Tuesday, September 29, 2009

Selesai sudah..

Share Alhamdulillah, sekali lagi ku panjatkan syukur kepadaNYA kerana telah memberi aku sekali lagi peluang untuk terus mengabdikan diri padaNYA. Moga-moga dengan peluang yang ada ini, sama-samalah kita terus memperkukuhkan amalan seharian kita sekali gus mengejar Jannatul Firdaus yang telah ALLAH janjikan kepada hamba-hambaNYA yang soleh.

Entry kali ni sekadar hanya ingin berkongsi pengalaman berurusan dengan orang arab di Mesir ini. Baru aku tahu betapa sukar dan susahnya untuk berurusan dengan mereka. Mereka masih lagi bekerja secara manual iaitu tanpa penggunaan alat-alat eletronik seperti komputer sekaligus berbeza dengan Malaysia. Dah tu pulak, kalau dorg ni rasa susah je bila wat sesuatu urusan, terus malas buat. "Khomas daik" (lima minit), "Ba'da nusus sa'ah" (selepas 1/2 jam) ; ini adalah antara perkataan-perkataan yang lazimnya bila kemalasan berada di tahap maksimum. Tapi yang perkataan yang paling popular sekali "Bukroh" (esok). Perkataan ni la yang paling sakit hati dan segala macam sakit bila didengar.

Berbalik kepada pengalaman aku tadi. Urusan yang aku katakan sebelum ni adalah urusan untuk masuk ke Maahad Khutut di 'Abasiyyah. Sebelum puasa lagi aku dah prepare untuk pastikan kali ini aku tak terlambat untuk mendaftar. Tak seperti tahun lepas. Aku terlepas peluang kerana lambat untuk mengambil Imtihan Qabul (Ujian kemasukan). Masa tu pon baru lagi nak kenal bumi Mesir ni. Jadi secara tak langsung input perkataan ammiyah kurang dan agak sukar untuk berurusan dengan orang-orang arab di sini. Dengan penuh yakin aku dan seorang lagi sahabatku, mengatur langkah menuju ke Maahad Khutut seawal pagi lagi dengan harapan yang menggunung. Sesampai kami di sana, aku terus bergegas ke bilik guru untuk bertanyakan tentang pendaftaran masuk ke situ. Dengan slumber je kerani tu cakap "Gai thani ba'da solatul zuhr" (Datang selepas solat zohor). Memang masa tu ada je orang yang nak makan meja. Sabar je la. Aku tanya pulak staff-staff yang ada di situ, "fi imtihan dil wakti, hayigi fi sa'ah 'asyaroh" (Ada peperiksaan sekarang ni, datang semula pukul 10). Patut la sunyi semacam je, rupa-rupanya waktu tu ada Imtihan Daur Thani (Peperiksaan Ulangan ke-2). Tepat je pukul 10, aku terus jumpak mudir. Dia mintak butir-butir peribadi. Kebetulan aku tak bawa pulak waktu tu. Ya Allah, penatnya. Sia-sia je datang hari ini. Mudir tu suruh datang esok bawa butiran lengkap.

bersambung..[mengantuk...]

Monday, September 28, 2009

Perginya Ramadhan, Munculnya Syawal

Share Sedar tak sedar, dah hampir 9 hari kita menyambut Syawal ; Hari kemenangan bagi orang2 mukmin setelah sebulan berpuasa. Dalam pada itu juga, sudah 9 hari Ramadhan juga telah pergi meninggalkan kita. Sedang asyik dibuai keseronokan, sedikit terusik hati kecil ini bila mendengar tazkirah Ust Kazim Ilyas. Aku terfikir sejenak. Adakah mungkin aku dapat lagi mengecapi Ramadhan yang akan datang? Sudah cukupkah pengisian di bulan Ramadhan yang baru saja berlalu. Hatiku terus menjadi sayu. Terasa begitu singkatnya Ramadhan pada kali ini. Aku rasakan seolah masih belum puas mengecapi nikmat di bulan Ramadhan. Moga-moga ALLAH memanjangkan usiaku untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang InsyaALLAH.

