Sunday, June 21, 2009

Zalim..

Share
Cuba anda perhatikan gambar di atas ini, apakah pendapat anda sebagai seorang Muslim? Pada pendapat penulis, semakin hari, manusia semakin tamak dan tenggelam dengan nikmat yang dijanjikan nafsu dan Syaitan Laknatullah kepada mereka. Namun demikian, mungkin ramai yang menganggap perkara ini adalah perkara remeh-temeh dan tidak perlu dibesarkan. Tidakkah anda semua fikir, dengan menatahkan berlian kepada sebuah kereta adalah suatu pembaziran? Walhal dalam era globalisasi sekarang ini, masih kedapatan sekelompok manusia yang hanya 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Malah lebih teruk lagi yang langsung tidak boleh 'mengais'. Adalah lebih baik jika kita salurkan kemewahan yang ada kepada perkara-perkara yang lebih penting. Bukankah Islam mengajar kita supaya hidup dengan cara sederhana? Fikir-fikirkanlah...

Friday, June 12, 2009

Sejarah Al-Azhar..

Share

Kini Al-Azhar adalah salah sebuah pusat pendidikan terpenting dalam dunia islam, univeristi ini boleh memuatkan pelajar seramai 90,000 orang dalam satu masa. Univerisiti ini adalah salah sebuah yang tertua di dunia.

Apabila Jawhar Komander Sisila (Italia) ketua pasukan dihantar oleh Khalifah Fatimid Almuiz untuk menawan Mesir, beliau mengasaskan Kaherah pada tahun 358 hijrah / 969 masehi dan mereka membina Al-Azhar yang dahulunya adalah sebuah masjid. Masjid ini siap dibina selepas 2 tahun pembinaanya dan dibuka pada pertama kalinya untuk bersolat pada 7hb Ramadan 361 hijrah/ June 22, 972 masihi.


Ahli kaji sejarah berselisih pendapat bagaimana masjid ini mendapat namanya. Sesetengah pendapat mengatakan ianya mendapat nama semasa mereka menemui Kaherah kawasan ini di kelilingi/dipenuhi oleh ratusan bunga-bungaan . Ada yang
berpendapat ianya diberi nama selepas nama Fatimah Al-Zahraa iaitu anak kepada Nabi Muhammad S.A.W ianya bagi memuliakan/mengabadikan nama anak baginda S.A.W. Keterangan ini menunjukkan beliau menggunakan nama terakhir pada nama Fatimah.

Petikan daripada http://www.muslimheritage.com/



Masjid Al-Azhar


**Bergambar bersama Designer The Sumpah Clothing di Hussein, berdekatan dengan Masjid Al-Azhar.

Monday, June 8, 2009

Alfun Mabruk...

Share
Alfun Mabruk diucapkan kepada Mohd Asyraf b Ishak [ xtau la btol@x ]..alhamdulillah, Sorang lagi rakan seperjuangan aku berjaya mendirikan masjid..Senior waktu di MTQPP ( Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulau Pinang)..Tah bila kawin aku pon xtau,,tup2 tgk ada je gmbr ni dalam Friendster..Tu pon nasib baik terpikir nk bukak friendster.. kalau tak mmg xtau la..Apa2 pon, didoakan semoga berbahagia di samping pasangan yang tercinta, dan semoga berbahagia smpai ke syurga..Amin..

Friday, June 5, 2009

BERMULA KEHIDUPAN BARU

Share

INSYAALLAH...06.06.09...TU LA TARIKH YG TELAH KAMI PILIH UNTUK MENGIKAT DIRI DARI DIBELENGGU FITNAH..WALAUPUN BUKAN LAGI TALI PERNIKAHAN, TALI PENGIKAT KASIH SAYANG INI MAMPU MENJADIKAN AKU LEBIH MERASA TANGGUNGJAWA
B DALAM MEMELIHARA HUBUNGAN KAMI DISAMPING MENJADI SALAH SATU BUKTI KEIKHLASANKU MENERIMANYA...


MOGA BERAKHIR DENGAN KEBAIKAN...AMIN...





P/s: 'Aku' diatas merujuk kepada sahabat lama aku ketika menuntut di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah. Beliau yang dimaksudkan Ahmad Muzani b Abdul Jalil. huhu, ayat skema la plak.. Alfun Mabruk diucapkan kepada hang, Semoga Allah mmberi keberkatan serta rahmat di atas usaha yang murni lagi suci ni. Kalau nak kawin tunggu aku balik M'sia dulu. haha..

Hati2 Melawat Orang Yang Meninggal Dunia..

Share Sama2 kita jadikan cerita ini sebagai iktibar dan pengajaran...


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah.
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... please take note of
this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from
melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,
tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya
bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi
dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak
berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat
saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang
tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.
Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan
hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.
Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata
di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang
hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke
bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri
untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari
Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian
jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal
mestilah seorang lelaki (sebab
yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya
seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi
perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd
hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan.. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya
(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti
kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan
mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan
air mata,
tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu
sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada
sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu
tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang
mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada
malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu
tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.
Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya,
tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya
meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang
keluar terus
menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara
ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu)
tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam.
Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,
suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang
menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah
terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan
waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan
khabar bayi saya.
Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya,
dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man
sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari
alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke
alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya
sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang
kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat
untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.


p/s: 'Saya' dalam kisah diatas bukan aku, sapa pon aku xtau. Benar atau tidak Wallahua'lam..

Blog Azwan Ali Di Warning

Share
Dengar dengar, pengacara sensasi Azwan Ali telah diberi surat amaran oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana blog kendaliannya melanggar peraturan yang memperuntukan bahawa
kebelakangan ini,sana sini majalah hiburan online menceritakan hal ini, ternyata blog yg dikecam hebat itu dapati kali terakhir dikemaskini kan oleh beliau bertarikh 9 Mei 2009, bermakna telah hampir sebulan blog ini tidak dikemaskini. Kalau bulan-bulan yang lepas beliau memang giat menulis, ada hanya 5 post untuk bulan Mei.

kalo betol baguslah untuk sesetengah pihak...


Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More