Tuesday, October 27, 2009

Rest For a While

Share
**TENSE
***REST FOR A WHILE
****WILL COME BACK SOON
*****WITH MORE INTERESTING THINGS
******INSYAALLAH

-SAYONARA-

Wednesday, October 21, 2009

Seks : Keburukan Seks Bebas dan Kebaikan Seks Halal

Share
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذى بنعمته تتم الصالحات , والصلاة و السلام على رسول لله , وعلى ءاله وصحبه ومن تبعه بإحسان الى يوم الدين , ام بعد


Segala puji bagi ALLAH, aku masih lagi mempunyai kesempatan untuk terus berkongsi sedikit sebanyak ilmu bersama sahabat-sahabat sekalian. Topik utama entri aku kali ini ingin menyentuh tentang Seks ; Keburukan Seks Bebas dan Kebaikan Seks Halal

Seperti yang semua maklum, setiap hari kita sering dikejutkan dengan berita pembuangan anak. Saban hari, ada saja kes-kes seperti ini dilaporkan. Lebih teruk lagi kebanyakan yang terlibat ada dari kalangan remaja. Pembuangan bayi dalam tandas, tong sampah, longkang, malah ada yang 'meninggalkan' anak mereka ini di dalam masjid. Apa dah jadi dengan umat manusia di zaman yang serba membangun ini? Semakin hari sudah semakin menjadi-jadi. Seakan-akan ianya sudah menjadi biasa bagi golongan yang tidak waras ini. Anak yang baru saja keluar kedunia ini dibiarkan keseorangan, terkontang-kanting sendirian. Semuanya hanya pandai menunding jari. Tapi pernahkan kita berfikir, kenapa ini semua boleh berlaku?

Gambar sekadar hiasan

Lihat gambar di atas. Pelajar buang bayi. Berita sebegini tidak asing lagi pada masa kini. Ada saja kes-kes yang terbaru terpampang di surat khabar setiap hari. Malahan, masalah ini kian meruncing sejak kebelakangan ini. Punca utama kes sebegini kian melarat adalah disebabkan cinta. Cinta yang berlandaskan nafsu serakah semata-mata. Cinta yang disulami dengan seks bebas. Golongan ini berpendapat jika cinta tanpa melakukan hubungan seks, ianya bukanlah dianggap cinta sejati. Nauzubillah, MasyaALLAH, begitu bahaya dan ceteknya pemikiran dan tanggapan seperti ini. Mereka ini beranggapan seks ini adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Memang ternyatalah, apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera bagi lelaki,minuman arak dan lagu-lagu yang melalikan.”


Gambar sekadar hiasan

Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan). Kes seperti ini sudah terlalu banyak dan semakin parah terutama di kalangan remaja Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini. Namun, apa yang menyedihkan adalah, isu ini langsung tidak di pandang serius. Apakah fungsi Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam jika masalah yang menjadi barah ini dibiarkan melarat? Walhal Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Isra' ; 32 "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Gambar sekadar hiasan

Memang tidak dinafikan, seks merupakan fitrah yang dikurniakan pada setiap makhluk. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa ianya perlulah disalurkan berlandaskan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Islam itu sendiri dan bukannya berpaksikan hawa nafsu semata-mata. Islam menggangapnya sebagai satu fitrah yang sengaja Allah ciptakan pada manusia kerana disitu terdapat beberapa hikmah yang amat besar. Keinginan seperti ini bukanlah satu benda yang jijik dan jelek. Namun jika kita tidak mengikuti seperti apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan melanggar syariat Islam barulah ianya jijik lagi menjelekkan. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan. Sabda Rasulullah S.A.W “Wahai pemuda, siapa diantara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.” (hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, At-Tirmidzi, dan An-Nasai. Perkataan sanggup dalam hadis tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan memberi nafkah [Al-Muntaqa Min Kitab at-Aarhib wa Targib, Al-Qardhawi : 2/549 no 1095)

Dan Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan badan terdapat nilai sedekah” Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala?” Sabda Rasulullah “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa? Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”.

