Monday, July 26, 2010

Face 2 Face

Share
Situasi 1
A: Dia tu memang mcm tu. Dari dulu lagi aku bgtau kt ko. Tanak dengar.
B: Tu la. Harap muka je bagus. Perangai hampeh..
C: Penat je mak ayah hantar ngaji jauh2.
D: Bajet sempoi la tu. Ko wat xtau je. Mcm bagos je kan

Situasi 2
A: Aku tgk baik je budak tu. Tak sangka dia buat ko macam nie.
B: Pengaruh sekeliling kot. Jangan dipikirkan sgt. Bolayan je.
C: Kalau aku jadi ko, aku hentak je. Lantaklah dia sape pon. Menyirap aku.
D: Mmg da mcm tu. Kalau da bebal tu bebal jugak. Da tu nak salahkan orang lain.

Perkara yang sering berlaku di masa kini. Saling berprasangka buruk. Sampai bila akan berterusan begini? Bilakah akan berakhir? Hanya satu jalan penyelesaian. Bersemuka.
Kata tak semudah nak dikota. Adakah kita mempunyai kekuatan untuk bersemuka? Aku rasa, ego lebih menguasai diri ketika ini. "Ah, kenapa pulak nak bersemuka? bukan salah aku!" , "Biar je la, da selesai pon. Benda da nak jadi." , "Keputusan da dibuat, x guna nk bangkitkan balik masalah nie". Inilah antara kata-kata mereka yang dikuasai emosi.

Aku juga tidak turut terlepas. "Aku hormat keputusan dia. Dia ada sebab yang tersendiri." Wajarkah tindakan ini? Aku bermonolog. "Kita ada agama. Kita mulakan dengan cara baik, macam tu jugak kita selesaikannya. Jangan biarkan ianya diakhiri dengan masing-masing saling berprasangka. Nanti jadi buah mulut orang" Nasihat seorang sahabat masih lagi terngiang2 di telingaku. Ya, aku mesti kuat untuk menghadapinya. Aku mulakan dengan cara baik, akan aku akhiri dengan baik. Aku akan bersemuka untuk sama-sama menerangkan dan memahami situasi sebenar. Bukan untuk selesaikan masalah, kerana ianya dah pon selesai. Cuma untuk mengelakkan wujudnya prasangka yang tidak baik kelak.

Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan..~

p/s: MODE: Dizzy

Thursday, July 22, 2010

Happily ever after..~!!

Share
Pernah tgk cerita Cinta si penggali kubur tak?
Mulutnya x lekang bersyukur pada ALLAH; Alhamdulillah.

Hari ini aku dilemparkan kata-kata fitnah; Alhamdulillah
Aku juga dikatakan telah menyakiti hati orang lain; Alhamdulillah
Ada pulak yang melemparkan kata-kata nista; Alhamdulillah
Tak lupa jugak dengan caci maki; Alhamdulillah

Segalanya, Alhamdulillah.
[^_^]

Wednesday, July 21, 2010

Terkejut...

Share
Gambar hiasan


9.30 a.m - Stefan Salvatore a.k.a along bagitau, bakal isteri dia putuskan pertunangan. Memang gila itu perempuan. Baru bertunang mggu lepas. Aku tanya along, apa dah jadi. Dia pon tak tau. Yg ex-tunang dia pon x gtau apa-apa. Masakan pokok bergoyang kalau xdak angin kan..? Memang series TERKEJUT beb. Kpd along, aku hnya boleh jadi pendengar setia ja. Aku pon x tau camna nak tolong hang.

12.30 p.m - Tengah best dok tembak2, tiba ada 'makhluk' pegang kaki aku. TERKEJUT kot. Secara spontan aku terus hayunkan kaki. 'Makhluk' tu pon terus melayang di depan aku. Monyet btol monyet ni. Pastu dia pon blah. Ingatkan da habis, rupanya angkut geng. Aku dgn along terus balik. Lupakan hasrat nk menembak dgn lebih lama.

