Tuesday, January 5, 2010

"I HATE FASHA SANDHA"

Share Sejuta kesyukuran aku panjatkan kepada ALLAH S.W.T kerana nikmat dan limpah kurniaNYA aku masih dapat mengecapi nikmat iman dan islam sehingga ke hari ini. Kali ini aku kembali dengan entri yang bagi aku, aku rasa menarik.

I hate Fasha Sandha. Jangan silap menilai. Ini hanya sekadar tajuk entri aku kali ini. Aku ambil tajuk ini daripada Group I Hate Fasha Sandha di Facebook. Pada mulanya aku dijemput oleh salah seorang rakan facebook aku. Bila ditengok tajuk pon dah lain macam je, jadi aku cuba la jenguk-jenguk2. Pada mulanya tak kelihatan apa-apa yang menarik pon dalam group ini. Tapi bila mana aku teliti satu persatu komen-komen yang ditinggalkan dalam page itu, kesemuanya penuh dengan cacian, hinaan, kata-kata nista dan sebagainya. Bukan niat di hati untuk menyebelahi sesiapa dalam soal ini. Cuma timbul rasa kasihan dalam hati ini. Mengapa ini terjadi? Hatiku terdetik sejenak. Beginikah ummat Nabi Muhammad S.A.W di akhir zaman ini? Beginikah akhlak sebagai seorang islam? Saling caci mencaci antara satu dengan yang lain? Bertegang leher tanpa ada sebab yang bermanfaat. Tidakkah mereka-mereka2 ini terfikir akan dosa? ALLAH S.W.T telah berfirman yang "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." Al-Hujurat ayat 10

Perintah ini telah wujud sekian lama. Mengapa kita sebagai seorang muslim tidak mahu mengambil ihtimam dengan perintah ini. Lebih teruk lagi, ada yang melaga-lagakan antara satu sama lain. Ini adalah realiti yang berlaku masa kini. Lebih parah lagi apabila memanggil dengan nama-nama atau panggilan yang tidak sedap didengar. Firman ALLAH S.W.T "
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim" Al-Hujurat ayat 11.

Mahukah sahabat-sahabat sekalian tergolong dalam golongan yang telah disebutkan di atas? Moga-moga ALLAH mengampuni dosa ummat ini. Kepada sahabat seislam di luar sana, sama-samalah kita bermuhasabah dari yang baik kepada yang lebih baik. Semoga kita tidak terus leka melakukan dosa-dosa kecil yang menyebabkan kita tergolong dalam golongan orang yang fasik. Wallahua'lam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More