Wednesday, December 29, 2010

Alf Syukran

Share
I'm BACK!

Assalamualaikum diberi sebagai pembuka bicara. Entri sebelum ini macam nak undur diri lama sangat bunyinya kan? Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk terus berblogging.

Berundur diri sebelum ini bukan hendak menyorok, lari atau seumpama dengannya. Berundur bererti memberi peluang untuk aku menyiapkan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas aku. Oleh yang demikian, blog ini aku anak tirikan seketika. Tak sampai pon seminggu. InsyaALLAH, dari semasa ke semasa, aku akan cuba untuk mengemaskini blog yang bersawang nie.

Berbalik kepada amanah yang aku sebutkan tadi. Mungkin ada dari kalangan para sahabat sekalian tertanya-tanya, apakah amanah tersebut. Aku diberi tugas untuk menyiapkan sebuah blog. Iaitu Foto Blog. Foto blog ini merupakan blog yang hanya memaparkan foto-foto yang terdiri dari segala jenis. Contohnya Lanskap, potret dan sebagainya. Ianya memakan masa yang lama untuk disiapkan kerana aku pon kurang mahir bermain kod HTML.

Idea asal daripada saudara Muhammad yang juga merupakan orang penting bagi menjayakan apa yang kami usahakan. Sebelum terlupa, kami yang dimaksudkan adalah terdiri daripada 4 orang iaitu saudara Muhammad, Nizam, Nasaae dan aku sendiri. Ianya merupakan penghijrahan daripada The Hingusan kepada yang baru. Mengapa berhijrah? Tak salah untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Kumpulan kecil ini tidak lagi disebut HINGUSAN kerana kami sudah tidak berhingus! Kami, The Projecth!

The Projecth; ianya ditubuhkan pada 1 Muharram 1432H bersamaan dengan 6 Disember 2010. Pada 10 Muharram 1432H, laman web rasmi kami telah dapat disiapkan atas hasil kerjasama kesemua ahli anggota 'The Projecth'. Memandangkan usia 'The Projecth' yang masih setahun jagung ini, kami mendambakan teguran serta nasihat-nasihat yang membina agar dapat kami ambil sedikit sebanyak untuk memperbaiki serta meningkatkan hasil dan mutu kerja kami.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More