Antara kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebgai STD. STD bermaksud Sexually Transmitted Disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah, syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.

Secondary Syphilis

Telah terbukti bahawa seks bebas tidaklah seindah seperti yang disangka oleh pasangan-pasangan yang diluar sana. Ianya lebih banyak mendatangkan kemudaratan. Disebabkan itulah Islam melarang keras umatnnya melakukan seks bebas atau lebih mudah disebut sebagai ZINA, dan digalakkan pula seks halal (bagi yang telah berkahwin). Firman Allah S.W.T "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman." Surah Al-Baqarah 2:223.

Antara faedah seks yang halal melalui perkahwinan ialah :

* Kedamaian hati - Menurut kajian perubatan moden ketika syahwat memuncak, badan seseorang akan mengeluarkan bahan kimia seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan. Disamping itu sentuhan diantara suami dan isteri akan meransang pengeluaran bahan Oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai. Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonim yang meningkatkan daya ketahanan badan dan sekaligus mencegah seseorang daripada dijangkiti penyakit. (sumber News24.com, Why Sex is Good For You,Moipone Komane,12 Febuari 2001)

* Dan yang kedua ini pasti akan tersenyum,iaitu AWET MUDA. Ini dijelaskan oleh Dr david Weeks seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh yang membuat kajian selama 10 tahun berhubungan kesan seks (yang halal) keatas kesihatan, mendapati mereka yang mengadakan hububungan seks lebih kurang 3 kali seminggu kelihatan 10 tahun lebih muda daripada mereka yang lain. Yang paling menarik ialah Dr Weeks mengatakan bahawa mereka yang betukar-tukar pasangan mereka tidak akan mengalami perubahan positif tapi ia akan mengalami perubahan negatif akibat daripada perbuatan betukar-tukar pasangan. (rujuk BBC News,Sex Keeps You young,10 March 1999).

Islam itu indah dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada umatnya. ALLAH S.W.T Maha Merancang telah mengatur segalanya yang baik mahupun buruk kepada hamba-hambanya. Cuma kita sebagai hambaNYA perlu sentiasa beringat supaya tidak tersalah pilih ; jalan yang tidak diredhoi/dimurkai. Semoga dengan apa yang dipaparkan diatas sedikit sebanyak dapat membuka minda remaja-remaja diluar sana INSYAALLAH.

Thursday, October 15, 2009

Akhirnya..

Share Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala kerana masih dapat mengecapi nikmat IMAN dan ISLAM sehingga ke hari ini. Sudah hampir seminggu blog aku ni bersawang dan dibiarkan berdebu. Semuanya berpunca dari kerosakan router aku. Perit rasanya hidup tanpa internet. Ku panjangkan kaki ke rumah teman yang mempunyai Internet. Namun ini bukan lah topik utama entri aku kali ini. Akhirnya.. itulah yang aku ingin kongsi bersama sahabat semua.

Bermula minggu ini, aku telah memulakan pengajian di Maahad Khutut, Abbasiyah yang terletak agak jauh dari tempat aku bermastautin. Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, akhirnya aku diterima masuk ke Maahad Khutut. Tercapai jugak impian aku untuk melibatkan diri dalam bidang Khat ini. Walaubagaimanapun, semua ini hanyalah satu titik permulaan bagi sebuah perjuangan. Masih banyak ranjau dan liku yang perlu aku tempuhi dan aku hadapi.

Perkarangan Maahad Khutut

Aku ditempatkan di kelas Uula Thalith (Tahun 1 kelas ke 3). Kelas bermula dari pukul 4 hingga 7 malam. Itupun bergantung atas budi bicara ustaz yang mengajar. Kadang-kadang keluar awal. Kelas bermula dari hari Ahad hingga Rabu. Khamis hingga sabtu boleh lah rehat sikit. Alhamdulillah, segala usaha serta susah payah aku selama ini telah membuahkan hasil. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian. Dibawah ini aku sertakan khat hasil nukilan ustaz-ustaz disini.

