Thursday, November 5, 2009

AKIDAH AHLI SUNNAH YG BERTENTANGAN DGN ALIRAN WAHABI

Share Alhamdulillah, setelah agak lama menyepi dari dunia 'bloggers' ni, kini aku kembali dengan wajah terbaru. Sedikit 'ciplaking' dari blog sahabat aku..sama tapi tak serupa..kepada Ahmad Muzani, jangn marah, nanti kena jual. Sebentar tadi aku ada terbaca satu entri yang agak menarik. Jadi, best jugak kalau dapat kongsi dengan sahabat-sahabat semua. Jom pakat-pakat baca. Sama-sama kita renungkan..


AKIDAH AHLI SUNNAH YG BERTENTANGAN DGN ALIRAN WAHABI

oleh: Al-Haqir Mahfuz Muhammad al-Khalil
terbitan: Majlis Agama Islam Negeri Johor.


1) Apakah pengertian golongan Wahabi?

Golongan Wahabi adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad
Abd Wahhab pada kurun yang ke 12H di Najd Jazirah Arabiyyah.

Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di Malaya dan
Indonesia pada tahun 30an, 40an dan 50an.

Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang
dari Ulama' mazhab Hambali. Telah menjadi adat Kaum Arab menisbah-
kan sesuatu itu kepada bapa, datuk dan ke atas.

Seperti Mazhab Syafi'e adalah aliran Mazhab yang dinisbahkan kepada
moyangnya, sedangkan nama pengasas yang sebenar adalah Muhammad
bin Idris. Begitulah adat kaum Arab dalam menisbahkan sesuatu.

Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak
selesa dengan gelaran Wahabi sebaliknya mendakwa mereka dari
golongan Kaun Salaf atau kaum Ahli Sunnah.

Kenapa begitu? Ini kerana istilah Wahabi pada hari ini diketahui ramai
akan kesesatannya dalam Akidah dan cabang yang lain.

Oleh kerana itu harus berhati2 dengan kaum ini kerana mereka ter-
kadang mempergunakan nama Ahli Sunnah, Salaf dan pelbagai yang
baik-baik untuk mengaburi orang awam dari mencium kesesatan
pegangan golongan ini.

2) Apakah di antara ajaran Wahabi yang bertentangan dengan Akidah
Ahli Sunnah wal Jamaah?


Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bida'ah dalam
masalah-masalah Furu'(cabang) semata-mata sedangkan sebenarnya
golongan ini membawa sebesar-besar bida'ah dalam masalah Akidah.

Oleh kerana itu ramai dari kalangan mereka yang berwajib, para ulama',
para pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk
ditangani dengan sungguh2.

Di antara ajaran golongan ini yang bertentangan dengan akidah Ahli
Sunnah al Jamaah ialah menolak dan merendah-rendahkan pengajian
sifat 20.

Sebaliknya mereka membawa kaedah Tauhid yang baru iaitu pembahagian
Tauhid yang tiga.

Tauhid Rububiyyah

Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala. Kononnya mereka
menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Sementara berhala merupakan pengantara2 hamba dan Tuhannya.

Tauhid Uluhiyyah

Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata2
dengan tiada sebarang perantara makhluk.

Tauhid Asma wa Sifat

Beriman dengan ayat-ayat mutasyabihat secara zahirnya. Seperti
dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.

Bagaimana mungkin Tauhid itu terbahagi kepada tiga?

Sedangkan Tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan tidak sama
sekali membeda2kan Tauhid seperti Tauhid yang tiga ini.

Dengan menerima konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah mengikut pentafsiran seperti ini, maka banyak amalan-amalan yang diperakui baik menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya. Seperti amalan Maulid Nabi, marhaban, berdiri sewaktu selawat, tabarruk (ambil berkat), tawassul (berwasilah) , ziarah makam Nabi-nabi, Rasul-rasul, Auliya' dan solihin.



Sementara tauhid asma' wa sifat pula membawa implikasi menjisimkan (visual) dan mentasbihkan( menyamakan) zat Allah SWT dengan mahkluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat dan anggota (jarihah) -spt menyatakan Allah itu bersemayam di atas arasy.

Ini adalah akidah kaum Musyabbihah Mujassimah yang wujud pada kurun yang ke 4H dan dikembangkan semula oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke 7H dan seterusnya dikembangkan pula oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun ke 12H.


3) Adakah kita boleh mengikut sebahagian daripada ajaran / amalan wahabi atau kita diminta meninggalkan keseluruhan ajaran tersebut?

