Thursday, October 15, 2009

Akhirnya..

Share Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala kerana masih dapat mengecapi nikmat IMAN dan ISLAM sehingga ke hari ini. Sudah hampir seminggu blog aku ni bersawang dan dibiarkan berdebu. Semuanya berpunca dari kerosakan router aku. Perit rasanya hidup tanpa internet. Ku panjangkan kaki ke rumah teman yang mempunyai Internet. Namun ini bukan lah topik utama entri aku kali ini. Akhirnya.. itulah yang aku ingin kongsi bersama sahabat semua.

Bermula minggu ini, aku telah memulakan pengajian di Maahad Khutut, Abbasiyah yang terletak agak jauh dari tempat aku bermastautin. Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, akhirnya aku diterima masuk ke Maahad Khutut. Tercapai jugak impian aku untuk melibatkan diri dalam bidang Khat ini. Walaubagaimanapun, semua ini hanyalah satu titik permulaan bagi sebuah perjuangan. Masih banyak ranjau dan liku yang perlu aku tempuhi dan aku hadapi.

Perkarangan Maahad Khutut

Aku ditempatkan di kelas Uula Thalith (Tahun 1 kelas ke 3). Kelas bermula dari pukul 4 hingga 7 malam. Itupun bergantung atas budi bicara ustaz yang mengajar. Kadang-kadang keluar awal. Kelas bermula dari hari Ahad hingga Rabu. Khamis hingga sabtu boleh lah rehat sikit. Alhamdulillah, segala usaha serta susah payah aku selama ini telah membuahkan hasil. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian. Dibawah ini aku sertakan khat hasil nukilan ustaz-ustaz disini.

Khat Farsi/Faris

Khat Nasakh

Khat Thuluth

Khat Diwani tak sempat aku ambil gambar. InsyaALLAH di masa akan datang, jika masih lagi menghembuskan nafas, aku akan upload lagi gambar-gambar yang terbaru.

p/s: Tak larat nak tulis banyak2..ngantoknya..ZzZzZzZzz..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More