Khat Farsi/Faris

Khat Nasakh

Khat Thuluth

Khat Diwani tak sempat aku ambil gambar. InsyaALLAH di masa akan datang, jika masih lagi menghembuskan nafas, aku akan upload lagi gambar-gambar yang terbaru.

p/s: Tak larat nak tulis banyak2..ngantoknya..ZzZzZzZzz..

Thursday, October 8, 2009

19 Keistimewaan Wanita

Share Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH tuan empunya alam kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNYA masih dapat lagi aku berbicara untuk berkongsi sedikit sebanyak info bersama sahabat-sahabat sekalian. Kali ini aku tetarik dengan entri yang disiarkan di blog saudari Hafizah yang juga merupakan sahabat seperjuangan aku semasa di sekolah menengah. Beruntungnya jadi perempuan, merupakan tajuk entri beliau pada kali ini. Setelah di amati dan di hayati, sebelum aku membaca entri beliau ini, aku juga ada terbaca entri yang serupa. Ianya berbicara tentang hadis 19 keistimewaan wanita. Di sana ada memaparkan bahawa ianya hadis-hadis yang menyatakan keistimewaan wanita disisi agama. Namun begitu, ianya turut disertakan dengan matan dan kesahihan hadis-hadis itu. Aku merasakan perlu untuk aku berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Teks Arab:
هي أرحم من الأب ودعوة الرحم لا تسقط
Ulasan:
-al-Iraqi: Aku tidak menjumpai asal bagi hadis ini.
-Imam Subkiy juga menilai hadis ini sebagai hadis yang tidak didapati asal baginya. (Tabaqat Syafieyyah Kubra).

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Kami tidak menjumpai teks yang tepat seperti ini. Yang ada ialah: “Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin”.

Teks Arab:
وبر المرأة الصالحة كعمل سبعين صديقا
Ulasan:
-Tidak didapati dalam kitab-kitab utama sunnah. Disebut dalam Kanzul Ummal (16/408): Diriwayatkan oleh Abu Syeikh (Al-Ashbahani) daripada Ibn Umar.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Teks Arab:
من أفرح أنثى فكأنما بكى من خشية اللّه ومن بكى من خشية اللّه حرم اللّه بدنه على النار
Ulasan:
- Tidak direkod dalam kitab-kitab hadis utama. Dibawakan oleh Abdul Rahman al-Sofuri dalam Nuzhatul Majalis, tanpa penjelasan sanad.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Teks Arab:
أيما امرأة قعدت على بيت أولادها فهي معي في الجنة
Ulasan:
- Dinilai dhaif oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 2472)

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

Teks Arab:

من حمل طرفة من السوق إلى عياله فكأنما حمل إليهم صدقة حتى يضعها فيهم وليبدأ بالإناث قبل الذكور
Ulasan:
- Direkod oleh Al-Kharaithi dalam Makarim al-Akhlaq, dan disebut oleh Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin.
- Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam kitab al-Maudhu’aat 2/276, dan Suyuti dalam ‘Al-Laali al-Mashnu’ah’ (himpunan hadis-hadis palsu) 2/150, dan dinukilkan penilaian Al-Hafiz al-Iraqi bahawa: Sanadnya Amat Dhaif.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Lafaz yang masyhur ialah:
الجنة تحت أقدام الأمهات
Lafaz ini tidak didapati dalam sumber-sumber utama hadis. Tetapi maknanya bertepatan dengan satu hadis lain iaitu:
Seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Ya”. Kata Nabi: “Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya”. Direkod oleh Ahmad dalam Musnad (no: 15538 ) dan Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Teks Arab:

من كان له ثلاث بنات أو ثلاث أخوات أو ابنتان أو أختان فأحسن صحبتهن واتقى الله فيهن فله الجنة
Ulasan:
- Direkod oleh Tirmizi (no: 1916) dan beliau menilainya DHAIF. Katanya: Hadis Gharib.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

