Friday, May 14, 2010

Solat Jenazah

Share
Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH yg masih lagi memberikan aku kudrat, serta peluang untuk terus mengabdikan diri kepadaNYA. Sebelum aku melalut lebih jauh, tujuan aku menulis entri kali ini adalah untuk menjawab soalan yg telah diajukan kepada aku seusai subuh tadi. Di bawah ni aku sertakan dialog antara aku dan hamba ALLAH ini.

H.A: Assalamualaikum.
Aku: W'salam.
H.A: Sy nk tnya sikit boleh tak?
Aku: Pasal apa tu? InsyaALLAH, klu sy bleh jwb, sy jwb la.
H.A: Tau tak bacaan dalam solat jenazah?
Aku: InsyaALLAH, tp kan, awk ni x pernah solat jenazah ke? [Soalan yg agak kurang sopan, haha..]
H.A: Err..err..pernah..ikut2 camtu je..
Aku: Ikut2? Mcm mana tu?
H.A: Ikut imam je la, tp tak baca apa pon. Lepas baca fatihah sy senyap je.
Aku: Xde org ajar ke?
H.A: Tak.

Aku kemudiannya membacakan satu persatu untuk beliau. Cuba sahabat2 sekalian nilaikan, dalam dunia yang serba membangun ni, masih kedapatan lagi yg kurang diberikan atau didedahkan dengan ISLAM. Kesian. Jadi kepada sahabat2 yg berada di luar sana, yang masih lagi tidak mengetahui bacaan dalam solat jenazah, bolehlah tgk di bawah ni.

Bacaan dalam Solat Jenazah

Selepas takbir yang pertama, dibaca Surah Al-Fatihah.

Selepas takbir yang kedua, dibaca Selawat Ibrahimiah:

Selepas takbir yang ketiga, dibaca pula doa iaitu:

Kalau jenazah itu kanak-kanak, baca doa ni:

Selepas takbir yg keempat, dibaca juga doa, iaitu:

p/s: Selamat beramal..

Sunday, May 2, 2010

How to Remove YM Virus

Share Assalamualaikum..menarik kan tajuk entri kali ini? Dunia dikejutkan dengan virus YM (Yahoo Messenger). Virus ini menyebabkan YM korg akan auto send mesej kpd contact yang ada dlm list YM korg. Contohnya seperti di bawah, kwn aku send kat aku :


Korg mungkin ingin tahu apa yg dihantar oleh kwn2 korg kan? Mesti ada rasa gatal tgn nk klik link yg dorg bg kan? JANGAN! Itu adalah virus (Worm.Sohanad dll).

Kesan buruk:
1. Virus ini akan set default page Internet Explorer (ikut browser yg korg pakai) korg.

Contohnya:
"nsl-school.org" links
"myglobalnews.org"links
"lottery-news.info" links
"vnol.org"links
"ie-protector.com"links

2. Ia juga akan disable task manager dan regedit korg.

3. Ia akan install file yg korg pon xtau spt : svhost.exe, svhost32.exe, internet.exe dan lain-lain. Korg bleh jumpa file ni di --> C:\Windows\Temp\Directories

Cara-cara untuk remove virus tersebut.

1. Close Internet Explorer (default browser yg korg guna) pada pc korg.

2. Sign Out yahoo messenger korg dan cabut cable internet pada pc korg.

3. Klik Start > Run . Taip perkataan di bawah pada kotak run

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /t REG_DWORD /d 0 /f


* Ini adalah untuk membolehkan kembali penggunaan regedit pada korg.

4. Klik Start > Run . Taip perkataan di bawah pada kotak run.

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f

* Ini untuk membolehkan kembali penggunaan task manager pada pc korg.

5. Pergi ke Start>Run>Regedit


Change default homepage korg pada internet explorer (ikut default browser yg korg guna, klu guna firefox, kna change pd firefox la) seperti google.com dan lain-lain pada senarai registry key di bawah :

"HKEY_CURRENT_USER\SOFTWARE\Microsoft\Internet Explorer\Main"



"HKEY_ LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Internet Explorer\Main"


6. Open task manager korg. Ctrl+Alt+Delete. End process --> svhost32.exe



7. Delete svhost32.exe , svhost.exe files di C:\Windows\Temp\Directories

8. Klik Start menu > Run > Regedit >

* Search pada regedit menggunakan key word di bawah
"svhost"

9. Restart PC korg

Thursday, April 29, 2010

Rindu sama KaMoOo..~!!

Share

MODE: PULUN..HAHAHA.. q[^_^]p

Sunday, April 18, 2010

Islam Itu Mudah

Share Alhamdulillah, berakhir sudah Ujian Syafawi untuk imtihan pada tahun ni. Lega la sikit rasa. Ujian Tahriri lambat lagi. Bolehlah rehat. Namun bukanlah rehat yang sempurna. Masih ada lagi ujian yang akan aku tempuhi kelak. Rehat yang sepenuhnya hanya di 'sana'; AKHIRAT kelak. Moga-moga kita semua dikategorikan dalam golongan-golongan orang yang bertaqwa. Aameen.

Islam Itu Mudah menjadi tajuk untuk entri aku pada kali ini. Firman Allah S.W.T :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah agama yang tidak membebankan ummatnya. Sebaliknya, manusia yang menyusahkan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, ada yang sanggup bergolok gadai untuk mengadakan kenduri arwah. Mengapa? Sedangkan Islam tidak pernah menganjurkan sedemikian rupa. Cukup sekadar majlis kecil-kecilan. Kalau dah sampai berhabis hanya semata-mata untuk itu, tidakkah ianya menyusahkan?

Baru-baru ini aku diajukan soalan. Antaranya:

1. Boleh tak potong kuku ketika datang haid?
2. Saya ada dengar, kalau tak potong kuku, doa tak diterima. Betul ke?

Jawapan:

1. Boleh. Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnahnya (1/100, cetakan Darul Fath, Cairo, edisi tahqeeq) terdapat atsar dari Atha' (tabi'ien Makkah, w.115H) bahawa orang berjunub boleh memotong kuku.Hujahnya, Sayyid Sabiq menggunakan hadis Bukhari.
Atha' berkata, " Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan rambut walaupun tanpa wudhu’.” (Sahih Bukhari: 1/472)


2. Tidak dalil dan Nas yang sahih yang menyatakan doa seorang hamba yang tak potong kuku tidak diterima. Bahkan Allah S.W.T menyuruh kita berdoa kepadanya. Firman Allah S.W.T:


"Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."


Akhir kalam, islam merupakan sebuah agama yang mudah dan praktikal. Memberatkan perkara yang mudah sehingga melampaui batasan manusia, hendaklah dijauhi. Tak perlu tepuk dada untuk tanya iman. Selamat beramal.

Credit to:
iLuvislam

Saturday, April 17, 2010

E.X.A.M

Share


E.X.AM merupakan satu perkataan yang amat digeruni oleh setiap pelajar.
Ahh..melalut pulak. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, diharapkan agar
dapat mendoakan aku serta sahabat-sahabatku yang lain yang akan menduduki peperiksaan
Syafawi (ORAL) pada esok hari. Doakan agar kami diberikan kemudahan serta kesenangan untuk menghadapinya. Kalau yang tak kenal tu, buat-buat je macam kenal. Sebelum terlambat, aku menyusun 20 jari memohon kemaafan sama ada sedar atau tidak kepada sahabat sekalian. Takut siot..~!!!

p/s: Matan bersepah lagi. Quran pon banyak lagi..~!! Study2..
Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More