Tuesday, July 20, 2010

Hutang..

Share
Kau pehal, aku ade hutang dgn kau ke?
Sini juga datang mau mintak hutang.
Pandai hutang, pandai la langsaikan.

Antara ayat-ayat berkenaan hutang yg pernah ke udara di telinga aku. Pernah ke korang berhutang? Confirm la kan? Beli kereta, kad kredit, rumah, motorsikal dan macam-macam lagi. Tidak salah untuk berhutang tetapi kalau boleh tu, elakkanlah. Lainlah kalau dah keadaan memaksa. Aku pon tidak turut terlepas sama. Huhu.

Alhamdulillah. Kebanyakan dah selesai yg tggl hanya hutang Koo Mist dan baki hutang H. Meskipun ada sesetengah yg kata; "xpe, aku da halalkan pon" tapi aku rimas. Lebih selesa kalau aku langsaikan jugak. Tenang. Xde rasa terhutang budi. Namun, pada sesiapa yg hutang aku tu, cepat2 la bayar ye. Dah makin kering nie. Hahaha.

Dah citer pasal hutang, aku nk kongsi ckit dgn sahabat-sahabat aku berkenaan hutang ni dan pandangan Islam terhadap hutang.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/138/98/

p/s: Cepat bayar hutang aku weii..~!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More