Teks Arab:
وإذا دعاك أبواك فأجب أمك
Ulasan:
- Direkod oleh Dailami 1/282
- Dibawakan oleh Zahabi dalam Mizan 3/324, dan Ibn Hajar dalam Lisan 3/112 ketika menyebut biografi Sulaim bin Amru al-Ansari. Kata mereka berdua: ALi bin Ayyasy meriwayatkan daripadanya khabar yang batil.
- Disebut dalam Kasyful Khafa 2/68 dan al-Maqasid al-Hasanah m/s 462: Diriwayatkan oleh Ibn Mandah dalam Makrifah, dan al-Dailami.. Sanadnya Dhaif, tetapi ada syawahid.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Teks Arab:
من ابتلي من هذه البنات بشيء كن له سترا من النار
Ulasan:
-Direkod oleh Bukhari (no: 1352) dan Muslim (no: 2629).

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Teks Arab:
إذا صلت خمسها ، وصامت شهرها ، وأحصنت فرجها ، وأطاعت زوجها ؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية ؛ تدخل من أيها شاءت
Ulasan:
- Direkod oleh Ibn Adiy 1/141, dan Dailami 4/234.
- Dinilai oleh Albani sebagai: Amat Dhaif. (Silsilah Dhaifah 10/36).

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Teks Arab :
المرأة في حملها إلى وضعها إلى فصالها كالمرابط في سبيل الله
Ulasan:
- Direkod oleh Thabarani (sebagaimana disebut dalam Majmak Zawaid 4/560), dan juga oleh Abu Nuaim dalam Hilyah 4/298.
- Terdapat perawi yang didhoifkan, dan yang tidak dikenali (Majmak Zawaid 4/560).

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Teks Arab:
No (18 ) dan (19) adalah gabungan satu hadis, matannya ialah:
فإذا وضعت لم يخرج من لبنها جرعة ولم يمص من ثديها مصة إلا كان لها بكل جرعة وبكل مصة حسنة ، فان أسهرها ليلة كان لها مثل أجر سبعين رقبة تعتقهم في سبيل الله سلامة
Ulasan:
- Direkod oleh Abu Nuaim dalam Makrifah al-Sahabah, Thabarani dalam Mukjam Ausath.
- Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam Maudhuuat 2/274, Suyuti dalam al-Laali 2/148, dan oleh Albani dalam Silisilah Dhaifah 5/76.

Untuk rujukan yang lebih lanjut, sahabat-sahabat semua bolehlah membuat rujukan sendiri. Wallahua'lam.



**Copy & paste from Abu Umair




Saturday, October 3, 2009

Selesai Sudah.. [Bahagian 2]

Share [Sambungan dari entri sebelum ini]

Keesokan harinya, aku sekali lagi bertandang ke Maahad Khutut. Kali ini dengan penuh keyakinan. Segala butir-butir peribadi yang pihak Maahad kehendaki, semuanya aku bawa. Tak tercicir satu pon. Pukul 9 aku da terpacak di depan Maahad. Nak cepat siap punya pasal sebab arab ni, lambat bila buat kerja. Terlanjur cerita pasal arab buat kerja, nak mencelah sikit pasal urusan nak mendapatkan Iqomah (visa) masa aku di tahun 1. Memang susah. Asal pegi je kena Bukroh (esok). Alasannya ramai dan banyak kerja nak dibuat. Padahal waktu tu, memang lengang je. Alasan yang tak munasabah langsung. Sakit hati tu usah dikenang la. Sabar je la. Nasib baik rumah aku dekat je dengan jawazat (Imigresen) . Banyak kali juga aku pergi dan kena Bukroh. Last sekali, waktu dah habis exam. Masih tiada Iqomah lagi. Bayangkan sepanjang hampir setahun hidup di bumi mesir tanpa ada Iqomah. Kalau kena tangkap, confirm penjara bawah tanah punya. Nauzubillah. Alhamdulillah la selamat sampai sekarang. Kali ini aku nekad, apa sekalipun aku kena dapatkan juga Iqomah. Aku terus ke kaunter dan serahkan passport. Mama tu dengan muka tak bersalah bagi balik passport dan cakap "Bukroh". Menyirap darah aku dengar. Memang sah-sah malas buat kerja. Aku bagi balik kat dia passport aku. "Ana 'ez dil wakti. 'Asyan, fil masa' itla' baarah ila malizi" (Aku nak sekarang jugak sebab petang ni aku nak balik Malaysia). Tipu harus. Dia tengok aku atas bawah. "Nus sa'ah". Tak sampai pon setengah jam, akhirnya dapat juga aku Iqomah.

