Wednesday, December 23, 2009

Sejarah Syiah Imamiyyah

Share Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH sekalian alam. Dah lama rasanya aku biarkan ruangan blog aku ni ni ber'debu'. Jadi untuk mem'bersih'kan debu-debu yang menebal ini, aku selitkan sedikit info untuk sahabat-sahabat sekalian. Kali ini berkisarkan tentang Syiah. Ianya menarik minat aku untuk mengetahui tentang lebih lanjut lagi setelah diceritakan secara lisan oleh sahabat blogger aku Nasaie. Aku segera meringakan jari jemari ini untuk mencari laman-laman yang menceritakan sedikit sebanyak tentang syiah. Di bawah ini aku sertakan entri yang telah aku baca. Kepada sahabat-sahabat dan pengunjung blog aku, setiap entri yang berada disini tidak bertujuan untuk mengguris atau menyakiti serta menjatuhkan mana-mana pihak. Aku hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah aku baca. Segala teguran atau nasihat yang membina amatlah dialu-alukan. Wallahu a'lam.

Sejarah Syiah Imamiyyah


Mereka adalah golongan Syiah yang kedua terbesar dan berusaha supaya lebih hampir pada perpaduan dengan umat Islam seluruhnya. Golongan Syiah ini adalah paling ramai pengikutnya, iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asia Tengah yang dijajah oleh komunis Rusia.

Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan. Beliau diakui oleh seluruh sarjana Islam termasuk juga sarjana Ahli Sunnah wal Jamaah. Imam Jaafar as-Sadiq adalah sarjana mujtahid, kaya dengan ilmu, warak dan zuhud yang tidak melampau pandangannya. Namun, timbul beberapa pendapat yang berbeza daripada pendapatnya selepas beliau meninggal dunia.

Mereka dikenali juga dengan nama fahaman Isna Ashariah (Imam 12) kerana mereka menentukan 12 imam iaitu:

1. Ali bin Abu Talib
2. Hasan bin Ali
3. Husain bin Ali
4. Ali bin Husain (Zainal Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hussin (Muhammad Baqir)
6. Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq)
7. Musa bin Jaafar (al-Kazim)
8. Ali bin Musa (al-Rida)
9. Muhammad bin Ali (aljawad)
10. Ali bin Muhammad (al-Hadi)
11. Hasan bin Ali (al-Askari)
12. Muhammad bin Husain (al-Mahdi). Beliau hilang pada tahun 329 Hijrah. Pengikut Imamiah percaya beliau akan lahir menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman.

Kemudian mereka berpecah pula kepada beberapa fahaman yang mempunyai pegangan dan akidah yang berlainan antara satu sama lain, Sebahagiannya terpesong daripada ajaran Imam Jaafar as-Sadiq.

BAQIRIAH DAN JAAFARIAH

Mereka adalah pengikut kepada Muhammad Baqir, imam yang ke-5 menurut senarai imam-imam mereka. Mereka juga pengikut anaknya Imam Jaafar as-Sadiq iaitu imam yang ke-6. Para pengikutnya berkata, kedua-duanya adalah imam seperti Zainal Abidin yang menjadi imam sebelum daripada keduanya, tetapi di kalangan mereka ada yang berpendapat:

1. Yang menjadi imam mesti daripada keturunan mereka berdua.
2. Yang menjadi Imam adalah Ali, kemudian sumber menetapkan Hasan, diikuti Husain, kemudian kepada anaknya yang bernama Ali kemudian kepada Baqir. Sekiranya Baqir masih hidup, beliau dikatakan bakal menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman.

Walau bagaimanapun, Baqir meninggal dunia sebelum menepati ramalan mereka. Mereka melantik anaknya iaitu Jaafar menjadi imam. Imam Jaafar as-Sadiq tinggal di Madinah. Golongan Syiah menganggap Jaafar mempunyai rahsia-rahsia ilmu. Jaafar berpindah ke negara Iraq. Beliau menolak sekeras-kerasnya pendapat-pendapat yang yang diada-adakan oleh mereka yang mendakwa sebagai pengikutnya dan pendapat itu bercanggah dengan Islam. Antara fahaman mereka: Hilangnya imam, berpindah roh orang yang mati ke dalam roh orang-orang yang masih hidup atau kembali semula ke alam dunia selepas mati, menyerupakan Tuhan dengan makhluk, menolak fahaman Muktazilah, Jabariah dan penyelewengan-penyelewengan yang lain dan melaknat sekeras-kerasnya mereka yang menyeleweng itu. Namun, pengikut-pengikutnya berpecah selepas beliau meninggal dunia, antaranya:

Nawusiah

Pengikut bernama Nawus dan sebahagian sarjana menamakannya Ibnu Nawus. Mereka berpendapatJaafar as-Sadiq dipilih menjadi imam berdasarkan sumber daripada Imam Baqir. Jaafar as-Sadiq dipercayai masih hidup hingga sekarang dan beliau bakal menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman. Ada juga yang berpendapat, Ali akan hidup semula bagi memenuhi bumi dengan keadilan. Kemudian golongan yang bernama Saba’iah bergabung dengan golongan ini.

Al-lfthahiah atau Al-A’mariah

Mereka adalah pengikut Amar yang disandarkan kepada Abdullah al-Aftah, anak Imam Jaafar as-Sadiq. Mereka percaya, Imam Jaafar berpesan supaya melantik anaknya Abdullah menjadi imam. Namun, Abdullah meninggalkan dunia 70 hari selepas ayahnya meninggal dunia.

Al-Sumaitiah

Mereka adalah pengikut Yahya bin Abi al-Syumaith yang juga menjadi pengikut kepada al-Muhtar bin Abi Ubaid al-Thaqafi dan terbunuh bersamanya. Mereka berpendapat, imam itu dilantik melalui sumber daripada Imam Jaafar kepada anaknya. Manakala bakal Imam Mahdi adalah daripada kalangan anak-anaknya. Imam itu dipilih daripada anak-anak Imam Jaafar secara turutan iaitu Ismail, Muhammad, Abdullah al Aftah dan Ishak.

AL-MUSAWIYAH DAN AL-MAFADLIAH

Mereka adalah kumpulan yang percaya yang menjadi imam adalah Musa binjaafar al-Kazim. Ketua kumpulan ini adalah al-Faisal bin Umar. Mereka percaya, Musa al-Kazim masih hidup. Beliau pernah dibawa masuk berjumpa dengan Khalifah Harun ar-Rashid dan tidak keluar lagi. Beliau juga diramal akan keluar menjadi Imam Mahdi. Menurut sejarah, Imam Musa ditahan kemudian meninggal dunia (syahid) kerana diracun. Kemudian golongan ini berpecah pula kepada beberapa fahaman:

Al-Maaturah
Mereka yang berpendapat tidak tahu sama ada Imam Musa masih hidup atau sudah mati.

Al-Quda’yah
Mereka yang mengambil keputusan Imam Musa sudah mati.

Al-Waqifah
Mereka yang berpendapat, Imam Musa tidak mati sebaliknya beliau akan lahir semula selepas ghaib.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Masjid Rusila, Marang, Terengganu
01 Disember 2006

Klik SINI untuk download kuliah beliau.

Sumber : Kuliah Mazhab Akidah Dunia Islam


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More