Saturday, September 5, 2009

Ujian Ramadhan

Share Sedar tak sedar, dah masuk 15 hari aku menunaikan ibadah puasa di perantauan ini. Banyak rintangan dan dugaan yang aku hadapi serta lalui disamping disulami dengan kegembiraan bersama sahabat-sahabat seperjuangan aku disini. Dah lama rasanya jari jemari ini tidak ligat bermain di 'keyboard' aku ini. Namun hari ini, terdetik pula hati kecil ini untuk mengemaskini blog yang agak lama tersadai dibiarkan bersawang.

Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambanya yang sentiasa taat dan patuh dengan segala perintah dan larangan. Bulan yang digandakan amal ibadah setiap insan yang melakukannya. Diberi pula Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Dimana merupakan malam yang hanya dikurniakan kepada ummat Nabi Muhammad S.A.W dan tidak kepada ummat Nabi-nabi lain. Bulan ini juga, Allah menguji setiap hambanya dengan kewajipan berpuasa di siang hari. Ini dapat mengajar serta membimbing setiap insan erti kesabaran.

Ramadhan.. Hari ini, aku sekali lagi diuji olehNYA. Sungguh berat ujian yang Engkau berikan kepadaku ini Ya Rabbi. Namun aku tahu, Kau tidak akan berikan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaMU. Kepada Engkau lah aku memohon petunjuk. Kau doronglah aku supaya aku dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang aku hadapi ini Ya ALLAH.

Ya Karim, mungkin kerana kecacatanku dalam mengabdikan diri kepadaMu membuat aku diuji sebegini. Aku sedar. Insan hina yang serba fakir ini sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan antara sedar atau tidak. Mungkin juga kerana aku tidak menjaga perhubungan di antara aku sesama mukmin yang lain? atau mungkin juga kerana aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang yang bergelar anak selama ini? Adakah ini semua untuk suatu teguran darimu Ya ALLAH..? Kau berikanlah aku petunjuk MU Ya ALLAH.. Hanya padamu aku berserah.. Amin..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More