Thursday, March 19, 2009

Bingung..!!

Share Adusss..Ketensenan Melanda diriku...!!

Sunday, March 8, 2009

Kereta Polis Peronda Mitsubishi Evolution 10 - Pemilik Wira Turbo Harus Berfikir Panjang

Share


Dengan kemunculan kereta peronda polis versi Mitsubishi Evolution 10, pemilik kereta Wira & Kancil modified mungkin boleh melupakan niat mereka untuk bermain cucuk-mencucuk di’lebuh raya. Bukan apa, dengan mudah sahaja anda akan di’ayam-ayamkan oleh pemandu kereta polis ini.

Mempunyai 5 kelajuan gear, namun boleh di’maksimumkan kepada 6 kelajuan jikalau di’lengkapi twin-clutch, boleh membuatkan pemilik wira turbo & kancil modified terkesima sebentar di’kejar polis.

**Pesanan anda boleh memecut di’lebuh raya, tetapi pastikan kereta anda adalah jenis Toyota Celica & seangkatannya.

Sekadar Hiburan..

Share Seorg suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three).
Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh..tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS tambah "s" je, kan? Cool

Saturday, March 7, 2009

Manfaat Wudhu

Share 1. HSR Muslim, I:148 dan Mukht.Muslim no. 121.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seorang hamba Muslim(mu'min)
berwudhu, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang
pernah dia lihat (yang haram) dengan matanya bersamaan dengan air atau bersama titisan
air yang terakhir; bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dari kedua tangannya setiap dosa
yang pernah dilakukan oleh kedua tangannya bersamaan dengan air atau titisan air yang terakhir. Dan bila ia mencuci kedua kakinya, akan keluar dosa-dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air yang terakhir, hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa.

2. HSR Muslim I:140.

Dari Abu Malik Ay'ariy, telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bersuci itu sebahagian dari iman, alhamdulillah akan memenuhi timbangan, subhanallah dan alhamdulillaah keduanya akan memenuhi antara langit dan bumi, solat adalah cahaya, sedekah adalah bukti, sabar adalah sinar, dan AlQur'an adalah hujan atasmu atau bagimu. Dan setiap manusia pergi menjual dirinya, MAKA ADA YANG MEMERDEKAKAN DIRINYA, dan pula yang MEMBINASAKAN DIRINYA.

3. HSR Muslim III:133.
Dari Usman R.A., telah bersabda Rasulullah S.A.W: Barangsiapa yang berwudhu, lalu ia
sempurnakan wudhunya, nescaya akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya, sampai keluar
(dosa-dosa) dari bawah kuku-kuku jarinya.

Wednesday, March 4, 2009

ALERT..!!

Share WUDHU'

Dari segi bahasa, apabila dibaca dhommah, ertinya melakukan wudhu'. Apabila dibaca dengan fathah bererti air wudhu'. Secara syariatnya ialah menggunakan air yang suci (memenuhi syarat) untuk membersihkan anggota-anggota tubuh tertentu yang telah diterangkan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis:-

1. Al-Maidah (5): 6.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ

"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki..
"

2. Al - Hadis : HSR (Hadist Sahih Riwayat) Bukhari Fathul Baary, I:206; Muslim, no. 225)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: Allah tidak menerima solat salah seorang
diantara kamu apabila ia berhadas, sehinggalah ia berwudhu'.

3. Al - Hadis : HSR Muslim, I:160).
Dari Ibnu Umar: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah tidak akan
menerima solat (orang)yang tidak bersuci dan tidak menerima sedekah dari hasil
penipuan (khianat).


Rokok!!

Share HUKUM MEROKOK

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More