Wednesday, September 8, 2010

Maaf Zahir dan Batin

Share Assalamualaikum pembuka bicara. Sayu hati ini untuk mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan. Namun, aku terpaksa merelakannya. Rasa begitu singkat sekali menyambut Ramadhan pada kali ini. Sedikit perbezaan terasa kerana pada kali ini aku menyambut Ramadhan di tanah air tercinta setelah 2 tahun menyambutnya di perantauan.

Dalam sibuk menyiapkan pelbagai perkara untuk menyambut Syawal, terkenang seketika suasana menyambut Syawal di perantauan. Gelak tawa serta riuh rendah menghangatkan lagi suasana perayaan sewaktu di sana. Rasa rindu yang teramat sangat walaupun ianya disambut tanpa sanak saudara. Alhamdulillah, Syawal kali ini dapat ku sambut bersama ahli keluargaku. Namun segalanya tidak seperti yang aku idamkan sewaktu aku masih lagi di sana. Hatiku sedikit hampa tapi Alhamdulillah, aku bersyukur.

Dikesempatan ini, aku menghimpun 10 jari memohon keampunan jika kedapatan salah dan silap sama ada sedar atau pun tidak. Sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan. Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, dinasihatkan supaya berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang. Sama-samalah kita berdoa agar kita ditemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang. InsyaALLAH.

3 comments:

.::miEylo::. said...

enche adli,di kesempatan ini juga,sy nur farahain binti abdul aziz menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala salah dan silap yang pernah dilakukan sama ada dlm keadaan sedar ataupun tidak sedar. maaf dipinta dan semoga lebaran lebaran kali ini mendapat berkat daripadaNYA. insyaALLAH. (;

Solihin Zubir said...

mai raya kt kedah weyh! hehee..

LiNuX^MaS+Er said...

Cik Farah: Sama la ye..:D
Lihin: InsyaALLAH..

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More