Berbalik pada cerita di Maahad tadi. Dekat setengah jam juga la aku menunggu. Katanya mudir sibuk. Setengah jam kemudian, aku dan kawan aku dipanggil masuk ke pejabat. Mudir suruh kami berjumpa dengan 'ammu (Pakcik) mana tah. Aku pon tak tahu. Dia suruh serahkan semua butir-butir tu pada 'ammu tu. Satu Maahad pusing cari 'ammu tu, akhirnya jumpa juga. Aku tunjuk kat dia segala butir-butiran yang pihak Maahad perlukan. Dia pon selak punya selak dan kemudian minta no telefon dan 10 Genih (matawang Mesir) duit tips. Malas nak bertengkar punya pasal ditambah pula dengan panas terik yang mencecah 40 darjah celcius, aku dengan hati tak redho bagi je. Dia kata tunggu sampai pihak Maahad telefon dan datang untuk ambil Imtihan Qabul. Alhamdulillah, selesai sudah satu urusan.

Sebulan berlalu, hari raya yang ke-7. Aku dapat satu panggilan yang menyatakan esok (hari raya ke-8) ada Imtihan Qabul. Aku tanya pukul berapa. Dia diam ja. Tak bagitau pon pukul berapa. Dah kata exam mesti awal kot. Esoknya, pukul 9 pagi aku dah bergegas kesana. Takut terlewat nanti tak dapat nak masuk dah Maahad tu. Kena la tunggu tahun depan pulak. Aku terus masuk pejabat. "Fi imtihan qabul ilyaum?" (Hari ini ada ujian kemasukan?). Dia tanya "madah eh?" (subjek apa). Aku jawab "khutut" (khat). "Fi. wala kin fil masa'. Hayigi fi sa'ah thalithah. La tataakhor" (Ada, tapi waktu petang. Datang balik pukul 3. Jangan lambat). Menyumpah aku dalam hati ni. Dengan perasaan marah, aku berlalu membisu seribu bahasa. Langkah ku atur untuk pulang ke rumah. Terus rasa macam malas dah nak masuk Maahad ni. Pengurusan tah apa-apa. Tepat jam 3, aku kembali ke Maahad. Sebelum ni, aku ingat cuma aku dan sahabat aku ni ja budak Malaysia yang mendaftar masuk ke sini. Rupa-rupanya ramai jugak pelajar Malaysia. Kelihatan juga pelajar dari Indonesia dan Singapura. Setelah selesai solat Asar, kami semua dipanggil masuk ke dalam kelas. Imtihan bermula tepat pada pukul 4 petang. Kami diberikan satu ayat dan diminta untuk menulis semula dengan menggunakan Khat Nasakh dan juga Khat Roqoah. Imtihan berlangsung selama 1/2 jam. Alhamdulillah. Selesai sudah 2 urusan. Kami diminta untuk pergi menyelesaikan urusan selanjutnya di Wizarah At-tarbiyah wa At-ta'lim (Kementerian Pendidikan). Sebelum balik kami semua diminta untuk hadir ke kelas bagi memulakan sesi pengajian pada 4 Oktober 2009. Waktu pengajian adalah dari pukul 4 hingga 7 petang. Nampaknya semakin sibuk aku kali ini. Kelas di Maahad Qiraat pada sebelah pagi dan Maahad Khutut pula pada sebelah petang. Moga-moga Allah mempermudahkan urusan seharian aku di masa yang akan datang. Ameen.

-[TAMAT]-

p/s: Sori lambat lak sambung..kemalasan melanda diri ini..:P
Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More