Sunday, September 6, 2009

Aku pasrah..

Share Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk terus hidup bagi mengabdikan diri kepadaNYA. Bermula lagi hari yang penuh dengan mehnah dan dugaan yang amat berat bagi diri yang kerdil ini untuk menanggung semuanya. Aku masih lagi buntu bagi mencari 'Nur' dan jalan keluar bagi masalah yang sedang aku hadapi. Seharian aku cuba bermuhasabah kembali, dimanakah salah yang silap yang telah aku lakukan sehinggakan aku diduga sebegini rupa. Adakah ibadah serta amal yang aku lakukan masih lagi tidak sempurna atau ibadahku masih tidak ikhlas keranaNYA?
Menangis hati kecil ini keseorangan. Namun tidak aku benarkan walau setitis air mata ini jatuh keguguran. Masih lagi diselubungi ego yang menebal. Sukar bagiku untuk menitiskan air mata kepadaNYA. Tidak seperti Rasul-rasul serta sahabat-sahabat terdahulu yang sentiasa air matanya mengalir ketika mana mengabdikan diri kepada yang Esa. Ya ALLAH, terasa hinanya diri ini.

Tatkala hanyut dibuai perasaan, terpapar pula gambaran wajah-wajah yang aku sayangi bermain ligat di kotak pemikiranku. Rasa bersalah dan berdosa kepada mereka semua. Aku mengimbau sejenak di mana zaman jiwa muda ini bergelora dan memberontak mencari benda yang aku sendiri tidak pasti. Telah banyak hati yang aku lukai ketika itu. Telah banyak perasaan yang hancurkan. Madu yang diminta tapi tuba yang aku balas. Apa yang mereka harapkan lain yang aku berikan. Derhakakah aku terhadap mereka? Layakkah aku mendapat tempat di Jannah MU Ya Rabb..? Abah, Mama, dan semua, aku pohon maaf andai ada salah dan silap selama mana diri ini bergelar anakmu. Kenapa dengan tiba-tiba aku terasa hiba sebegini..? Tidak terjawab persoalan itu. Mungkin kerana sebelum ini aku tidak pernah diuji sebegini rupa..? Adakah aku hanya akan kembali kepada Sirat yang KAU redhoi dengan hadirnya ujian yang kau beri..? Tidakkah aku ini seorang yang mementingkan diri..? Ya ALLAH.. Aku buntu ya ALLAH.. Hanya kalamMU penenang jiwa. Dengan berbekalkan doa padamu, aku harapkan agar kau permudahkanlah bagiku untuk menghadapi hari yang mendatang.

16 Ramadhan 1430

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More