Friday, August 14, 2009

Sesungguhnya aku merindui mereka ini...

Share Assalamualaikum pembuka bicara. Dah 4 hari aku tak update blog ni. BLUR + STRESS + PANAS = MALAS. Hahaha. Hari ni gatai pulak tangan nak menaip papan kunci ni.

Dah nak dekat setahun aku kat bumi Mesir ni. Tiba-tiba di pagi yang hening ni (syahdu pulak) teringat pulak kat family aku. Akoo rindu kaamoo semua.

Dari kiri: Abah, Cikgu Din, (Adik Acap) Amzar, Acap, (Adik Bongsu Aku) Azieman Dari Kanan: Cikgu Rohani, Mama, (Adik aku no 3) Anas, Aku
Ni adik P'puan aku, Anis
Tak dak dalam gambar kat atas sebab time tu dia exam


Selalunya pagi-pagi macam ni, kalau abah aku sibuk, aku la jadi 'DRIVER' adik bongsu aku, hantar dia pi sekolah. Lepas tu bermulalah rutin harian aku kt rumah (time cuti ja la). Firstly, sementara tunggu mama aku pi pejabat, tak tau nak buat apa, sidai kain dulu (bajet rajin). Pastu sapu sampah, buang sampah dan kalau aku rajin, basuh kereta mama aku dulu (nak bodek). Lepas ja mama aku pi pejabat, benda pertama yang aku buat, basuh motor aku dulu la (tiap-tiap hari basuh). Pastu kalau takdak aktiviti apa, mengadap internet la. Rindunya aku kt family aku. Time-time camni tak boleh keluar lagi, takut nanti adik perempuan aku call. Mesti ada benda tertinggal.Tak pernahnya ingat. Pastu takut pulak ada orang mintak gas nanti. Oppss, terlupa. Abah aku nie tauke gas. Jadi orang-orang dalam taman ni, dok mintak dengan abah aku la. So kena la hantar, kalau dak nanti kena bising. Hahaha.

Nak tunjuk Gas kat belakang tu ja.

Dalam pukul 10 lebih (pagi), mai la sorang hamba ALLAH ni, ajak aku keluar.



Ni la hamba Allah yang aku maksudkan, Muhammad Nur Assyarif aka Anak Pak 'Ad Bom sahabat baik aku. Muka bajet hensem. Dengan dia ni la rajin dok keluar pon. Ajak ja pi mana pon dia mau (tambah2 ajak nak pi makan). Hahaha. Tapi kalau hujan patah kaki la kami. Dok rumah ja la sebab selalu keluar naik motor (Sep Duit).

Kenderaan Rasmi Kami.

Rindunya Family Aku. Dah boring ni macam-macam la dok pikiaq. Takat nie dulu. bYE~

1 comments:

hurly-burly-promulgate said...

heheheheh.....
ne mesti masa buat entry ne keriau abeh2..muahahaha..

raye balik tak?

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More