Sekali lagi aku menyambut Syawal tanpa kehadiran keluarga disampingku. Tatkala di pagi syawal, terasa begitu sedih dan hiba bila mengenangkan sanak saudara tercinta di tanah air. Kebiasaannya di pagi raya, selepas menunaikan Solat Sunat Eidulfitri, kami sekeluarga akan berkumpul untuk bermaaf-maafan. Bergenang air mataku bila terkenangkan situasi sedemikian. Namun, aku dengan segera memujuk diriku. Perjuangan aku masih belum selesai. Masih banyak lagi ranjau dan liku yang perlu aku lalui. Mungkin inilah antara mehnah dan dugaan yang harus dihadapi oleh seorang yang bergelar daie. Alhamdulillah, walaupun terpaksa beraya tanpa keluarga, namun aku bersyukur kepada ALLAH kerana mempunyai 'keluarga' kecil disini. Terubat juga rindu dan sedih yang mencengkam. Alhamdulillah, dengan kehadiran sahabat handai disisi, terasa kemeriahannya walaupun tidak semeriah menyambut Syawal bersama keluarga.

Setelah selesai menunaikan Solat sunat Eidulfitri secara berjemaah, sempat juga aku bermaafan sesama sahabat-sahabatku. Alhamdulillah, terasa seperti suasana di Malaysia kerana dapat berhimpun di kalangan sahabat masing-masing. Sekali lagi terubat kerinduan di hati ini. Kemudian kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama.


Pelajar-pelajar Maahad Qiraat Azhar

Beginilah suasana beraya di perantauan. Walaupun tanpa sanak saudara, namun sahabat seperjuangan tetap bersama. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan MAQAZ Shoubra, Kullu sanan waantum toyyibun. Maaf Zahir dan Batin jika terdapat salah dan silap samaada sedar ataupun tidak. Moga-moga kita semua pulang dengan kejayaan. Biarlah ibu-bapa kita menangis kerana kejayaan kita, jangan biarkan mereka menangis kerana kegagalan kita. Sama-samalah kita berdoa agar kita semua mendapat kejayaan dan sentiasa dia bawah naungan rahmat-NYA. Amin. Akhir kalam, moga-moga kita dapat lagi bersama menyambut Eidulfitri seperti ini.


Bertakbir raya

Ridzauddin Abd Halim
&
Huzaifah Anas


Posing lu sblum pgi Solat..

Thursday, September 17, 2009

Raihan & Hujan - Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda

Share


Dah lama x dengar lagu2 Raihan. Tup2 feat dgn Hujan lak. Best lagu ni. Teringat pulak mama n abah aku di Malaysia. i'm really miss both of you. Terima kasih di atas segala pengorbanan mama n abah selama ini. Memang x dapat nak balas la jasa2 kalian. Hanya doa mampu ku panjatkan..

Poster Filem Indonesia Yang Menciplak Poster Filem Lain

Share

Memang kantoi lah kan kalau dah lihat perbezaan nya, mungkin di antara kalian yang dah lihat dan mungkin ada yang belum. Jadi kepada yang belum lihat boleh lah lihat. Bukan apa, certain orang Malaysia agak sayang sangat kepada negara jiran Malaysia. Sampai cakap sikit pun nak marah, then cakap let it go lah apa-apa lah. Waw! Tapi adakah Malaysia saja dipersalahkan dalam bab menciplak? Walaupun Filem di Malaysia tidaklah sebaik Thailand namun kita tidak meniru poster filem dari negara lain. Dah tuh kalian tahu band D’masiv ? lagi sempoi! Ciplak musik terus dan just tukar lirik, itupun orang Malaysia suka? Oh man! Macam tak ada “seni” langsung. Apakan daya kan, mari lihat beberapa penciplakkan poster filem mereka!

poster-1


Mungkin sebilangan rakyat Indonesia di negara luar telah diusir keluar dengan menggunakan buluh runcing, Ops! banyak lagi gambar di dalam.

