Jadi laju je tangan aku nie untuk terus search kat Google. Kemudian aku tertarik dengan penerangan ringkas, padat n mudah difahami oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malik tentang Dajjal. Penjelasan dari ustaz memang menepati soalan-soalan yang pernah diajukan kepada aku.
Jadi hari ini, ingin aku kongsi dengan semua sedikit sebanyak tentang DAJJAL.

Dari segi bahasa, ia berasal dari ad-Dajl iaitu menyelubungi. Dinamakan orang yang sangat pembohong sebagai Dajjal kerana ia menyembunyikan kebenaran dengan menzahirkan kebatilan.
Beberapa perkara asas yang perlu diketahui tentang Dajjal ialah:
-Adakah ia Ibn Sayyad atau selainnya? Dan jika Dajjal itu ialah selain Ibn Sayyad, adakah ia telah muncul di zaman Nabi SAW atau belum?
-Bila ia keluar?
-Kenapa ia keluar?
-Dari mana ia keluar?
-Apa ciri-cirinya?
-Apa yang ia dakwakan?
-Apakah fenomena yang berlaku ketika munculnya sehingga pengikutnya begitu ramai?
-Bilakah ia binasa dan siapakah yang membunuhnya?
Menjawab soalan-soalan di atas:
Pertama: Dalam Kitab ‘al-I’tisam’ ketika dihuraikan hadis Jabir bahawa Ibn Sayyad itulah Dajjal. (Ibn Sayyad ialah seorang kanak-kanak lelaki Yahudi yang mempunyai ciri-ciri Dajjal, menjawab balik jawapan Nabi dengan biadab. Hadis berkenaan dengannya sangat terkenal dan boleh dibaca dlm kitab-kitab Hadis)
Kedua: Hadis Fatimah binti Qais tentang kisah Tamim ad-Dari yang dikeluarkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu telah muncul semenjak zaman Nabi SAW lagi. Ia ditahan di satu pulau.
Ketiga: Hadis an-Nawwas yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu keluar ketika orang Islam membuka Qonstantinopel.
Keempat: Sebab keluarnya ialah kerana ia marah terhadap satu perkara. Ini di sebut di dalam hadis Ibn Omar dari Hafsah yang driwayatkan oleh Muslim.
Kelima: Keluarnya dari Timur. Dalam satu riwayat yang dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dari hadis Abu Bakar ia keluar dari Khurasan. Dalam riwayat lain oleh Muslim ia keluar dari Isfahan.
Keenam: Sifatnya ialah bermata satu dll
Ketujuh: Ia mendakwa pada awalnya iman, baik, kemudian nabi, dan kemudian Tuhan. Ini di sebut dalam riwayat yang dikeluarkan oleh atTabrani dari Sulaiman bin Shihab.
Kelapan: Ia binasa selepas munculnya di bumi dan memasuki semua tempat melainkan Mekah dan Madinah. Ia menuju Bait al-Maqdis. Nabi Isa turun lalu membunuhnya.
Abu Nuaim mengeluarkan ketika menerangkan tentang Hassan bin Atiyyah, katanya: Tidak terlepas dari fitnah Dajjal melainkan 12, 000 lelaki dan 7 ribu wanita. Wallahua’lam. (Ibn Hajar al-Asqalani j 13 ms131)
Kesimpulan dari hadis tentang Dajjal:
-Dajjal ialah seorang Yahudi-Disebut juga sebagai al-Masih ad-Dajjal
-Dajjal hanya bermata satu kerana matanya yang sebelah buta
-Ramai pengikutnya Yahudi
-Dajjal akan menguasai dunia untuk satu tempoh masa dengan izin Allah dan mendakwa dirinya Tuhan
-Bakat ilusi dan tipudayanya tersangat hebat yang tidak pernah disaksikan sebelumnya
-Ia akan dibunuh di sebuah kampung bernama Bab al-Lud di Bait al-Maqdis
Kepercayaan orang Yahudi tentang personaliti yang disebut-sebut akan muncul di akhir zaman:
-Kedatangan Nabi atau Raja Bani Israel di akhir zaman yang dikenali al-Masih-Al-Masih ini didakwa akan mewujudkan Kerajaan Tuhan di dunia atau ‘Kingdom of God on Earth’ dan membinasakan semua agama lain
-Penduduk kerajaan Tuhan di Dunia adalah semata-mata bangsa Yahudi yang mengikut agama Judaisme (Kebanyakan anggota Illuminati yang merupakan golongan pemodal elit antarabangsa adalah orang Yahudi yang beraliran mi


-Terdapat satu aliran mistikal di kalangan umat Yahudi yang percaya kepada kemunculan Tuhan Lucifer yang bermata Satu. Mempunyai tipu ilusi yang tiada tolok banding (ingat Hollywood dan media maya)
0 comments:
Post a Comment