Wednesday, August 18, 2010

Terima Kasih..

Share
Assalamualaikum pembuka bicara..hari ini telah masuk hari ke-8 kita umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa yakni merupakan salah satu daripada rukun Islam. Alhamdulillah, menjelang ramadhan kali ini, aku telah dihadiahkanNYA dengan beberapa perkara yang baru. Tak cukup untuk aku senaraikan di sini. Hanya sekadar untuk berterima kasih kepada yang terus menyokong dan membantu aku dari segala segi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibundaku yang tercinta, insan yang paling aku sayang di muka bumi ini, Puan Latifah binti Haji Mat Piah. Tidak dilupakan juga kepada ayahnda ku, Tuan Abu Bakar bin Sharif yang selama ini, menyara serta mencurahkan kasih sayang yang tidak ternilai dan tidak terbalas kepadaku. Tanpa mereka ini, siapalah aku. Hanya insan kecil yang menumpang di bumi ALLAH yang maha luas ini. Begitu juga dengan adik-adik kesayanganku, Anis Zubaidah, Anas dan adikku yang bongsu, Azieman, serta ahli keluargaku yang lain. Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa berharganya kalian disisiku.

Ribuan terima kasih kepada setiap guruku yang pernah ataupun masih mengajar aku. Berdirinya aku sekarang ini dengan ilmu yang kalian curahkan saban hari. Tidak pernah jemu dan letih melayan kerenah aku yang tidak menentu. Sesungguhnya kalian memang penyabar. Tindakan mendenda atau memarahiku bukanlah atas dasar benci, malah lebih kepada sayang. Sesungguhnya aku merindui teguran serta nasihat dari kalian semua. Kepada yang telah dijemput kembali, setiap waktu aku mendoakan kalian agar ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Kepada yang masih membanting tulang mencurahkan ilmu, aku sentiasa mendoakan supaya ALLAH melipat gandakan amalan kalian. Sesungguhnya, hati ini amat merindui kalian.

Ratusan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan, serta sahabat-sahabat aku yang diluar sana, yang sentiasa memahami serta memberi bantuan tidak kira dari segi moral mahupun fizikal, jasa kalian amatlah aku hargai. Kepada BFF ku yang agak ramai, kalianlah yang paling terbaik dari golongan yang terbaik; Muhammad Nur Assyarif, Ahmad Muzani, Nor Aina, Siti Khadijah, Mohd Rafaie, Ridzauddin, Nor Shakirah, Nur Farahain, Yuni Aisyah, Zainal 'Abidin, Mohd Khalis, Along, Zurieyna Elyza, Syarifah Nasyitah, Nur Izzatul Hanis, Hanafie dan ramai lagi. Semoga ALLAH memelihara persahabatan kita hingga ke akhir hayat, InsyaALLAH.

Ucapan terima kasih juga aku ucapkan kepada insan-insan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu aku mengecapi apa yang aku ada sekarang ini. Sesungguhya tidak terbalas budi baik serta pengorbanan kalian semua.

Di kesempatan ini, aku memohon maaf di atas keterlanjuran bahasa mahupun kata kepada yang semua. Selagi nafas masih berhembus, tanpa segan silu, ucapan maaf aku ku pinta pada semua..
Akhir kalam, selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Sama-sama kita menambahkan 'amalan di bulan yang mulia ini..Assamualaikum..:D

4 comments:

.::miEylo::. said...

acceptable! (;

Yuni Aisyah said...

terdetik rasa sayu dan terharu tatkala membaca entry ini. Sungguh amat bermakna ucapan terima kasih yg diberikan..syukur Alhmdulillah huluran persahabatan dibalas dgn murni..terima kasih kerana yuni tergolong dlm BFF Adli..=)

Maaf juga andai ada salah dan silap..^_^

LiNuX^MaS+Er said...

:D..

Sharifah Nor Foo said...

nama aku xdak :(

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More