-

-

poster-2

-

-

poster-31

-

-

poster-4

-

-

poster-5

-

-

poster-6

-

-

poster-7

-

-

poster-8

-

-

poster-9

-

-

poster-10

-

-

poster-11

-

-

poster-12


Sumber --> http://www.ohbulan.com/poster-filem-indonesia-yang-menciplak-poster-filem-lain/#more-6161

Sunday, September 13, 2009

Persoalan tentang Dajjal..

Share Assalamualaikum pembuka bicara. Alhamdulillah..segala pujian bagi Allah S.W.T tuan punya dunia yang masih lagi memberi keizinan kepadaku untuk terus berkarya dan berkongsi serba sedikit input-input yang berguna bersama sahabat-sahabat sekalian. Dah lama rasanya aku biarkan blog ini ber'sawang' tak diusik. Hari rasa gatal pulak jari-jari kecil ini untuk nak update blog ni. Aku tertarik dengan persoalan yang diajukan oleh Mak Lang aku baru-baru ini. Beliau bertanyakan kepada ku tentang Dajjal. Berat jugak time tu nak jawab disebabkan aku pun tak banyak tahu tentang Dajjal ini.

Jadi laju je tangan aku nie untuk terus search kat Google. Kemudian aku tertarik dengan penerangan ringkas, padat n mudah difahami oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malik tentang Dajjal. Penjelasan dari ustaz memang menepati soalan-soalan yang pernah diajukan kepada aku.
Jadi hari ini, ingin aku kongsi dengan semua sedikit sebanyak tentang DAJJAL.



Dari segi bahasa, ia berasal dari ad-Dajl iaitu menyelubungi. Dinamakan orang yang sangat pembohong sebagai Dajjal kerana ia menyembunyikan kebenaran dengan menzahirkan kebatilan.

Beberapa perkara asas yang perlu diketahui tentang Dajjal ialah:

-Adakah ia Ibn Sayyad atau selainnya? Dan jika Dajjal itu ialah selain Ibn Sayyad, adakah ia telah muncul di zaman Nabi SAW atau belum?

-Bila ia keluar?

-Kenapa ia keluar?

-Dari mana ia keluar?

-Apa ciri-cirinya?

-Apa yang ia dakwakan?

-Apakah fenomena yang berlaku ketika munculnya sehingga pengikutnya begitu ramai?

-Bilakah ia binasa dan siapakah yang membunuhnya?

Menjawab soalan-soalan di atas:

Pertama: Dalam Kitab ‘al-I’tisam’ ketika dihuraikan hadis Jabir bahawa Ibn Sayyad itulah Dajjal. (Ibn Sayyad ialah seorang kanak-kanak lelaki Yahudi yang mempunyai ciri-ciri Dajjal, menjawab balik jawapan Nabi dengan biadab. Hadis berkenaan dengannya sangat terkenal dan boleh dibaca dlm kitab-kitab Hadis)

Kedua: Hadis Fatimah binti Qais tentang kisah Tamim ad-Dari yang dikeluarkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu telah muncul semenjak zaman Nabi SAW lagi. Ia ditahan di satu pulau.

Ketiga: Hadis an-Nawwas yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu keluar ketika orang Islam membuka Qonstantinopel.

Keempat: Sebab keluarnya ialah kerana ia marah terhadap satu perkara. Ini di sebut di dalam hadis Ibn Omar dari Hafsah yang driwayatkan oleh Muslim.

Kelima: Keluarnya dari Timur. Dalam satu riwayat yang dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dari hadis Abu Bakar ia keluar dari Khurasan. Dalam riwayat lain oleh Muslim ia keluar dari Isfahan.

Keenam: Sifatnya ialah bermata satu dll

Ketujuh: Ia mendakwa pada awalnya iman, baik, kemudian nabi, dan kemudian Tuhan. Ini di sebut dalam riwayat yang dikeluarkan oleh atTabrani dari Sulaiman bin Shihab.

Kelapan: Ia binasa selepas munculnya di bumi dan memasuki semua tempat melainkan Mekah dan Madinah. Ia menuju Bait al-Maqdis. Nabi Isa turun lalu membunuhnya.

