Saturday, August 15, 2009

Kalimah ALLAH di botol 'JIN'

Share
Lihat pada gambar di atas, adakah anda nampak kalimah ALLAH pada botol itu? Untuk makluman, gambar di atas adalah petikan sebuah drama bersiri Charmed. Untuk lebih terperinci, Charmed musim ke-6 episod 15 (I Dream Of Phoebe). Charmed mengisahkan tiga orang ahli sihir yang terpaksa bertungkus lumus untuk menyelamatkan dunia dari gangguan syaitan-syaitan dan sebagainya. Untuk lebih lanjut lagi, rujuk wikipedia.

Namun isu yang ingin dibangkitkan disini adalah mengenai Kalimah ALLAH yang tertera di botol seperti yang dimaklumkan di atas. Ini menunjukkan bahawa KAFIR laknatullah sekali lagi menghina Islam dengan cara yang halus. Botol dalam drama ini, di baling sesuka hati ke sana-sini. Sekali imbas memang penonton tidak akan perasan bahawa tulisan yang tertera di botol itu sebenarnya adalah kalimah ALLAH. Di manakah sensitiviti kita sebagai hambaNYA lebih-lebih lagi sebagai orang islam? Apakah tindakan sewajarnya yang perlu kita lakukan sebagai tanda membenci tindakan mereka ini? Tepuk Dada Tanya IMAN..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More