Pada saya (penulis) penjelasan tentang akidah dan amalan agama telah jelas dan nyata seperti matahari di siang hari. Para Ulama' telah meninggalkan penjelasan agama dengan sejelas-jelasnya dalam seluruh bidangnya di dalam kitab2 yang disampaikan kepada kita.

Kalau begitu tiada keperluan lagi merujuk kepada saranan dan amalan aliran Wahabi kerana telah dibuktikan dalam banyak hal di mana mereka telah menyelewengkan pengertian ayat2 al-Quran, Hadith dan pandangan para Alim Ulama' silam.

Bahkan telah dibuktikan mereka melakukan pemalsuan terhadap kitab2 ulama' silam dengan tujuan supaya dapat mengelirukan umat Islam dan mengikut telunjuk mereka.

Berkemungkinan terdapat juga amalan2 mereka yang betul, akan tetapi kalaulah kebenaran sudah bercampur baur dengan kebatilan, akan menjadi kesusahan pada orang awam untuk menentukan yang mana satu betul dan salah! Mungkin perkara benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar dan diamalkan sehingga ke akhir hayat. Maka ini akan mengundang kita kepada kemurkaan Allah di dunia sehingga akhirat.

Oleh itu jauhilah ajaran ini dengan berpeganglah dengan amalan2 yang disepakati Ulama', insyaAllah selamat dunia akhirat.


4) Apakah akibat yang kita dan masyarakat akan hadapi jika mengamalkan ajaran2 Wahabi dari segi akidah, ibadah dan sosial?

Akibat dari sudut akidah, pastinya sangat bahaya kerana bila tergelincir seseorang muslim dalam akidah akan membawa kegelinciran dalam soal2 yang lain.

Selain itu konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah di sisi Kaum Wahabi
membawa implikasi kepada syiriknya amalan Maulid Nabi, bacaan ber-zanji, berdiri ketika selawat Nabi, marhaban, memuji2 Nabi saw, menziarahi kubur Nabi saw, amalan tabarruk (ambil berkat) dan lain2 lagi.

Dari sudut ibadah pula banyak amalan2 baik yang tergolong di dalam bida'ah hasanah di anggap sebagai buruk dan seterusnya masyarakat mula meninggalkannya.

Contohnya amalan membaca Yasin di malam Jumaat adalah merupakan amalan yang baik. Sekurang2nya kita ada membaca al-Quran dalam seminggu.

Ini adalah implikasi dari penta'rifan bid'ah yang telah di salah ertikan oleh golongan Wahabi, di mana mereka mengatakan pengertian bid'ah itu segala amalan yang Nabi saw tidak lakukan sewaktu hayatnya.

Sedangkan kita jumhur ulama menta'rifkan dengan segala amalan yang baru yang hanya bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma' dan Qias sahaja dikatakan sebagai bid'ah yang dhahalah (sesat) dan dilarang untuk diamalkan.

Sementara amalan2 yang ada sandaran dari dalil2 sama ada dari nas2 yang bersifat khusus atau umum adalah dianjurkan untuk diamalkan selama mana tidak terdapat nas2 yang melarang amalan tersebut.

Dari sudut sosial pula dengan munculnya golongan ini akan menimbulkan
perpecahan, perbalahan di dalam masyarakat dan perpecahan itu sangat dilarang di dalam agama. Yang lebih membimbangkan fahaman golongan ini sudah menjadi kenyataan dan telah mendorong para pengikutnya kepada Islam militan.

Jauhilah golongan ini demi keselamat akidah, ibadat dan keharmonian dalam bermasyarakat.


5) Bagaimanakah kedudukan pengikut Wahabi dari segi pandangan Islam, samada mereka termasuk dalam golongan musyrik atau sebagainya?

Di dalam akidah Ahli Sunnah wal Jamaah kita diajarkan supaya bersikap tidak membudayakan sikap kafir mengkafir. Walaupun telah jelas para Alim Ulama menggolongkan mereka sebagai golongan yang sesat, namun tidak mengkafirkan mereka.

Ramai dari kalangan ulama yang menggolongkan mereka sebagai ahli bida'ah. Namun Rasullullah saw. menegaskan di dalam hadithnya betapa golongan sesat itu dijanjikan neraka untuknya.

Terkadang golongan ini mendabik dada mengaku sebagai Ahli Sunnah sedangkan hakikat yang sebenar adalah pembohongan yang nyata. Telah terbukti aliran ini bertentangan dengan pengajian Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kita menyarankan kepada para mengikut golongan ini agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

ARTIKEL WAHABI: MENILAI SEMULA KENAJISAN BABI

Share
Doktrin Babi Yang Menyusahkan Umat Islam

Maszlee Malik, UIAM.

