aku memohon kebaikan darimu dgn ilmumu. Aku memohon keampunan darimu dgn kekuasaanmu. Aku memohon kepadamu daripada anugerahmu yang agung. Sesungguhnya engkau maha kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau zat yang maha mengetahui perkara ghaib. Ya ALLAH, apabila engkau mengetahui urusan ini baik untukku dalam agamaku, di dunia dan akhirat, maka tentukan untukku, mudahkan jalannya dan berkati aku dalamnya. Apabila engkau mengetahui urusan ini buruk untukku dalam agamaku, di dunia dan akhirat, jauhkan ia daripadaku dan jauhkan diriku daripadanya. Tentukan untukku apa pun yang terbaik dan kemudian redhai aku dengannya."

Demikian Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita perihal solat istikharah. Solat istikharah menjadi langkah awal bagi memperoleh kejayaan dalam kehidupan yang sarat dengan masalah. Masalah hidup sering membingungkan kita yang berakal sehingga tidak tahu cara yang perlu digunakan bagi menyelesaikannya. kita sering keliru dengan jalan yang perlu dilalui bagi menggapai kejayaan. Walaupun kita diberikan akal dan kebijaksanaan, namun sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Kepandaian kita yang berakal memerlukan petunjuk dari ALLAH S.W.T. Oleh itu, kita perlu mengerjakan solat istikharah supaya kita memiliki kemampuan yang luar biasa. Kemampuan yang tidak terjangkau oleh akal manusia iaitu kebolehan mendapatkan petunjuk secara langsung dari ALLAH S.W.T. Oleh yang demikian, kita dapat melaksanakan segala perkara sesuai dengan perintah ALLAH dan akhirnya berkesudahan dengan baik. InsyaALLAH.

Demikian sedikit sebanyak pengenalan tentang istikharah. Jika ada sebarang kesilapan atau kecacatan diharap sahabat2 dapat memberi teguran serta nasihat yang membina. Daripada ALLAH kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Wassalam.

p/s: Dahulukan solat istikharah sebelum membuat pilihan. [^_^]

**Dipetik dan diolah semula dari buku; Hebatnya Kuasa Istikharah oleh Imam Musbikin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More