Abu Nuaim mengeluarkan ketika menerangkan tentang Hassan bin Atiyyah, katanya: Tidak terlepas dari fitnah Dajjal melainkan 12, 000 lelaki dan 7 ribu wanita. Wallahua’lam. (Ibn Hajar al-Asqalani j 13 ms131)

Kesimpulan dari hadis tentang Dajjal:

-Dajjal ialah seorang Yahudi
-Disebut juga sebagai al-Masih ad-Dajjal
-Dajjal hanya bermata satu kerana matanya yang sebelah buta
-Ramai pengikutnya Yahudi
-Dajjal akan menguasai dunia untuk satu tempoh masa dengan izin Allah dan mendakwa dirinya Tuhan
-Bakat ilusi dan tipudayanya tersangat hebat yang tidak pernah disaksikan sebelumnya
-Ia akan dibunuh di sebuah kampung bernama Bab al-Lud di Bait al-Maqdis

Kepercayaan orang Yahudi tentang personaliti yang disebut-sebut akan muncul di akhir zaman:

-Kedatangan Nabi atau Raja Bani Israel di akhir zaman yang dikenali al-Masih

-Al-Masih ini didakwa akan mewujudkan Kerajaan Tuhan di dunia atau ‘Kingdom of God on Earth’ dan membinasakan semua agama lain

-Penduduk kerajaan Tuhan di Dunia adalah semata-mata bangsa Yahudi yang mengikut agama Judaisme (Kebanyakan anggota Illuminati yang merupakan golongan pemodal elit antarabangsa adalah orang Yahudi yang beraliran mistik Kabbala dan bertuhankan Lucifer. Simbol mewakili Lucifer ialah mata satu yang bermaksud ‘Tuhan Lucifer’ melihat semuanya. Freemasson (kuda tunggangan Illuminati) juga menggunakan simbol mata satu ini. Aliran Yahudi Kabbala mendapat publisiti meluas di media antarabangsa sejak akhir-akhir ini berikutan penganutan bintang terkemuka penuh kontroversi AS, Madonna yang menjadi pengikut setia dan menyebarkan dakyahnya)

-Terdapat satu aliran mistikal di kalangan umat Yahudi yang percaya kepada kemunculan Tuhan Lucifer yang bermata Satu. Mempunyai tipu ilusi yang tiada tolok banding (ingat Hollywood dan media maya)

Sunday, September 6, 2009

Aku pasrah..

Share Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk terus hidup bagi mengabdikan diri kepadaNYA. Bermula lagi hari yang penuh dengan mehnah dan dugaan yang amat berat bagi diri yang kerdil ini untuk menanggung semuanya. Aku masih lagi buntu bagi mencari 'Nur' dan jalan keluar bagi masalah yang sedang aku hadapi. Seharian aku cuba bermuhasabah kembali, dimanakah salah yang silap yang telah aku lakukan sehinggakan aku diduga sebegini rupa. Adakah ibadah serta amal yang aku lakukan masih lagi tidak sempurna atau ibadahku masih tidak ikhlas keranaNYA?
Menangis hati kecil ini keseorangan. Namun tidak aku benarkan walau setitis air mata ini jatuh keguguran. Masih lagi diselubungi ego yang menebal. Sukar bagiku untuk menitiskan air mata kepadaNYA. Tidak seperti Rasul-rasul serta sahabat-sahabat terdahulu yang sentiasa air matanya mengalir ketika mana mengabdikan diri kepada yang Esa. Ya ALLAH, terasa hinanya diri ini.

