Thursday, September 16, 2010

Bersyukur..

Share
Alhamdulillah, akhirnya aku bebas. Tiada lagi kenangan yang tersemat dalam hidup aku terhadapnya. Seperti mana dia melepaskan aku, seperti itu jua aku menerimanya. Walaupun ianya sangat sakit tapi tidak mengapa, ALLAH tidak akan menguji hambaNYA melainkan dengan apa yang hambaNYA itu mampu. ALLAH MAHA ADIL dan janji ALLAH itu benar.

3 Syawal 1431 merupakan kali pertama penyerahan kembali barang-barang beliau. Namun aku terlupa untuk pulangkan semuanya, terpaksalah aku pulangkan kepada keesokan harinya kerana aku tahu beliau tiada di rumah. Jadi senang kerja aku. Namun begitu, aku dipelawa untuk masuk beraya di rumah atuknya. Aku menolak secara berhemah. Aku katakan masih ada urusan lain untukku selesaikan. Satu pembohongan yang harus aku katakan. Maafkan aku. Aku mengatur rapi langkah pulang ke rumah. Alhamdulillah.

"Kenapa pulangkan balik benda-benda tu?"
"Simpan la buat kenangan"
"Kasihan dia hang buat macam tu"

Antara soalan-soalan yang kerap diajukan kepada aku seusai aku pulangkan kembali kesemua pemberian dari beliau. Aku tak berdaya untuk menyimpan kesemua kenangan itu. Lebih baik aku pulangkan dari menjadi barah kelak. Sepertimana yg beliau berikan kepadaku dahulu, seperti itu juga aku pulangkan. Ku rasakan tiada kecacatan pada barang-barang itu. Ku selitkan juga sepucuk surat. Aku sendiri lupa apa yang aku coretkan. Namun yang pasti, aku meminta izin untuk terus membenci beliau sebab dengan cara itu sajalah dapat aku ubati hatiku yang sakit ini. Raut wajah boleh menipu tapi tidak segumpal darah yang bernama hati. Jangan mudah mengukir janji bila ianya tak mampu untuk ditepati.

"A person who truly love you, will never let you go no matter how hard the situation is." Kata- kata yang membuatkan aku semakin down. Namun, ku gagahi langkah ini untuk teruskan saki-baki dan sisa-sisa kehidupan ini.

11.50 pm.
7 Syawal 1431H


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More