Umat islam melalui para mujtahidinnya telah berijmak bahawa daging babi adalah haram untuk dimakan seperti yang telah dikatakan oleh Ibn Mundhir dalam bukunya
"Kitab al-Ijma’" (Lihat : al-Husni, Kifayatul Ahyar, Beirut : Dar al-Khayr, m.s. 70). Ini berdasarkan firman Allah S.W.T dalam al-Quran, (surah al-An'am : ayat
145) . Ayat tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa daging babi adalah haram untuk dimakan. Para ulama juga telah bersepakat bahawa anggota lain dari babi
seperti tulang, kulit, lemak dan juga darahnya adalah haram untuk dimakan. Hanya Ibn Hazm al-Zahiri sahaja yang mengatakan anggota selain daging babi adalah
halal dimakan. Pendapat ini walaubagaimanapun adalah pendapat yang syadh (ganjil) dan tidak diterima oleh jumhur (majoriti) umat islam.

Para ulama islam juga bersepakat tentang kenajisan daging babi dan juga segala yang bersumberkan babi. Walaubagaimanapun mereka berselisih pendapat dalam tiga perkara, yang pertama dalam kategori najis apakah ia najis mughallazah ataupun mutawasitah. Yang keduanya, cara bagaimanakah untuk menyucikannya, dan ini bergantung kepada kategori manakah ianya dianggap sebagai najis. Yang ketiga , mereka juga berkhilaf samada kulit babi, rambutnya dan juga tulangnya dan mana – mana bahagiannya adakah boleh digunakan setelah disucikan melalui proses dibagh
(samak dengan air kapur).


Jumhur ulama berpendapat ianya tegolong dalam najis mutawasitah yang hanya memerlukan basuhan sekali sahaja jika tersentuh dengannya. Ianya sama seperti
kenajisan darah, luka, nanah, tahi dan juga kencing. Bagi Imam al-Syafie pula, beliau berpendapat bahawa ianya adalah najis mughallazah yang sama sifat kenajisannya dengan anjing yang memerlukan tujuh kali basuhan, dan sekali basuhan dengan air tanah (al-Sya'rani, al-Mizan al-Kubra, Beirut : Dar al-Kutub al-'Ilmiah, Cetakan Pertama, 1998M, jil. 1, m.s. 138).Pendapat inilah yang
menjadi pegangan majoriti pengikut mazhab Syafie, kecuali Imam al-Nawawi dan juga yang bersependapat dengan al-Nawawi (al-Nawawi, al-Majmu', Beirut : Dar
Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 4, m.s. 604).

Mengenai isu pengunaannya pula, jumhur ulama melarang pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis (walaupun mutawasitah) . Bagi sebilangan ulama Malikiyyah, Abu Daud al-Zahiri dan juga al-Syawkani, mereka melihat tidak ada kesalahannya untuk menggunakannya jika ianya telah melalui proses dibagh (ibid).

Yang menjadi pokok perbincangan di sini ialah mengenai kenajisannya dan juga cara menyucikannya yang menjadi satu bebanan kepada umat islam di Malaysia dan juga dalam sesetengah keadaan menjadi benteng pemisah selamanya antara kaum di Malaysia.

Doktrin yang membebankan ini sebenarnya hanyalah ijtihad Imam Syafie yang mengqiyaskan kenajisan babi dengan kenajisan anjing dengan kaedah "qiyas awla"nya (al-Syafie, Kitab al-Umm, Beirut : Dar Marifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9). Logiknya menurut beliau, jika anjing yang tidak disebut pengharamannya secara jelas di dalam al-Quran wajib disucikan kenajisannya dengan cara samak (tujuh kali basuhan dengan basuhan pertamanya menggunakan tanah berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam kitabnya al-Jami' al-Sahih atau sahih Muslim, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 1 m.s. 161), maka babi yang telah diharamkan secara jelas di dalam al-Quran
lebih utama untuk disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.

Atas dasar inilah majoriti pengikut mazhab Syafie sehingga ke hari ini menganggap kenajisan babi adalah sama atau lebih berat dari kenajisan anjing. Bagi jumhur (majoriti) umat islam pula hadith Abu Hurairah yang berkaitan dengan cara menyucikan kenajisan anjing jika anjing adalah semata - mata untuk anjing dan bukan untuk selainnya. Menurut mereka pengharaman daging babi (surah al-Maidah (5): 5) adalah berkaitan dengan persoalan makan dan tiada kena mengena dengan cara menyucikannya. Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya daging babi yang diharamkan, bangkai dan juga darah disebutkan bersama dengannya. Mengapa qiyas yang sama tidak digunakan untuk menggolongkan darah dan bangkai bersama anjing dan babi sebagai najis mughallazah ?