Tatkala hanyut dibuai perasaan, terpapar pula gambaran wajah-wajah yang aku sayangi bermain ligat di kotak pemikiranku. Rasa bersalah dan berdosa kepada mereka semua. Aku mengimbau sejenak di mana zaman jiwa muda ini bergelora dan memberontak mencari benda yang aku sendiri tidak pasti. Telah banyak hati yang aku lukai ketika itu. Telah banyak perasaan yang hancurkan. Madu yang diminta tapi tuba yang aku balas. Apa yang mereka harapkan lain yang aku berikan. Derhakakah aku terhadap mereka? Layakkah aku mendapat tempat di Jannah MU Ya Rabb..? Abah, Mama, dan semua, aku pohon maaf andai ada salah dan silap selama mana diri ini bergelar anakmu. Kenapa dengan tiba-tiba aku terasa hiba sebegini..? Tidak terjawab persoalan itu. Mungkin kerana sebelum ini aku tidak pernah diuji sebegini rupa..? Adakah aku hanya akan kembali kepada Sirat yang KAU redhoi dengan hadirnya ujian yang kau beri..? Tidakkah aku ini seorang yang mementingkan diri..? Ya ALLAH.. Aku buntu ya ALLAH.. Hanya kalamMU penenang jiwa. Dengan berbekalkan doa padamu, aku harapkan agar kau permudahkanlah bagiku untuk menghadapi hari yang mendatang.

16 Ramadhan 1430

Saturday, September 5, 2009

Ujian Ramadhan

Share Sedar tak sedar, dah masuk 15 hari aku menunaikan ibadah puasa di perantauan ini. Banyak rintangan dan dugaan yang aku hadapi serta lalui disamping disulami dengan kegembiraan bersama sahabat-sahabat seperjuangan aku disini. Dah lama rasanya jari jemari ini tidak ligat bermain di 'keyboard' aku ini. Namun hari ini, terdetik pula hati kecil ini untuk mengemaskini blog yang agak lama tersadai dibiarkan bersawang.

Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambanya yang sentiasa taat dan patuh dengan segala perintah dan larangan. Bulan yang digandakan amal ibadah setiap insan yang melakukannya. Diberi pula Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Dimana merupakan malam yang hanya dikurniakan kepada ummat Nabi Muhammad S.A.W dan tidak kepada ummat Nabi-nabi lain. Bulan ini juga, Allah menguji setiap hambanya dengan kewajipan berpuasa di siang hari. Ini dapat mengajar serta membimbing setiap insan erti kesabaran.

Ramadhan.. Hari ini, aku sekali lagi diuji olehNYA. Sungguh berat ujian yang Engkau berikan kepadaku ini Ya Rabbi. Namun aku tahu, Kau tidak akan berikan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaMU. Kepada Engkau lah aku memohon petunjuk. Kau doronglah aku supaya aku dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang aku hadapi ini Ya ALLAH.

Ya Karim, mungkin kerana kecacatanku dalam mengabdikan diri kepadaMu membuat aku diuji sebegini. Aku sedar. Insan hina yang serba fakir ini sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan antara sedar atau tidak. Mungkin juga kerana aku tidak menjaga perhubungan di antara aku sesama mukmin yang lain? atau mungkin juga kerana aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang yang bergelar anak selama ini? Adakah ini semua untuk suatu teguran darimu Ya ALLAH..? Kau berikanlah aku petunjuk MU Ya ALLAH.. Hanya padamu aku berserah.. Amin..

Tuesday, September 1, 2009

Wonder Girls - Nobody versi H1N1

Share

Wonder Girls merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh lima orang wanita dari Korea Selatan, Ye-eun, Sunye, Sohee, Sunmi, dan Yubin. Produser mereka Park, Jin-Young juga merupakan penyanyi/pencipta lagu di bawah naungan JYP Entertainment. Konsert sulung mereka diadakan pada awal 2007, mereka semakin popular pada tahun yang sama dengan lagu "Tell Me".

Sejak itu mereka telah mengeluarkan 3 single hit nombor satu, "Tell Me", "So Hot", dan "Nobody". Wonder Girls juga pernah memenangi Anugerah "Artis Terbaik" pada tahun 2008.

Video Klip di bawah merupakan salah 1 single hit mereka yang popular tetapi telah diubah suai bersempena dengan wabak H1N1 yang semakin runcing ketika ini. Lawak dowhh. Hahaha. Jom sama2 layan..

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More