Saturday, December 5, 2009

Aku Redho dengan kehilangan'nya'

Share Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH kerana masih mempunyai kesempatan untuk terus update blog aku ni. Kali ini aku nak berkongi tentang kehilangan'nya' dengan sahabat-sahabat sekalian. Aku redho jika itu adalah ketentuan ALLAH. Apalah daya aku sebagai seorang hamba untuk menidakkan Qada'. Maksud Redha dengan Qada’ adalah apabila tidak ada timbul dalam hati atau jiwa kita menentang nikmat atau bala dari Allah SWT kerana kedua-duanya adalah merupakan anugerah Allah dengan erti kata lain tidak membantah ketentuan ALLAH zahir mahupun batin.

Berbalik kepada tajuk utama, aku telah kehilangan'nya' pada 30 November 2009 secara tidak sedar. Tatkala aku memerlukan'nya', baru aku sedar yang aku telah kehilangan'nya'. Puas aku berfikir, "Bagaimana boleh hilang?". Namun semua itu telah tertulis. Semua yang ada di atas muka bumi ini adalah milik ALLAH. Dalam sekelip mata ALLAH boleh menarik nikmat atau kesenangan yang kita kecapi selama bertahun-tahun. Aku redho. Mungkin ini dugaan yang ALLAH berikan kepadaku untuk menguji sejauh mana kekuatan aku untuk menghadapi sesuatu musibah. ALLAH tidak menguji setiap hambaNYA melainkan dengan apa yang mereka mampu. Aku bermonolog sejenak. Insya-ALLAH, setiap yang hilang pasti ada pengganti dan mungkin ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik. Aameen.

Alhamdulillah. Tidak disangka-sangka aku akan diberikan pengganti'nya' dalam masa terdekat ini. Aku memanjat syukur kepada'NYA'. Inilah 'nya' yang aku maksudkan dari tadi.



p/s : Aku hilang LE 400 (Matawang Mesir). Dapat balik RM 900. Berapa LE agak-agaknya ek?



0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More