Yang lebih menarik lagi Abu Hurairah juga telah meriwayatkan hadith yang menunjukkan cara menyucikan bijana yang dijilat kucing dengan 3 kali basuhan. Mengapa tidak kucing pun digolongkan dalam najis mughallazah juga? Kesimpulannya ijtihad ataupun pendapat Imam Syafie dalam persoalan cara menyucikan najis babi adalah tidak kuat dan tidak konsisten. Terdapat juga di kalangan imam mujtahid dalam mazhab Syafie yang menyangkal pendapat beliau dan bertegas menyatakan bahawa cara penyucian kenajisan babi adalah cukup sekadar basuhan sahaja sepeti najis - najis mutawasitah yang lain (kencing, tahi, darah dan bangkai). Antara yang terkenal dengan pendapat sedemikian ialah Imam al- Nawawi (lihat : al-Nawawi,opcit, jil. 4, m.s. 604 ). Pendapat beliau ini adalah sama seperti pendapat majoriti umat islam dan amat bertepatan dengan dalil.

Sayangnya sebilangan besar pengikut mazhab Syafie termasuklah majoriti umat islam di Malaysia amat berpegang kuat dengan pendapat Imam Syafie yang amat ganjil ini. Dalam keadaan kehidupan bersama rakyat berbilang bangsa dan juga dalam keadaan musafir ke negara di mana umat islam adalah minoriti doktrin ini
amat membebankan umat islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya akan semakin menjauhkan bukan islam dari islam, malah di kalangan umat islam sendiri pun akan jauh dari islam kerana doktrin ini.

Sebagai contoh yang amat melucukan ialah bagaimana sebuah restoran milik bukan islam yang telah dibeli oleh seorang peniaga muslim sekitar tahun 90'an di Pahang. Majalah al-Islam telah merakamkan bagaimana mereka telah membasuh seluruh kedai tersebut dengan air tanah. Bayangkan bagaimana jika seseorang muslim membeli rumah pangsa atau kondominium dari seorang bukan islam ?, bagaimanakah dia ingin membasuhnya dengan air tanah , bayangkan lagi jika rumah tersebut di tingkat 30 ...pastinya pihak pengurusan kondominium tersebut akan mengamuk dan seluruh kondominium akan banjir!!

Antara yang menjadi bebanan juga ialah keadaan saudara baru yang masih tinggal dengan keluarganya. Sering kita dengar suara - suara sumbang yang menyuruh saudara - saudara baru untuk meninggalkan keluarga mereka. Mana tidaknya, doktrin babi al-Syafie mengatakan mereka tidak boleh makan dirumah kerana
pinggan mangkuknya ada najis dan mesti disamak. Rumahnya ada kesan babi, maka dia tidak boleh bersolat di dalamnya, emaknya dan bapanya makan babi, maka dia tidak boleh bersalaman apatah lagi mencium dan memeluk mereka. Bekas minum tidak boleh digunakan lagi kerana ada kesan babi, pendekata jika seseorang itu masuk islam bukan hanya agama dan akidah lamanya sahaja, malah dia terpaksa atau dipaksa untuk meninggalkan keluarga, rumah, saudara mara dan jika tidak keterlaluan ibu bapa mereka. Maka terjawablah persoalan mengapa tidak ramai orang bukan islam ingin memeluk islam!

Contoh yang lebih teruk lagi jika golongan yang mendokong doktrin babi al-Syafie ini ke negara majoriti bukan islam yang kuat makan babi seperti Jepun, Korea, Taiwan, Jerman dan negara - negara seumpamanya. Yang pasti mereka tidak akan boleh duduk di kantin, mereka tidak boleh makan di kedai - kedai makan
walaupun mereka tidak memakan babi, mereka tidak boleh tinggal di rumah sewa kecuali selepas disamak, mereka tidak boleh menziarahi rakan - rakan mereka yang bukan muslim dan akhirnya mereka hanya akan menjauhkan manusia - manusia lain dari islam itu sendiri. Relevan lagikah ijtihad al-Syafie yang semata - mata merupakan pandangan peribadinya sahaja yang boleh jadi salah ?

Persoalan ini memerlukan jawapan segera terutamanya dari kalangan ustaz - ustaz generasi baru yang telah terdedah kepada pembelajaran "Fiqh Muqarin" dan
berfikiran terbuka. Penyelesaian segera demi menyelamatkan umat islam di Malaysia dari terus dibebani dan disusahkan dengan doktrin babi al-Syafie.

Source > http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A218499&xgs=1

Wednesday, November 4, 2009

Video: Budak Sekolah St Augustine,Betong Ajuk Orang Islam Sembahyang Jemaah Dalam Gereja

Share
Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More