2.00 p.m - Suddenly mama aku tnya, "Hampa gaduh ka? Apa dah jadi?" TERKEJUT aku. Macam mana dia tau? Eh2, x kisahlah mana mama aku tau pon. Aku membisu. Mama aku senyum mencuka je. Aku tau dia x suka. Aduh, pening2. At the same time, datang pulak 'hantu2'. Syoh2. Sila main jauh2..

9.00 p.m - Sekali lagi aku TERKEJUT. Abah bagitau, pakcik Rahman Kamaruddin kena kanser paru-paru. Memang sangat terkejut sebab sebelum ni dia sihat ja. Namun, (ayat buku) Allah berkuasa ke atas setiap makhlukNYA. Siapa kita untuk mengingkarinya.

p/s: MODE: Frankestein

Tuesday, July 20, 2010

Hutang..

Share
Kau pehal, aku ade hutang dgn kau ke?
Sini juga datang mau mintak hutang.
Pandai hutang, pandai la langsaikan.

Antara ayat-ayat berkenaan hutang yg pernah ke udara di telinga aku. Pernah ke korang berhutang? Confirm la kan? Beli kereta, kad kredit, rumah, motorsikal dan macam-macam lagi. Tidak salah untuk berhutang tetapi kalau boleh tu, elakkanlah. Lainlah kalau dah keadaan memaksa. Aku pon tidak turut terlepas sama. Huhu.

Alhamdulillah. Kebanyakan dah selesai yg tggl hanya hutang Koo Mist dan baki hutang H. Meskipun ada sesetengah yg kata; "xpe, aku da halalkan pon" tapi aku rimas. Lebih selesa kalau aku langsaikan jugak. Tenang. Xde rasa terhutang budi. Namun, pada sesiapa yg hutang aku tu, cepat2 la bayar ye. Dah makin kering nie. Hahaha.

Dah citer pasal hutang, aku nk kongsi ckit dgn sahabat-sahabat aku berkenaan hutang ni dan pandangan Islam terhadap hutang.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/138/98/

p/s: Cepat bayar hutang aku weii..~!!

Monday, July 19, 2010

Cruel? x kot..

Share
Gambar hiasan

Alhamdulillah..sekali lagi menempuh hari yang penuh mencabar. Aku mulakan hari dengan menjadi suri rumah..huhuhu.. Buang sampah, sidai kain dan mcm2 lagi. Suddenly, hantu2 mula kembali. Thats mean, aku kna cari jln utk hapuskan hantu2 ini buat sementara waktu. Jalan terbaik. Tidur. Hahaha. Eh2..lari topik da ni. Melalut pulak.

Tajuk di atas; CRUEL. Kejam mcm mana tu? aku pon xtau tp yang pastinya, hari ini ku berjaya hilangkan 'semuanya'. Hilangkan macam mana? Aku serahkan'nya' pada pihak yang berhak melalui orang perantaraan (namakan sebagai K). Yess. I'm free, but not my memories. If i can throw away all of my memories, thats better. Sebab tu, K cakap macam kejam. Dia cakap simpan je la takut nanti terasa pulak pihak tu. I said no. No use to keep things that doesn't belong to me. I only keep things from someone that appreciate me. Yes. Opps, almost forget. Hutang tetap hutang. RM 100 telah dikembalikan. Lagi RM 100 akan aku beri kepada K kemudian.

Lega. No connection at last. Tinggal hutang dan sikit saja lagi barang pihak berkenaan. Barang tersebut x boleh dikembalikan buat seketika ini, kerana berada di luar negara. But, i will return it. Kalau x boleh dikembalikan, just burn it. This is really cruel. Hahaha (gelak jahat).

Thank you so much to K, kerana sudi meluangkan waktu petang bersama aku. After that, photo shoot at paddy field. Memang best tapi klu ada hingusan lagik best. I really miss all of you.

p/s: Kejam ke? Lu pikirlah senirik..hahaha.. >:)
Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More